23

153 15 2
                                    

Yoongi POV

Aku memandang Nana yang sedang enak mengunyah roti coklat di dalam kereta dengan pandangan gelisah. Entah kenapa, permintaan Somi sangat  berat untuk dilakukan.

Semua orang tahu perangai savage Nana macam mana. Orangnya memang payah nak pujuk. Nana bukan jenis budak yang terpujuk dengan gula-gula.

" Tak ada syarat lain ke ?" Soal aku kepada Somi. Dia menggeleng.

Tak ada pilihan lain.

" Dia dari tadi cakap yang abang dia dah tak sayangkan dia. So, apa kata awak tunjuk kasih sayang awak pada dia ?" Somi berkata lembut.

" Kau tak faham. Nana tu degil nak mampus. Aku pula mana pandai pujuk budak. Jangan salahkan aku kalau aku tertengking dia lagi sekali." Balas aku.

" Apa salahnya buang baran awak untuk Nana. Dia adik awak kan ?" Katanya.

" Serious aku tak boleh buat."

" Saya akan tolong awak. Okey ?"

Aku memandang wajah Somi yang sentiasa mengukirkan senyuman. Perempuan ni memang tak kenal erti putus asa ea ?

" Betul ? Jangan sampai sana mulut macam kena gam."

Tiba-tiba Somi menarik tangan aku.

" Kita pergi pujuk dia sama-sama." Ujarnya. Entah kenapa aku langsung tidak memberontak apabila tangan aku seperti itu. Aku hanya diamkan saja.

Yelah.. Somi pun dah banyak tolong aku. Aku tahu niat dia yang nak baikkan hubungan aku dengan Nana itu ikhlas.

Aku dan dia melintasi jalan sambil berpegangan tangan. Langkah kami menuju ke tempat letak kereta.

Aku mengetap bibir. Seumur hidup aku, aku tidak pernah memujuk Nana. Selalunya bila kami bergaduh, ambil masa beberapa hari untuk kami berbaik semula. Mampu ke aku memujuk Nana dalam masa beberapa minit ini ?

Kita pergi pujuk sama-sama

Aku percayakan kau , Jeon Somi.

Pintu belakang kereta diketuk Somi. Nana yang sedang mengunyah biskut sambil menonton video di dalam telefon bimbitnya terus mengangkat muka. Dia sempat menjeling aku sekilas sebelum memandang kearah Somi.

Nana membuka pintu kereta.

" Nana, kak Somi rasa mengantuklah.. Nana boleh duduk depan ?" Kata Somi.

Nana mengerutkan dahinya.

" Macamlah kat depan tak boleh tidur, kak Somi ni." Nana membalas sambil mencebik.

" Alaa Nana.. Kak Somi tak biasa tidur duduk. Nanti kena simpul biawak,"

" Nana tak suka duduk depan. Rasa bahang !" Desis Nana sambil menjeling aku. Ceh ! Ingat aku tak nampak. Bertuah punya adik.

Aku lihat Somi sudah mati kata. Jadi, aku terpaksa mengambil alih.

" Ok fine kalau orang tu dah tak nak kawan dengan abang lagi . Terpaksalah abang duduk kat depan sorang-sorang." Aku mula membuka mulut. Suara aku mungkin kedengaran sudah berjauh hati sehinggakan Nana memandang kearah aku.

Aku ingat aku sudah berjaya. Tetapi...

" Tak kuasa Nana nak berkawan dengan orang jahat macam abang ni."

Nana kembali menonton video tetapi kali ini dia menyumbatkan earfon di telinganya.

" Yoo..."

" Masuk je lah. Dia dah tak nak." Aku memintas ayat Somi. Dia mungkin rasa bersalah pada aku kerana dia sudah berjanji akan menolong aku memujuk Nana.

Aku sudah agak perkara itu sangat mustahil. Jadi, aku tidak meletakkan harapan yang tinggi pada Somi. Kalau aku jadi Nana, aku mungkin akan buat perkara yang sama.

Somi yang masih terikat dengan rasa bersalah terus masuk ke dalam kereta, bersebelahan dengan Nana. Aku mula menghidupkan enjin kereta lalu meninggalkan kawasan tersebut. Walaupun tidak terlalu ketara, aku tahu Somi galak memandang aku dari arah belakang. Aku kurang senang dengan pandangan itu.

" Aku boleh nampak kau daripada cermin belakang ni, Somi." Aku berkata. " Dan aku boleh nampak kau pandang aku."

" Saya risau kalau marah Nana melarat." Balas Somi.

" Aku kenal adik aku. Dia mungkin keras kepala, tapi hatinya lembut. Nak paksa dia maafkan aku pun tak guna kalau hati masih marah. Tak payahlah kau risau sangat ."

" Saya akan tolong sedaya upaya saya. Saya dah janji dengan awak." Kata Somi sambil tersenyum. Aku dapat melihat senyuman itu.

" Hmm.."

Selepas itu aku melihat Somi meletakkan kepalanya di bahu sambil menggesel-geselkan kepalanya dengan manja. Nana pada mulanya memprotes tetapi lama kelamaan Nana juga membuat perkara yang sama seperti Somi.

Akhirnya mereka tertidur dalam keadaan kepala mereka saling bersentuhan. Aku hanya menggelengkan kepala sebelum tersenyum nipis.

" Macam budak-budak." Gumam Yoongi.

[DISCONTINUE] PreciousWhere stories live. Discover now