~ Chapter 7 ~

425 40 0
                                    

                            ♚♚♚♚♚

Akibat kepenatan akhirnya Jihyo terlentok di birai katil. Tangannya pula masih setia memegang tangan suami yang di cintai..Park Seojoon.. Seojoon membuka matanya, dapat di rasakan di dahinya terdapat sehelai tuala lembab.. Seojoon berasa rimas, ingin di alihkan tuala lembab tersebut daripada dahinya namun tangannya terasa berat. Seojoon menjeling ke arah tangannya, barulah dia perasan terdapat seorang wanita yang sedang terlentok di birai katil sambil memegang tangannya dengan erat.....

Seojoon berasa keliru.. siapakah wanita ini? Dimanakah aku berada sekarang? Sekali Seojoon cuba untuk mengangkat tangannya, pergerakan tangan lelaki itu telah menyebabkan jihyo terjaga dari lenanya.....

'Oppa dah sedar?.." tanya jihyo dengan lembut. Terkebil² mata Seojoon memerhatikan figura wanita yang berada di sisinya, lama dia merenung wajah wanita tersebut. Mirip jihyo, tapi mana mungkin jihyo boleh kembali hidup dan berada di disisinya.. sedangkan tangannya sendiri yang membunuh dan menghapuskan mayat jihyo. Seojoon menggelengkan kepalanya beberapa kali, cuba untuk tidak percaya dengan apa yang di lihatnya kini.

'Oppa okay ke?.." lembut suara Jihyo kedengaran di telinganya, tangan jihyo pula pantas mengalihkan tuala lembab yang di letakkan di dahi Seojoon ketika dia menjelum dahi lelaki itu. Jihyo meletakkan belakang tangannya ke dahi Seojoon.. syukurlah bahang badan itu tak lagi sepanas semalam, demamnya sudah berkurang......

'Jihyo??.. ouchh.." Seojoon cuba untuk mendapatkan kepastian namun bibirnya yang pecah dan bengkak telah menyebabkan dirinya tak mampu untuk berkata². Bengkak di pipinya juga masih keras dan membiru, sungguh memeritkan.. itu tak termasuk lagi kaki dan tangannya yang terasa berat dan sukar untuknya di gerakkan.....

'Ya.. Jihyo ni Oppa.. Oppa rehat dulu ye.. nanti hyo ambilkan bubur, lepas tu bolehlah Oppa makan ubat.." ucap jihyo panjang lebar. Jihyo hanya mempamerkan senyuman nipis tatkala menyedari mata Seojoon yang merenung tajam ke arahnya.. jika dulu, jihyo pasti akan akan gerun tatkala melihat akan renungan Seojoon yang sebegitu namun kini jihyo sedar yang suaminya tidak akan mampu berbuat apa² terhadap dirinya. Atas sebab itu jugaklah jihyo berani berkata² lebih dari sepatutnya ketika berada di hadapan Seojoon.....

'Oppa rehatlah dulu.." kata jihyo sebelum dia bangun menuju ke dapur.. Lima minit kemudian, jihyo kembali ke bilik bersama semangkuk bubur dan segelas minuman. Mangkuk dan dan gelas tersebut di letakkan dengan cermat pada meja kecil yang berada disisi katil......

Badan Seojoon yang sedang berbaring, di papahnya sebelum diselirkan bantal di belakangnya supaya mudah untuk lelaki itu makan dengan selesa. Seojoon meraung kesakitan apabila badannya disentuh, perit yang dipukul bertubi² menyebabkan hatinya menjadi dendam terhadap Jihyo.. semua ni, salah perempuan tak guna ni. Jika jihyo ada dan tak berpura² mati di hadapannya, sudah tentu dirinya tak akan ditimpa sakit sebegini. Dasar perempuan tak guna......

'Arghh!!!.." dengan susah payah Seojoon cuba mengangkat tangannya lalu menepis tangan kecil jihyo yang sedang cuba untuk menyuapkan bubur ke mulutnya. Mangkuk yang berisi bubur panas itu lantas tertumpah di atas peha jihyo, sudu yang berada di tangan jihyo turut tercampak ke atas lantai. Jihyo menjerit kesakitan.. airmatanya mulai berlinang......

Pantas jihyo berlari ke kamar mandi lalu menjirus air paip ke arah pahanya yang melecur akibat terkena bubur panas tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pantas jihyo berlari ke kamar mandi lalu menjirus air paip ke arah pahanya yang melecur akibat terkena bubur panas tadi. Hati Seojoon puas melihat jihyo yang sedang menjerit kesakitan begitu.. setidak-tidaknya dendamnya terhadap Jihyo terbalas kerana menyebabkan dirinya jadi sakit begini.....

                ____________________

'Hah.. mana dia?.." tanya Shinhye sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, tujuan kedatangannya pada hari ini adalah untuk melakukan rawatan susulan terhadap Seojoon sebaik saja jihyo memaklumkan kepadanya bahawa lelaki itu sudah sedar. Jika diikutkan hati, doktor muda itu tidak ingin untuk dia merawat lelaki tak guna ini.. namun memandangkan Jihyo yang beria² merayu kepadanya.. dengan rasa kurang ikhlas Shinhye akhirnya bersetuju......

'Dalam bilik".. jawab jihyo ringkas sambil mengiringi sahabat baiknya itu. Namun langkah jihyo kali ni agak perlahan berbanding selalu.. pehanya yang melecur menyebabkan dia tidak mampu berjalan seperti biasa. Shinhye menoleh ke belakang, di perhatikan wajah jihyo yang sedang berjalan.. ada kerutan di dahi jihyo, jalannya pula agak perlahan dan sedikit kengkang.. hati Shinhye mencurigai sesuatu......

'Kau kenapa jihyo?.. macam ada yang tak kena je aku tengok.. jihyo hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Seboleh- bolehnya dia cuba berlagak biasa supaya kejadian tadi tidak dapat dihidu oleh sahabat baiknya. Namun apakan daya, rasa sakit yang semakin berdenyut setiap kali dia bergerak telah menyukarkan lakonannya......

'Betul ke ni hyo?.." risik Shinhye penuh curiga, entah mengapa hatinya terdetik bahawa Seojoon sekali lagi cuba menganiayai sahabatnya ini......

'kau duduk kat sini kejap.." panggil doktor muda sambil menepuk² kusyen yang berada di sebelahnya, berikan isyarat supaya jihyo duduk disitu.. 'Errr.. takpe lah Shinhye.. apa kata kau pergi tengok² kan Seojoon dulu". Jihyo cuba mengelak dari terus dirisik oleh Shinhye, lantas dia cuba mengingatkan sahabatnya itu tentang tujuannya dipanggil ke mari......

'Tak apa.. lelaki tu boleh tunggu sebentar. Kau tu datang Sini kejap... Ucap Shinhye tegas sambil merenung tajam ke wajah jihyo.. jihyo yang menyedari akan keseriusan wajah di hadapannya pantas mengalah......

Perlahan² jihyo mendekati Shinhye lalu duduk di sebelahnya..'Ouchhh.. jerit Jihyo apabila tanpa amaran Shinhye meletakkan tangannya ke atas pehanya. Matanya pula merenung tajam ke wajah jihyo sebagai tanda meminta penjelasan mengenai kecederaan yang di alami....

'Peha kau ni kenapa hyo?.. bak sini aku tengok.."ucap doktor muda itu, seraya menyuruh jihyo untuk berbaring di sofa. Jihyo menahan tangan Shinhye dari menyelak skirt paras lutut yang di pakainya kini.....

'kenapa?".. bulat mata Shinhye memandang sahabatnya...'aku segan la.. takda apa ni, mangkuk bubur tertumpah tadi. Aku dah sapu ubat pun"..terang Jihyo akhirnya... Segan pula rasa hatinya untuk menyelak skirt walau di hadapan sahabat baiknya sendiri......

'ishh.. kau ni.. apa nak di segankan.. aku ni kan doktor, perempuan pulak tu.. meh sini aku tengok.. tapi macam mana boleh tumpah hyo?.. setahu aku.. kau ni memang cermat bila buat kerja".. sekali lagi Shinhye cuba merisik hal sebenar daripada jihyo, entah mengapa hatinya berasa yakin bahawa kecederaan jihyo ni ada kaitan dengan Seojoon......

'Ciss!!"... Tak padan dengan diri sendiri pun dah sakit, masih ada hati lagi nak buat jahat".....

'Errr... Betul. Tangan aku licin masa nak suap bubur pada Oppa Seojoon tadi"... Jihyo pantas menggigit bibirnya tatkala dia menyedari dia dah terlepas cakap menyebut nama Seojoon. Dia tidak sepatutnya mengaitkan nama Seojoon dalam ceritanya, sudah tentu kini sahabatnya itu pasti dapat meneka kejadian sebenar yang berlaku......

               ............. Tbc ...........

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

The Last Breathe[Complete Part.1]Where stories live. Discover now