MAY
"Aku dengar pak guard yang namanya Pak Mad tu en.. Terserempak dengan hantu kat tingkat 3 Blok E," kata seorang pelajar kepada kawannya.
Aku baca minda budak tu.
(Aik ada ke?)
"Betul-betul jadi ke?" tanya kawan dia tu.
"Entahlah.. Tapi aku dengar la cerita," kata pelajar tu. Mereka pun berjalan dan menghilang ke kantin.
"Huh," keluhku. Aku pun berjalan terus ke bilik kaunseling. Cikgu Hakim panggil semua ahli Kelab Deria Keenam, untuk pergi ke bilik kaunseling sebab ada meeting tergempar pulak. Hmm..amende ya?
Aku terserempak dengan Fiz pulak kat tangga. Alang-alang jumpa, naik sekalilah.
"Kau dengan Firas ada apa-apa ke?" tanya Fiz kepadaku. Gila ke apa minah ni? Takkan aku ada perasaan kat Firas pulak?
"Dia bukan type aku," jawabku.
"Ye ke? Aku tengok kau happy je kalau kau dengan dia," kata Fiz.
Perlilah tu.."Mana ada! Aku dengan dia lain. Dia tak minat belajar, dia minat outdoor stuff dan aku pulak minah akademik. Belajar dah sebati dalam hidup aku, bercinta? No, no, no. Takkan pernah jadi dalam hidup aku," kataku, muktamad.
"Itu kata mulut. Entah-entah, hati kata lain," sindir Fiz. Kita tengah naik tangga ni Fiz. Baik kau jaga-jaga, kalau tak aku tolak kau jatuh dari tangga ni.
"Hati dengan mulut aku sama je. Apa yang aku cakap ialah apa yang ada dalam hati ni," jawabku.
"Lantak kaulah," katanya selamba.
"Kau macam mana? Firas suka kau kot? Takkan kau tak suka dia? Dia hensem pastu bijak," kataku, menukar topik.
"Huh. Aku suka have fun. Bercinta semua ni.. tunggu aku umur 23 tahunlah," katanya.
"Kenapa mesti 23 tahun?" soalku.
"Entah. Aku rasa-rasa je."
Kita orang pun melangkah masuk ke dalam bilik kaunseling.
"Wow, cepatnya korang sampai. Jam rosak ke?" tanya Firas yang dah duduk gaya macam dah tahu-tahu je kita orang lambat sampai.
"Perli nampak?" soalku.
"Duduklah," kata Cikgu Hakim.
Aku pun mengambil tempat duduk iaitu di atas sofa sebelah Firas dan Fiz duduk sebelah aku.
Aku baca minda Cikgu Hakim. Saja selongkar apa yang dia nak bagitau kita orang.
(Patut ke aku bagitau diorang? Aku takut diorang takleh terima)
"Erkk.. Kenapa cikgu nak jumpa kita orang?" tanya Firas, memulakan perbualan.
"Sebab.. Ada benda penting yang cikgu kena bagitau kamu," kata Cikgu Hakim dengan nada perlahan.
"Benda penting apa tu cikgu?" tanya Fiz.
"Pasal.. Kamu pernah dengar tak kisah perempuan yang bunuh diri dalam makmal sains tingkat tiga tu?" soal Cikgu Hakim. Kami bertiga mengangguk.
"Semalam.. Pak guard sekolah kita ternampak kelibat dia kat tempat tu malam semalam," katanya lagi. Mataku hampir terbeliak.
"Serius?!!" jerit Fiz.
"Betullah. Buat apa nak bohong kamu pula?" katanya.
"So cikgu nak kita orang buat apa?" tanya Firas.
"Janji dengan cikgu yang kamu akan rahsiakan benda ni daripada pelajar lain," kata Cikgu Hakim. Macam dengar rahsia negara pula.
"Kita orang janji," kataku.
"Bagus. GPK HEM, Cikgu Asrizal arahkan kalian untuk selesaikan kes ni dan halau hantu tu disebabkan korang lagi faham benda-benda ni semua," kata Cikgu Hakim.
"Bila cikgu?" soalku.
"Waktu malam, secepat yang mungkin sebab cikgu takut apa-apa akan jadi kat pelajar lain pulak lepasni," katanya.
"Misi macam ni sepatutnya perlukan seseorang macam.. Umairah," ujar Fiz. Aku tersentap la sikit dan diorang berdua pandang aku.
"Tak apa. Aku dah okey," kataku.
"Apa kata malam Rabu ni? Esok aku ada dinner dengan Mak Su dan Pak Su aku," kata Firas.
"Boleh je," kataku.
"Aku follow je plan korang," kata Fiz.
"Baguslah kalau macam tu. Bagitau mak ayah kamu pasal ni. Nanti Ustaz Karim akan teman kamu malam tu," kata Cikgu Hakim.
"Ustaz Karim? Ustaz berjanggut panjang tu?" tanya Fiz.
"Ya. Ada masalah?"
"Ermm.. Tak ada. Saya okey," kata Fiz.
Aku bacalah minda dia.
(Kenapa mesti ustaz tu? Dia tu dahlah selalu marah aku kat kelas)
Hmm.. Ada 'sesuatu' rupanya diorang berdua ni.
"Baliklah kelas," kata Cikgu Hakim.
"Okeylah. Assalamualaikum, cikgu," ucap Firas.
"Waalaikumsalam," jawabnya. Kami bertiga pun beredar dari bilik kaunseling itu.
"So?" tanya Firas sambil menjongketkan keningnya.
"So apa?" soalku.
"So korang okey ke? Kita dah ada misi dah!" katanya.
"Aku okey. Dah lama tak jalankan kes paranormal macam ni," kataku.
"Tak sabarnya nak jumpa hantu tu," kata Fiz.
"Erkk.. Serius?" tanyaku.
"Hmm yelah tapi kenapa ustaz tu kena ikut? Aku menyampah dengan dia sebab dia selalu marah aku dalam kelas tanpa sebab. Benda remeh pun dia nak hebohkan," kata Fiz.
"Contohnya?" soal Firas.
"Aku letak botol air atas meja, buku tulis aku renyuk sikit muka surat, tulisan kemas tapi ustaz tu masih tak puas hati dan dia kata bacaan surah aku masih ada yang tak kena," katanya.
"Fuh.. Tegasnya cikgu tu," kataku.
"Tapi aku dengar dia laung azan, memang suara dia.. Umph!" kata Firas.
"Yer ke? Bila?" soalku.
"Aku lalu surau masa tu, pastu tetiba terdengar orang laung azan," kata Firas lagi.
"Dah pukul berapa?" soalku.
"Pukul 1:05 petang," katanya.
"Ouh.." kataku.
YOU ARE READING
ROH
HorrorSambungan ketiga daripada kisah GILA dan MATI dah kembali!! Kisah ni pastinya Melyn akan garap dengan baik dan takkan menghampakan pembaca sekalian. Nama aku May. Aku antara ahli yang masih kekal dalam Kelab Deria Keenam. Korang mesti tahu yang Umai...