~ Chapter 8 ~

408 45 6
                                    

                            ♚♚♚♚♚

'Aku dah agak dah.. memang semuanya sebab lelaki tak guna tu".. marah Shinhye lantas bingkas menuju ke bilik yang dihuni Seojoon. Jihyo terpinga², bimbang sahabatnya itu hilang kawalan diri lalu akan mengapa-apakan suaminya yang tidak berdaya itu.....

'Shinhye, kau nak buat apa tu?.." Jeritan jihyo telah menyebabkan langkah Shinhye terhenti.. kemudian doktor muda itu menoleh. 'Aku nak pergi tengok lelaki tak guna tulah.. biar dia cepat² baik.. lagi cepat dia baik, lebih cepat kau mintak cerai"..ucap doktor muda itu sebelum berlalu. Jihyo menghela nafas lega.....

Seojoon terkial² cuba membetulkan kedudukan bantal dikepala. Diam² hatinya merungut kerana ditinggalkan dalam keadaan tidak berdaya seorang diri oleh Jihyo. Rasa ngilu terasa menusuk hingga ke tulang hitamnya setiap kali dia bergerak. Namun, keadaan pinggang yang sudah terlalu kejang kerana berada pada posisi yang sama dalam tempoh masa yang lama telah membuatkan Seojoon nekad untuk mengalihkan kedudukan bantal tersebut.....

Dalam asyik dia berusaha, telinganya tiba² dapat menangkap dua suara yang saling bertingkah.. berborak mungkin. Seojoon cuba mengamati suara tersebut. Daun pintu yang tidak bertutup rapat telah menyebabkan suara itu sedikit jelas dipendengaran telinganya.. Seojoon tertanya² sendiri, suara siapakah itu? Dan suara itu semakin lama semakin jelas.

'Aku nak pergi tengok lelaki tak guna tulah.. biar dia cepat² baik.. lagi cepat dia baik, lebih cepat kau boleh mintak cerai".. tiba² ayat itu menerjah masuk ke lubang telinganya.....

Zapp!!!.....

Entah mengapa hatinya di rasakan bagai ditusuk sembilu. Jauh hingga ke lubuk yang paling dalam, jantungnya pula terasa bagai berdegup dengan kencang. Perasaan apakah ini? Mengapa dia tiba² dapat merasakan ada debaran aneh di dadanya? Perlahan² tangannya diangkat dan di letakkan di dadanya, cuba mengurangkan rasa debar dihati. Ngilu di tangannya kini tidak lagi terasa.. yang terasa hanyalah rasa perit dan pedih yang menular di jiwanya kini.....

Cerai... Perkataan itu menerjah masuk ke kotak fikirannya. Mula² sedikit dan akhirnya keseluruhannya dipenuhi oleh perkataan itu.. cerai~ cerai~.....

'Kau dah okay ke belum?" Tegur satu suara, pecah berderai lamunannya tadi. Renungan kosongnya tadi beralih pada wajah beku di sebelahnya.. satu wajah asing yang belum pernah di kenalinya, 'siapakah dia?.."

'Kau dah okay ke?.."ulang doktor muda itu apabila Seojoon tidak memberikan sebarang respon kepadanya.. malah, mata bundar itu begitu asyik merenung wajahnya. Seojoon agak tersentak dengan teguran yang langsung tidak mesra di pendengarannya.....

'Dah.. ehh belum".. Seojoon sendiri berasa keliru. Kepalanya yang mula di angguk, kini di gelengkan pula. Doktor Shinhye melepaskan helaan nafas yang berat, seberat rasa hatinya yang tidak ingin merawat lelaki durjana ini. Jika tidak di kenangkan persahabatan antara dirinya dengan kawan baiknya jihyo yang telah lama terjalin, pasti lelaki ini akan di biarkan terdampar sendirian.....

Tidak perlu dirawat, dan tidak perlu diendahkan. Entah mengapa hatinya ini benar² tidak mampu berkompromi dengan lelaki yang berada di hadapannya kini.....

Dengan rasa yang kurang ikhlas,pergelangan tangan Seojoon dicapai dan kadar denyutan nadinya dikira. Jihyo yang hanya bersandar dipintu bilik tergeleng sendirian.. rasa tidak ikhlas doktor Shinhye terpampang jelas di wajahnya.....

'Shin.. ikhlas ketika bekerja itu adalah perkara yang baik.. apatah lagi kita membantu insan yang tidak berdaya.." ucap Jihyo perlahan. Namun, butir bicaranya itu masih mampu didengar jelas oleh kedua² insan yang berada di hadapannya kini.

Shinhye tersentak sejenak sebelum terukir sebuah senyuman manis di bibirnya, sungguh dirinya hanyut dibawa rasa sakit hati yang tidak bertepi. Rasa kagum semakin menggunung pada peribadi sahabatnya ini. Sentiasa tenang dan pasrah akan takdir tuhan buat dirinya.....

Berbeza pula kesannya pada Seojoon, entah mengapa ulas bicara jihyo yang lembut itu dirasakan bagai begitu menyentuh hati lelakinya. Sungguh syahdu hingga meruntun rasa sebak yang tidak terperi... Nyaris mengalir airmatanya, jika tidak mengenangkan ada sahabat Jihyo di hadapannya.. pasti sebak dihati akan terzahir sebagai tangisan.....

'Ahh!!.. mengapa pulak hati aku ni tiba² berubah pelik begini?... 'Arghh" jerit Seojoon apabila tangan lembut doktor Shinhye menekan bengkak yang membiru pada wajahnya.. sungguh ngilu dan perit.....

'Teruk jugak bengkak kau ni.. nanti aku bagi ubat bengkak dan ubat tahan sakit, selain daripada bahagian badan kau yang bengkak² ni.. tangan dan kaki kau tu ada rasa sakit tak?.." pemeriksaan yang pada mulanya tertumpu pada bahagian wajah kini beralih pada bahagian badan yang lain. Shinhye meneliti bahagian lebam² di bahagian dada dan perut Seojoon bimbang wujudnya tanda² kecederaan organ dalaman.. Seojoon hanya menggeleng sekadar menjawab pertanyaan doktor muda yang berada di hadapannya sebentar tadi.....

         ...............🍃🍃🍃................

I'm not perfect, I know that..
I make mistakes, I know I do..
And I do know that I will always
                    Love you......🍁🍁🍁

         ..............🍃🍃🍃.................

 
           __________ TBC __________


🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

The Last Breathe[Complete Part.1]Where stories live. Discover now