~Chapter 3~

489 50 8
                                    

                              ♚♚♚

Seojoon panik.. dikerlingnya tubuh kaku jihyo disebelah.. tangannya menggigil dan hatinya tak keruan. Rasa takut dan panik semakin menjalar dalam diri hingga Seojoon tidak lagi mampu berfikir secara waras.. otaknya kini galak memikirkan tindakan selanjutnya untuk menyembunyikan tubuh jihyo...

Seojoon memandang ke arah jalan raya yang agak lengang dan sunyi. Tiba² sebuah lori balak yang menderu laju dari arah bertentangan menarik perhatiannya. Lori tersebut melanggar sebuah botol minuman kosong yang kebetulan berada di tengah² jalan raya tersebut.. Seojoon dapat melihat botol tersebut pecah...

Sepantas kilat, Seojoon mendapat satu idea.. break keretanya ditekan secara mengejut.. berkeriut bunyi tayar kereta yang di pandunya. Mujur saja tiada kereta lain berada di belakang keretanya. Jika tak pasti satu kemalangan jalan raya berlaku...

Seojoon memandang sekeliling bagi memastikan tiada orang yang bakal menyaksikan perbuatan kejinya.. apabila dia merasa yakin pantas Seojoon membuka pintu keretanya dan menarik keluar tubuh kecil jihyo dan dibaringkan di tengah² jalan raya. Fikirannya adalah lebih baik tubuh jihyo ini hancur di langgar lori balak atau kenderaan yang lalu lalang di sini, sekurang-kurangnya kematian kali kedua jihyo tidak lagi di kaitkan dengannya.. satu kemalangan..itu jawapan mudah yang mampu di berikan kepada ibunya apabila ditanya kelak.. Seojoon tersenyum berat...

Setelah dipastikan bahawa kedudukan jihyo adalah cukup ideal bagi menghasilkan sebuah kemalangan terancang.. Seojoon memecut laju keretanya meninggalkan sekujur tubuh yang tak bersalah di kawasan yang sunyi itu lalu pulang ke rumah. Hatinya yang serabut perlu di tenangkan.. jika tak, silap² nanti dia akan di tuduh menjadi punca kepada semua ni...

Setibanya di rumah, Seojoon membaringkan tubuhnya di sofa empuk mewah itu. Hari ini adalah hari paling malang bagi dirinya. G.M Daewoo gagal untuk merebut tender sub-kontraktor bagi pembinaan syarikatnya...

Buntang matanya tatkala mendengar keputusan tender pagi tadi. Semalam hatinya cukup yakin bahawa tender itu adalah hak milik mereka apabila melihat wajah puas Namjoon.. namun ternyata usahanya adalah sia².. atas rasa tidak puas hati, Seojoon terus bersemuka dengan Namjoon bagi mendapatkan alasan kegagalan persetujuan antara kedua² belah pihak...

Skip>

'Haissh... Sape yang cakap dekat kau, kalau kau bagi bini kau tu dekat aku.. yang aku akan serahkan tender tu?.. aku tak mintak pun.. tapi kau sendiri yang offer perempuan tu pada aku.. kau dah lupa ke?...'

'Tapi kau rasa seronok dengan bini aku kan?.. dia bukan calang² perempuan yang aku bagi".. 'Memang laa.. tapi perempuan dengan duit mana sama.. perempuan tu memang kau bagi aku, tapi tak pernah aku janji untuk bagi tender tu pada kau. Company kau punya proposal tak cukup bagus.. mana boleh aku nak bagi kau macam tu aje.. nanti rugi laa aku..' sungut Namjoon pada Seojoon...

'Arghhh!!!..' Seojoon menjerit sekuatnya bagi mengurangkan bebanan di jiwanya.. hatinya geram mengenangkan tindakan Namjoon yang menghalaunya ibarat anjing kurap apabila dia terus terusan mendesak supaya Namjoon mempertimbangkan kembali keputusannya...

Seojoon memegang pipinya yang terasa bengkak akibat ditumbuk oleh pengawal² peribadi Namjoon tadi.. hatinya yang geram kini berubah menjadi dendam.. ditambah pula dengan kejadian yang menimpa jihyo tadi.. Seojoon terkedu dan terfikir² sendiri. Adakah sudah hancur badan jihyo dilanggar kenderaan atau belum?.. di dalam keadaan kepenatan emosi akhirnya Seojoon terlelap di sofa empuk itu...

Skip>>>

Seojoon menggaru pipinya yang gatal, ditampar tangan serta kakinya yang dihurung nyamuk.. akibat tidak tahan dengan rasa gatal, Seojoon membuka matanya. Gelap.. telefon bimbitnya yang terletak di meja tidak jauh dari sofa yang menjadi alas tidurnya tadi di capai.. satu butang telefon di tekan dan alat telekomunikasi itu mengeluarkan cahaya.. 7.30 pm.. Seojoon mengurut dahinya. Kenapa keadaan rumahnya yang bergelap?.. kemana perginya jihyo?.. kenapa lampu rumah semua tidak di buka?.. selalunya pada waktu macam ni jihyo akan kelam kabut memasak untuk makan malamnya...

'jihyo!!!.. jihyo!!!..' jerit Seojoon. Hatinya berang oleh kerana kelalaian jihyo yang membiarkan dia tidur di dalam gelap...

Habis badannya bintat² digigit nyamuk.. 'memang dasar perempuan tak guna!!...

'Hyo..!!!' pekik Seojoon sekali lagi namun dalam nada yang lebih kuat. Hatinya dijentik rasa pelik namun langkah kakinya di buka ke bilik tidurnya.. lampu bilik di buka.. sebaik saja bilik menjadi terang, Seojoon terpandang pada sebuah beg pakaian yang terletak di atas katil. Ingatannya kembali terlayar pada kejadian petang tadi.. serta merta Seojoon tersedar...

Dia berlari kembali ke ruang tamu dan membuka television.. dia mencari siaran yang ingin di tonton. Seojoon membuang pandang pada jam yang tergantung kemas pada dinding ruang tamu rumah mewah itu.. 7.45 pm.. dengan penuh debar Seojoon menantikan siaran buletin utama Bermula...

Hatinya tertanya² mengenai nasib tubuh jihyo yang di tinggalkannya pada petang tadi.. sudah hancurkah di gilis lori?.. Seojoon yakin dengan jawapan pada persoalannya akan terjawab sebentar lagi...

                  .......... TBC ..........

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

The Last Breathe[Complete Part.1]Where stories live. Discover now