Hari Rabu.
Malam ni kita orang ada misi yang sangat penting. Aku, Fiz dan Firas berpakat nak stay back kat sekolah sampai balik nanti. Aku dan Fiz berjalan-jalan sekejap kat koridor di tingkat 3, Blok E, lokasi yang didakwa ada hantu yang berlegar-legar kat sini.
"Betul ke tempat ni ada hantu?" soal Fiz kepadaku.
"Menurut Pak Mad dan pak guard sekolah yang lain, sah tempat ni berhantu. Diorang selalu nampak budak perempuan jalan kat sini, lagi-lagi depan makmal sains ni," ujarku, memberitahu segala maklumat penting kepada Fiz.
"Firas tahu ke pasal ni?" tanya Fiz lagi. Aku angguk perlahan.
"Harap-harap misi hari ni berjaya, aku tak nak apa-apa jadi kat pelajar sekolah ni," kataku. Fiz memandangku selamba. Lepastu dia berlari jauh ke hadapan.
"Kau nak gi mana tu woi?!!" Aku cuba baca fikiran dia tapi malangnya minda dia kosong. Cis, dia sengaja taknak aku tahu apa niat dia.
"Datang sini jap!" jeritnya. Dia berada di hadapan makmal sains berhantu tu. Bongok tul! Apsal minah ni gi sana?!!
"Tak nak aku! Tak kuasa aku nak layan kau," kataku lalu cuba melarikan diri.
Malangnya badan aku kaku dan aku ditarik mendekati Fiz. Dia guna kuasa dia kat aku?!! Hish!
"Haa, dah sampai pun," katanya, dengan nada gembira.
"Ni kerja gila la," ujarku. Dia letakkan jari telunjuk pada bibirnya, menyuruh aku senyap. Aku akur akan arahannya.
Fiz membuka pintu makmal sains yang berhantu tu. Dia ni betul-betul sewel.
"Aku bagi amaran kat kau, Fiz. Baik kau tutup balik pintu ni," ujarku dengan nada lantang. Dia buat-buat tak dengar dan dia masuk pula makmal sains tu. Degil betullah!
Aku pun terpaksa masuk ke dalam tempat seram tu.
Hampir kesemua benda dalam makmal sains tu berhabuk. Bilik itu gelap dan perkakasan sains masih tersimpan kemas tapi cuma berhabuk. Nampak sangat dah lama ditinggalkan dan tidak lagi digunakan oleh pelajar dan cikgu-cikgu di sekolah ni. Aku rasa makcik cleaner pun tak sanggup nak masuk tempat seram ni semata-mata nak bersihkan barang dalam ni. Hanya orang yang tak fikir masak-masak dengan rasional masuk tempat macam ni. Salah satu orang itu ialah Fiz.
Sampai aku sekali kena masuk!
Mintaklah dijauhkan dari benda-benda yang tak diingini.
"Hebat gila tempat ni!" ujar Fiz. Sah, dia dah sewel.
"Jangan buat bisinglah! Kalau kita kena tangkap ngan pak guard ke, cikgu ke, habislah kita," tegurku.
"Suka hati akulah! Macamlah makmal sains ni bapak kau yang punya," ujar Fiz lagi sambil menjerit dengan lantang.
Siapa tak sakit hati apabila bapa kita pula kena mention? Kalau ikutkan hati, aku nak keluar dari tempat ni pastu kunci makmal. Biar Fiz mati dalam ni sebab kena bunuh hantu atau mati kelaparan.
Okey, aku tak nak jadi pembunuh.
"Fiz, jomlah kita keluar dari sini. Kau tak dengar ke apa yang orang lain cakap pasal tempat ni? Kau jangan main-main," ujarku lagi. Aku guna nada paling lembut dan takut untuk pujuk dia keluar dari makmal ni.
"Hmm.." haraplah dia dengar cakap aku. Tolonglah..
"Kalau aku tak nak?"
Sengaja betul nak buat aku kena darah tinggi. Hish..hati, tenanglah..
"Eh, ada pelawatlah.."
Oh My God! Apa tu?!!!
Aku dan Fiz memandang ke arah satu susuk tubuh yang bersembunyi dalam kegelapan. Perasaan takut mula menyelubungi diri ini. Bulu romaku meremang. Ya Tuhanku, selamatkanlah aku dan Fiz!
YOU ARE READING
ROH
HorrorSambungan ketiga daripada kisah GILA dan MATI dah kembali!! Kisah ni pastinya Melyn akan garap dengan baik dan takkan menghampakan pembaca sekalian. Nama aku May. Aku antara ahli yang masih kekal dalam Kelab Deria Keenam. Korang mesti tahu yang Umai...