~ Chapter 11 ~

402 38 2
                                    

                            ♚♚♚♚♚

Seminggu telah pun berlalu, kehidupan Jihyo kini menjadi lebih ceria. Sayup² kedengaran suara Seojoon memanggil namanya dari ruang tamu.....

'Sayang.. Oppa ada sesuatu nak bagitahu ni.." kelihatan wajah Seojoon begitu serius. Jihyo yang kini duduk berhadapan dengan Seojoon menunggu kata² yang bakal dilontarkan oleh suaminya. Baik atau buruk terpulang pada keadaan.....

Jihyo menunduk memandang sofa yang sedang dia duduki.. 'Sayang.. Oppa.. sebenarnya dahh..." Ayat Seojoon tergantung disitu apabila melihat airmata jihyo meluncur laju dipipi gebunya. Seojoon yang terkejut dengan tingkah isterinya, dengan pantas dia memeluk jihyo ke dalam dakapannya.....

'Oppa maafkan Hyo kerana telah menyusahkan Oppa selama ni.. Hyo rela kalau Oppa dah ada pengganti yang lebih baik dari Hyo.." terhincut² bahu Jihyo menahan tangis.....

'Apa yang sayang cakap ni.. Oppa hanya ada Hyo seorang je dalam hati ni".. Seojoon sudah tergelak kecil melihat telatah isterinya. 'kenapa Oppa gelak?!! Tadi macam ada sesuatu yang sangat penting nak bagitahu Hyo.." Jihyo sudah mencebikkan mulutnya tanda merajuk.....

'Aloloo.. dah merajuk pulak sayang Oppa ni.. Oppa nak bagitahu la ni, tadi Oppa nak bagitahu tapi sayang dah menangis dulu.." Seojoon mengusap lembut pipi gebu Jihyo lantas satu ciuman singgah di bibir mungil jihyo.....

'Oppa ada tempah tiket ke Paris... So.. kita berdua akan pergi honeymoon kat sana bulan depan".. jihyo yang terkejut dengan perkhabaran itu lantas memeluk suaminya lalu dia menghadiahkan Seojoon satu ciuman ringkas dipipi suaminya. 'Mmm..'mmm.. bukan kat situ tapi kat sini".. Seojoon sengaja menggelengkan kepalanya sambil menunjukkan bibirnya pada Jihyo. Satu cubitan manja singgah di bibir Seojoon sehinggakan dia mengaduh kesakitan.. 'tu laa makan dia.. siapa suruh gatal sangat"... Jihyo acah² merajuk.. Seojoon yang berada disebelah tergelak melihat kerenah isterinya.....

                             💕💕💕

Jihyo memandang sekilas jam loceng yang berada diatas meja bersebelahan katilnya. Hampir pukul 10 pagi, dia menoleh ke sisinya.. kelihatan Seojoon yang masih lagi nyenyak tidur sambil tangannya memeluk erat pinggang kecil jihyo.....

'Dah nak masuk tengahari rupanya.. lambat jugak aku bangun harini.." jihyo bermonolog sendirian sambil menguap tanda masih kepenatan kerana dia tidur lewat malam tadi gara² Seojoon yang ingin bermanja² dengannya..... 💕💕💕

'Hmmm.. nak masak apa ye harini? Bisik jihyo sendirian seraya bangun melangkah menuruni katil. Belum sempat kakinya mencecah lantai.. pinggangnya ditarik lembut Seojoon hingga jihyo terjatuh dalam dakapan suaminya. Jemari Seojoon ligat bermain² di wajah isterinya. Jihyo teringat pada kata² Seojoon semalam.....

 Jihyo teringat pada kata² Seojoon semalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                 >>>Last night<<<

'Sayang Oppa nak mintak maaf banyak² pada sayang.. Oppa berdosa pada sayang, selama sayang menjadi isteri Oppa.. Oppa tak pernah nak hargai kehadiran sayang disisi. Oppa berdosa pada sayang.." teresak-esak Seojoon menangis kepiluan.. ingin sekali telinganya mendengar kata cinta yang terbit dari bibir isterinya....

'Sayang maafkan Oppa.." pinta Seojoon sekali lagi... Saranghae.....

Jihyo pula hanya menggigit bibir menahan rasa sebak yang mula menggasak jiwa. Sungguh hatinya tidak menyimpan dendam terhadap suaminya.. namun rasa gerun kenangan lalu masih lagi menguasai dirinya. Bukan sedikit keganasan yang telah dilakukan Seojoon terhadap dirinya malah dirinya juga pernah dilacurkan. Sungguh dia tidak dapat melupakan peristiwa pahit itu. Airmatanya semakin laju membasahi pipi, esakan halus juga telah mula kedengaran.. terhinggut-hinggut badannya menahan esakan yang semakin menjadi², rasa sedih dan sebak datang silih berganti tatkala kenangan lalu bagai diulang tayang dilayar fikirannya.....

'Sayang.. shhh.." panggil Seojoon lagi.. hatinya yang sedih bertambah pilu apabila melihat isterinya yang menangis begitu. Sungguh hatinya kesal.. Namun Seojoon sedar, biar seribu dia menyatakan bahawa dirinya kesal akan perbuatan masa lalunya tidak akan mampu mengubati lara dihati Jihyo. Bukan sedikit dosanya pada wanita mulia dihadapannya ini.

'Sayang.. Maafkan Oppa ye.." pinta Seojoon lagi. Entah mengapa, dirasakan ada satu perasaan yang menggesa supaya dirinya terus-terusan meminta maaf daripada isterinya. Dia seolah-olah dapat merasakan bahawa masa yang tinggal hanyalah sedikit.....

'Jihyo"...

'Hyo maafkan Oppa".. tenang jihyo menuturkan kata maaf, untuk apa diseksa lagi batin suaminya ini. Sedangkan dia harus menyokong dan membantu perubahan yang sedang berlaku.. biarlah sokongannya ini untuk seketika. Namun itu adalah cukup memadai.....

Seojoon menarik nafas lega, sebaik saja kata maaf itu terlancar dari bibir Jihyo. Satu senyuman manis dihadiahkan buat isterinya. Kedua belah tangannya yang hangat memegang lembut wajah Jihyo.. lalu satu ciuman hangat singgah didahi.. seterusnya dikedua² belah pipi yang sering ditampar dan disakitinya dahulu.. dan kemudian ciuman itu jatuh ke bibir mungil isterinya... Lama.. mereka hanyut dalam kehangatan asmara......💏💞💞

'I love you my only wife.. Love you forever and ever.. please stay in my heart.. don't leave me again" bisik Seojoon di telinga isteri tercinta 💕💕

                             🍁🍁🍁

'Sayang.. Oppa teringin nak makan masakan sayang.. boleh sayang masakkan untuk Oppa harini?.." pinta Seojoon tiba², Jihyo hanya terkejut dengan permintaan suaminya itu. Masih diingatnya amaran daripada Seojoon suatu masa dahulu supaya dia tidak memasak.. benci dengan apa² perkara yang dilakukan oleh Jihyo katanya. Jihyo menarik nafas dalam, mungkin selera Seojoon turut berubah seiring dengan perubahan peribadinya. Jihyo menjawab sendiri pertanyaan yang bermukim di benaknya, dengan wajah yang blur.. roman wajahnya dimaniskan lalu kepalanya diangguk.....

Jihyo menyelongkar peti sejuknya, tidak banyak bahan masakan yang ada.. hanya tinggal beberapa jenis sayur dan sedikit daging... Empat puluh lima minit kemudian, juadah tengahari mereka sudah siap untuk disantap. Jihyo merenung puas dengan juadah yang telah dia siapkan.. menu harini sangat ringkas.. kerana bahan masakan tidak banyak, sekadar sup rumpai laut dan daging masak lada hitam. Dia berharap semoga Seojoon berpuas hati dengan menu harini.....

Jihyo tersenyum melihat Seojoon yang begitu berselera menjamah hidangan yang tersedia, lagaknya seperti sudah beberapa bulan tidak berjumpa makanan. 'tambah lagi Oppa".. pantas Seojoon menganggukkan kepalanya.....

'Sedap sungguh masakan sayang.. Oppa nak makan puas² harini, mana tahu lepas ni Oppa dah tak boleh nak makan masakan sayang lagi".. kata² yang bermula penuh semangat tiba² sahaja berubah menjadi sayu. Jihyo hanya tersenyum nipis.. teringat pada niatnya yang ingin meminta supaya dilepaskan dan teringat juga pada kata² sahabatnya beberapa hari yang lalu.....

                  >>>Flashback<<<

'Aku bersyukur dia dah berubah, tapi itu bukan tiket untuk kau membatalkan niat asal kau Hyo.. berilah peluang pada diri kau sendiri untuk memulakan hidup baru.."

                           🍁🍁🍁

'Sayang.. kenapa mengelamun ni? Sayang tak nak makan? Tengok.. Oppa dah tiga kali tambah".. lamunan Jihyo tercantas sebaik sahaja dia merasakan ada tangan hangat yang menyentuh lengannya.....

'Makanlah".... Lembut sungguh suara itu.. sungguh Jihyo tidak menyangka suara lembut itu adalah dari suaminya... 'Ya Tuhan.. apakah petanda ini? Jihyo hanya mengangguk sambil tangannya mencedok sup rumpai ke dalam mangkukya.....

          ................🍃🍃🍃...............

To
   ❄Be
     ❄Continue...........

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
  

The Last Breathe[Complete Part.1]Where stories live. Discover now