Aku tersenyum puas melihat hasil jalan cerita komik aku. Hampir setahun lebih aku membuatnya tetapi tidak sempat untuk melakar kerana sibuk bekerja. Mungkin ini sekarang masanya untuk aku menyiapkan buku aku sementara aku mendapat kerja yang selayaknya.
The Rules
Tiba-tiba aku teringatkan encik sombong yang tinggal di sebelah rumah. Apa dia sudah sihat ataupun masih terlantar di katil? Dia sudah makan ataupun belum? Semua persoalan itu berada di fikiran aku.
Nak pergi rumah dia ke tak?
Kalau aku pergi, dia mungkin kata aku menyibuk hal peribadi dia. Lagipun dia macam tak suka pada aku saja. Tetapi bagaimana kalau aku tidak jenguk dia dan demamnya semakin melarat? Kalau dia mati di dalam rumah, bagaimana? Ini tidak boleh jadi!
Aku terus memakai selipar dan berlari-lari anak ke rumahnya. Pintu rumahnya aku ketuk bertalu-talu. "Encik! Encik ok ke tak? Encik!" jeritku dari luar.
Tiada balasan tetapi aku terdengar bunyi televisyen terpasang. Perasaan takut aku semakin menjadi-jadi.
"Encik? Encik pengsan kat dalam ke?"
"Saya masuk ya?!"
"Encik!"
Aku terdiam. Mata aku terpaku pada figura seorang lelaki yang terbaring di sofa sambil meneguk segelas soju. Dia mengerling kearah aku.
"Bising gila kau. Kau ingat aku dah mati ke apa?" lelaki itu bersuara dingin.
Dia kelihatan sihat walaupun mukanya masih pucat. Aku berjalan kearahnya dan merampas sebotol soju daripada tangan lelaki itu. Riak wajahnya berubah dengan tindakan aku tetapi aku tidak peduli.
"Encik kan demam. Mana boleh minum air beralkohol," kata aku sedikit meninggikan suara.
"Duit aku, aku punya sukalah." lelaki itu membidas.
"Nanti demam encik makin teruk."
"Aku demam teruk ke, koma ke, masuk Icu atau aku mati sekalipun. Tak ada kena mengena dengan hidup kau."
Aku terdiam. Tersentap dengan kata-kata lelaki itu. Bagaikan berdas-das butir peluru hinggap pada jantung ini.
Jangan nilai orang dari segi luaran saja, Somi. Setiap orang mesti ada kebaikannya.
"Encik dah makan?" aku mengeluarkan soalan rawak. Malas ingin bertengkar dengannya.
Dia tidak bersuara. Sebaliknya dia hanya menatap cahaya skrin televisyen yang terpasang sejak tadi. Aku mengeluh kecil. Telefon bimbit aku keluarkan daripada poket.
"Hello, This is Korean Restaurant? I would like to order two jjangmyeon and also a dumplings. I take two bottle of pepsi too." lelaki itu memandang aku dengan pandangan kosong. Aku membalas pandangannya. "Alamat rumah encik apa?" soalku.
Dia seakan kaku. Aku melayang-layangkan tanganku ke udara.
"Encik, apa alamat rumah encik?"
Dia bangun dan berjalan mendekatiku. Dia mengambil telefon bimbit dari aku.
" No. 491, blok F jalan Gyo-dong."
"Ok, thanks," dia menutup talian dan memberikan semula telefon bimbit kepada aku. Dia kembali duduk di sofa dan menonton televisyen.
"Saya letak duit di atas meja kopi. Kalau penghantaran makanan dah sampai, encik bayar guna duit ni. Kali ini biar saya belanja, ya. Saya balik dulu." kata aku meminta pamitan. Baru aku ingin menjejakkan kaki keluar dari rumahnya, dia bersuara.
"Apa guna kalau kau order jjangmyeon sampai dua kalau kau tak nak makan sekali?"
"Ah.. enciklah makan. Lelaki perlu makan banyak, terutamanya bila dia demam."
"Kau...jangan berani nak keluar dari rumah aku sampai penghantaran tu datang."
"Eh?!"aku agak terkejut dengan kata-katanya. Dia tak kasi balik rumah?!
"Kenapa saya tak boleh keluar dari rumah encik? Saya cakap saya yang bayar kan?!" aku menghentakkan kaki tanda protes. Lelaki itu mahukan apa daripada aku sebenarnya.
"Kalau aku suruh buat, buat jelah."
"Saya tak suka rumah encik. Rumah encik bersepah!" aku membantah.
"Jadi kemas kan lah." ujar lelaki itu.
"EH?!!"
"Thanks, neighbour." aku dapat melihat lelaki itu tersenyum kecil. Lebih tepat sinis.
***
"Lain kali bila beli makanan, pastikan plastik sampahnya buang kat tong sampah. Jangan letak kat atas meja. Kalau tak tahu sangat nak basuh baju, hantarlah kat dobi. Jangan buat baju macam belacan. Baju boleh rosak," bebel aku sambil membersihkan atas mejanya yang sarat dengan plastik sampah yang tidak dibuang. Lelaki itu hanya duduk selamba di sofa sambil menonton televisyen.
"Tepilah!" aku menolak kakinya yang diletakkan di atas meja. Orang sibuk kemas rumah dia, dia pula buat muka seposen. Tak berterima kasih langsung!
"So,.. encik masih tak nak beritahu nama encik kat saya?" soal aku.
Sejujurnya aku teringin nak tau nama dia siapa. Tapi dia selalu mengelak bila aku tanya nama dia. Dia betul-betul seorang selebriti ke?
Aku dapat merasakan matanya mula merenung aku namun aku hiraukan.
"Kau betul-betul tak kenal aku?"
Aku memandangnya.
"Atau,.. kau sengaja buat-buat tak tahu sebab kau bersimpati pada aku?" katanya lagi. Aku ketawa perlahan.
"Buat apa saya perlu bersimpati pada encik?" balas aku. Plastik hitam yang penuh dengan sampah itu aku ikat mati sebelum membawanya ke hadapan rumah.
"Saya nak buang sampah ni kat bawah sekejap." ujar aku.
Aku berdiri di hadapan rumahnya untuk memakai selipar. Tiba-tiba saja dia berdiri dan mendekati aku. Dia turut memakai seliparnya.
"Aku Min Yoongi. Biar aku yang buang sampah ni kat bawah. Kau, duduk diam-diam dalam rumah aku. Jangan kotorkan rumah aku!" selepas kata-kata itu, dia segera mengambil plastik sampah dan berlalu pergi.
Aku mencebik.
"Dia yang kotorkan rumah dia, nak salahkan aku pula!" rungut aku perlahan.
YOU ARE READING
[DISCONTINUE] Precious
FanfictionKewujudan dia dalam hidup adalah paling yang tidak disangkakan. Tetapi kini dia telah menjadi seseorang yang paling berharga dalam hidup aku. Start : 4 NOV 2016