10

174 13 14
                                    

Pandangan aku sekejap pada lobak merah aku harus potong, sekejap pada Yoongi yang sedang bersembang bersama ibu dan ayah. Sekali-sekala aku mendengar suara mereka ketawa halus dari dapur ini. Aku tergamam melihat senyuman Yoongi buat kali pertama. Selama aku menjadi jirannya, tidak sekalipun dia tersenyum mesra kepada aku seperti itu.

Rasa sedih pun ada.

"Kenapalah dia sorok senyuman manis dia tu.." rungut aku perlahan. Disebabkan terlalu leka memandang Yoongi, lobak merah yang aku sepatutnya potong halus hampir lunyai aku kerjakan. Hansol yang melihat aku tidak fokus memotong lobak segera mengejutkan aku.

"Noona ! Lobak tu dah lunyai kau kerjakan !" teriak Hansol sehinggakan mereka yang berborak di ruang tamu dapat mendengar suara Hansol.

Bertuah punya Hansol ! Nanti kantoilah dengan Yoongi yang aku tak pandai masak.

"ITULAH ! TENGOK YOONGI HYUNG SAMPAI TERKELUAR BIJI MATA. LOBAK PUN DAH JADI MACAM GARAM HALUS !" Hansol menguatkan lagi suaranya, sengaja menyakitkan hati aku. Aku terus memiat telinganya.

"Mana adalah ! Sini kau biar noona luku kepala kau !" leher Hansol dirangkul lalu aku menggunakan siku aku yang tajam untuk meluku kepalanya. Apalagi, menjeritlah si Hansol ni. Sampai nak terkeluar anak tekak.

"Ibu ! Tengok noona ni !" adu Hansol.

"Jeon Somi ! Jangan kacau adik masak !" laung Puan Jeon dari ruang tamu.

"Ini semua salah kau !" aku memarahi Hansol dan melukunya dengan lebih kuat.

"Apa pulak ! Salah noona lah !"

"Hah melawan !"

"Ibu !!!"

"Apa kecoh-kecoh ni ?" soal Puan Jeon sewaktu memasuki dapur. Lebih memalukan, Yoongi pun ada sama. Cepat-cepat aku melepaskan Hansol sambil tersengih.

"Gaduh mesra je ibu." balas aku. Hansol di sebelah aku cuit, memintanya menyokong kata-kata aku. Aku dapat melihat Hansol menjulingkan mata ke atas sebelum mengangguk perlahan.

"Hansol, kamu tolong bawa Yoongi ke tandas. Dah malam ni, takut Yoongi sesat jalan."

"Ok, ibu." balas Hansol sambil tersenyum lebar.

Selepas Puan Jeon keluar daripada dapur, Hansol menjelirkan lidah kearah aku sebelum menarik Yoongi meninggalkan aku seorang diri di dapur. Aku yang naik geram sempat mencubit lengannya membuatkan Hansol menjerit kecil.

"Noona setan !" sekali lagi Hansol menjelirkan lidahnya kearah aku lalu melarikan diri bersama Yoongi.

Aku segera memegang dada, menenangkan diri daripada ingin menyepak Hansol sehingga jatuh tersungkur. Boleh pula dia malukan aku depan Yoongi. Siap dia malam nanti !

Kemudian aku mengeluh kecil. 'Aku nak buat ni ? Aku bukan pandai masak sangat pun.'

-

"Bukan situ lah, hyung. Sini," tegur Hansol apabila melihat Yoongi berjalan ke arah yang salah. Yoongi sekadar mengikuti langkah budak kecil itu.

"Hyung.. nak tanyalah." kata Hansol lagi.

"Apa ?"

"Kenapa hyung tak bagi aku bagitahu noona pasal kerja sebenar hyung ?"

Hansol ada baca berita mengenai Yoongi yang dituduh menciplak lagu orang. Namun dia tidaklah mahu membuta tuli dari satu pihak saja. Mungkin juga pihak media salah faham atau tidak tahu hujung pangkal cerita. Maklumlah, orang sekarang nak cari makan. Haram ke tak semua mereka telan.

"Sebab noona kau tak kenal hyung. Lagi bagus kalau dia tak tahu terus." balas Yoongi.

"Pasal ciplak lagu... betul ke? Maaflah kalau hyung terasa." kata Hansol lagi. Kali ini Yoongi menghela nafas panjang. Tak sangka budak kampung macam Hansol ambil berat tentang perkembangan kota bandar.

[DISCONTINUE] PreciousWhere stories live. Discover now