" Selamat datang ke Seoul ! " kata aku kepada Nana selepas sampai di hadapan rumah Yoongi. Nana sekadar membuka muka dinginnya di hadapan aku. Begitu juga dengan Yoongi. Dalam diam aku mengutuk mereka. Ingatkan sudah sampai di Seoul ini, muka tu makin manis. Ini tidak, makin mencuka.
" Erm.. Yoongi dengan Nana rehatlah dulu. Kejap lagi saya nak pergi kerja. Jumpa malam nanti," kata aku lagi. Aku sempat memegang jinjang leher aku sebelum masuk ke dalam rumah. Kekok.
Dengar saja pintu aku tertutup rapat, Nana memandang kearah Yoongi.
" Abang, kak Somi kerja kat mana ?" soal Nana. Yoongi mengerutkan dahinya.
" Kau buat apa nak tau ?"
Nana tersengih. " Nak kacau lah," ujarnya. Yoongi pula sudah menggeleng kepala. Dia membuka pintu pagar.
" Pergi mandi. Lepastu kita pergi makan." kata Yoongi.
" Ok,"
-
Aku yang sedang membasuh pinggan mangkuk terkejut apabila melihat Baekhyun tiba-tiba berada di belakang aku. Wajahnya agak sedih bagi aku. Aku pelik melihatnya. Selalunya dia yang paling lahanat dan gembira dalam kafe ni. Tetapi hari ini agak berbeza dari aku masuk ke kerja sehinggalah sekarang.
" Somi, aku nak minta maaf." katanya memulakan perbualan. Aku berhenti membasuh dan menoleh kearah Baekhyun. Baekhyun memandang aku dengan pandangan bersalah. "Aku tahu Kim Taeyeon ada serang kau hari tu." kata Baekhyun lagi.
Ok, sekarang aku faham.
" Jadi nama dia Kim Taeyeon ?" tanya aku.
Baekhyun mengangguk. " Dialah tunang aku yang aku cakap dulu. Teruk tak dia serang kau ? Tolong weh jangan report polis ! Aku tak nak dia masuk penjara !" Baekhyun mula meroyan dengan menggoyangkan badan aku.
" Kalau kau nak balas dendam pun, balas dendam kat aku. Aku terima seikhlas hati demi cinta aku kat dia ! Pukul lah aku ! Pukul !"
Aku menarik tangan aku dari terus menjadi mangsa goyangannya. Aku tergelak dalam hati. Kuat juga penangan cinta Baekhyun pada bakal tunang dia sampai sanggup gadaikan ny- badan dia demi kekasih tercinta.
" Seriously, Baekhyun. Kalau kau tak cakap pun aku tetap akan pukul kau." aku berkata dengan wajah masam.
" Ok, aku pun sanggup buat apa je yang kau suruh sampailah kau maafkan Taeyeon."
Aku memandang Baekhyun dengan wajah yang tidak percaya.
" Betul ni ?"
" Ya !"
" Kalau macam tu, telefon tunang kau. Ajak dia datang sini," kata aku sebelum keluar dari situ. Baekhyun seakan terkaku di dalam dapur itu setelah mendengar permintaan aku. Aku gelak besar. Takut lah tu aku apa-apakan tunang kesayangan dia.
" Jeon Somi !! Maafkanlah aku !!" kemudian terdengarlah suara Baekhyun menangis macam mak nenek. Aku peduli apa, dia kata tadi dia sanggup buat apa saja untuk aku maafkan tunang dia. Jangan salahkan aku, okey. Dia sendiri yang suruh.
Somi tak bersalah.
Baekhyun yang sejak tadi dipalau aku dan yang lain menangis tersedu-sedu sambil menelefon Taeyeon di sudut kedai.
" Sampai ati diorang semua palau aku. Mentang-mentanglah aku paling kacak bergaya dalam kedai ni. Senang-senang je diorang buli aku !" gumam Baekhyun dengan sedih.
Hello, ni Taeyeon
" Awakkk !" Baekhyun terus meraung apabila Taeyeon dalam panggilan.
YOU ARE READING
[DISCONTINUE] Precious
FanfictionKewujudan dia dalam hidup adalah paling yang tidak disangkakan. Tetapi kini dia telah menjadi seseorang yang paling berharga dalam hidup aku. Start : 4 NOV 2016