~Chapter 5~

458 44 0
                                    

                                ♚♚♚

~Pulau jeju yang indah dengan panorama semulajadi.....

Jihyo termenung menghadap laut, matanya pula merenung jauh hingga tembus ke ufuk barat.. memerhati mentari yang semakin tenggelam ke dasar laut. Sesekali tangannya menguis lembut rambutnya yang terjurai di sekitar matanya. Perlahan lahan kelihatan mentari itu semakin hilang bersama cahayanya.. alam jingga kini berubah menjadi gelap. Namun jihyo masih setia lagi duduk di bangku nan satu.. Jihyo berpaling tatkala dia merasakan ada cuitan yang hinggap di bahunya...

'Apa'.. tanya jihyo sepatah.. 'jomlah.. apa lagi yang kau tunggu kat sini?.. burung pun pandai balik mencari sarang bila hari dah nak malam tapi kau pulak masih lagi kat sini?.. cukup ²lah layan perasaan kecewa di hati tu".. satu tepukan hinggap di bahu jihyo sebagai tanda semoga bersabar...

'Dah la tu jom kita balik".. tanpa sebarang soal, jihyo bangun dari bangku yang menjadi tempat persinggahannya sepanjang seminggu dia berada di pulau jeju yang terkenal dengan keindahan panoramanya yang memukau setiap pengunjung yang mengunjungi tempat itu.. mereka sama² bergandingan pulang ke chalet.....

               ____________________

' Ermm.. Shin nanti bila dah balik Seoul, kau tolong temankan aku ke rumah. Aku kena dapatkan balik kad pengenalan untuk memudahkan aku ke Courts untuk minta cerai".. ucap jihyo setelah sekian lama membisu diri. Shinhye mengangguk tanda mengerti.. lapang sedikit hatinya apabila jihyo berkata begitu. Ternyata kebisuan jihyo sepanjang seminggu mereka berada di sini bukanlah suatu bisu yang sia².....

Jihyo bukanlah selemah yang dia sangka, nampaknya jihyo dah bersedia untuk bangkit semula dan membiarkan kembali bahagia mekar di dalam hidupnya semula.....

'Thanks Shin.. sebab sanggup tolong aku.. nak² pulak kau amik cuti semata² nak temankan aku tenangkan fikiran kat sini.. jeogmal gumawoo!!".. suara jihyo berubah sebak lalu di peluk erat sahabat karibnya.. hatinya sayu tatkala mengenangkan segala jasa dan pengorbanan sahabat baiknya yang di anggap seperti adik beradiknya.. 'semoga tuhan merahmati hidup kau Shin..' doa jihyo dalam hati.....

'Nahhh.. it's okay.. kau kawan aku.. it's nothing laa.. asalkan kau dah tak sedih pun aku cukup gembira".. ucap Shinhye seraya memeluk bahu jihyo....

'Balik ni kita kemas barang sama² yek".. kata Shinhye dengan penuh ceria.. jihyo mengukir senyuman walau di hatinya masih lagi berbekas dek luka lama yang masih lagi berdarah.....

Skip>>>>>

Dumm.. Dumm.. Dumm....

Seojoon yang lena terkejut apabila mendengar ketukan di pintu yang bertalu².. agar minta di buka segera.. dengan keadaan separuh mamai Seojoon bangun dan membuka pintu rumahnya.. namun dalam hatinya sempat lagi berkata..' alangkah baiknya kalau jihyo masih ada, tak perlu dia susah² melakukan semua kerja² remeh macam ni.....

Bukkk!!!....👊👊👊

Satu tumbukan tepat mengenai wajahnya sebaik saja pintu rumahnya di buka.. jatuh terlentang ke belakang Seojoon dibuatnya dek tumbukan yang tidak di duga tu.. berpinar² penglihatannya.....

'Hoii!!!... Bila kau nak bayar hutang? Hari tu kau janji nak bayar.. kalau kau tak settle.. bini kau akan jadi milik aku.." ketawa Namjoon sambil tangannya menepuk² bahu Seojoon.. 'dah 3 hari aku tunggu tapi mana kau pergi?.. kau plan nak cabut lari ke? Namjoon mengepal penumbuknya kemas manakala tangan kanannya pula mencengkam rahang Seojoon sekuat mungkin. Berkerut dahi Seojoon menahan sakit.....

'Tolonglah... Bini aku dah mati.. nanti aku akan bayar hutang kau tu.." Hatinya gerun memikirkan segala kemungkinan yang bakal di lakukan terhadap dirinya. Namjoon dan anak² buahnya tidak pernah gentar untuk melakukan apa saja terhadap mereka yang gagal melunaskan hutang.. everything will do.. itulah ayat yang selalu Namjoon ungkapkan.....

'Hei.. kau ingat kitaorang bodoh ke nak percayakan kau bulat².. Namjoon memberi isyarat pada anak buahnya.. mereka mengangguk faham akan arahan yang di berikan oleh Namjoon. Satu persatu bilik yang terdapat di rumah itu mereka geledah tanpa tinggal satu pun.. habis semua barang² ditunggang langgangkan oleh mereka. Setelah puas geledah dan benar² pasti bahawa tiada seorang perempuan pun di dalam rumah itu, barulah mereka melaporkan pada Namjoon.....

Namjoon menjadi semakin bengang.. hatinya tidak puas apabila yang di carinya tidak di jumpai.. ini bermakna, hutang Seojoon masih belum terlunas. Wajah Seojoon yang sedang menggeletar ketakutan di hadapannya di tenung lama.....

'Aku bagi kau tempoh lagi seminggu.. sama ada kau bayar hutang kau dalam bentuk cash, atau kau serahkan isteri kau pada aku buat selama-lamanya.. jangan berani² nya kau cuba nak laporkan pada polis. Kalau tak..." Namjoon mengacukan sepucuk pistol tepat di tengah dahi Seojoon.....

Seojoon memejamkan matanya rapat, kerana tidak sanggup untuk melihat seandainya picu pistol itu di tarik.....

'Bangg!!!!.....

Jeritan Namjoon benar² mengeluarkan hatinya.. Namjoon dan anak buahnya ketawa apabila melihat wajah pucat Seojoon.. Namjoon meniup muncung pistol seolah-olah meniru gaya ala² James bond.....

'Kau ingat tu?!!!.. dan ini peringatan untuk kau.. kalau kau ingkar, aku akan hancurkan kau sendiri dengan tangan aku ni"....

'Bukkk..... Satu lagi tumbukan padu singgah di muka Seojoon sebelum Namjoon beredar meninggalkan rumahnya.. Seojoon mengerang kesakitan akibat dipukul tadi.. 'Arghhh!!!... Tak guna... Kalaulah perempuan tu ada.. mesti semua ni takkan terjadi.. takkk guna kau hyo!!!.." Seojoon menjerit sekuat hati dek kerana terlalu geram.......

                  .......... TBC ..........

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

The Last Breathe[Complete Part.1]Where stories live. Discover now