24

123 15 0
                                    

Kini, aku, Yoongi dan Nana berdiri di hadapan pintu rumah Puan Min dengan perasaan berdebar-debar. Terutamanya akulah yang terpaksa berhadapan Puan Min nanti. Pintu agam Min's terbuka dari dalam. Seorang wanita yang sudah berusia membuka pintu lalu menunduk hormat kepada kami.

" Selamat pulang Tuan Yoongi, Cik Nana dan Cik. Puan Min sedang menunggu kedatangan tuan dan cik-cik di dalam bilik bacaan." kata wanita itu. Dia sudah bekerja di rumah keluarga Min selama 20 tahun. Badan wanita tua yang masih membongkok itu dipeluk Yoongi.

" Tolong jangan layan saya macam ni. Saya tak suka," kata Yoongi dingin tetapi bernada lembut. Dia meleraikan pelukan tersebut lalu bergerak ke bilik bacaan Puan Min mendahului aku dan Nana.

Wanita tua itu sedikit tercengang dengan tindakan Yoongi. Namun wajahnya terus mengukirkan senyuman saat Nana memeluk tubuhnya. Kelihatan mereka berdua sangat rapat. Begitu juga dengan Yoongi.

" Omma, Nana rindu kimchi stew buatan omma. Boleh tolong masakkan tak untuk makan malam ni ?" pinta Nana. Wanita yang dipanggil omma itu ketawa kecil.

" Untuk Nana semua boleh. Nanti omma masakkan untuk Nana, ya ?" balas wanita itu.

Aku hanya tersenyum memandang mereka berdua. Rindu pula aku dengan omma aku di kampung. Apa khabar mereka di sana agaknya. Adakah mereka baik saja ?

" Oh ya, kamu cik Somi kan ?" wanita itu berkata kepada aku. Aku menganggukkan kepala.

" Ya, saya." aku membalas.

" Puan tunggu cik Somi kat dalam bilik bacaan dengan tuan Yoongi."

" Baiklah, terima kasih."

" Bilik bacaan Puan di tingkat dua paling hujung belah kiri." Kata wanita itu. Aku mengangguk tanda faham.

Langkah aku perlahan untuk ke bilik tersebut. Setiap derapan kaki menaikkan resah di hati. Aku terfikir ekspresi wajah yang macam manakah yang akan Puan Min tunjukkan kepada aku.

Aku takut kerana kelakuannya sewaktu hari jadi Nana tempoh hari sangat mencurigakan dan senyumannya kelihatan palsu.

Adakah aku akan diterima baik oleh keluarga Min ?

" Yoongi," aku memanggilnya yang berdiri kaku di muka pintu. Dia menoleh kebelakang dan menarik tangan aku.

" Ingat, mama aku sangat licik. Kalau kau rasa kau tak mampu jawab soalan dia, diam je. Aku tolong kau." Kata Yoongi dalam nada berbisik.

" Semuanya akan baik-baik je kan ?" Soal aku. Sejujurnya aku risau dengan semua ini. Bagaimana kalau sesuatu yang tak dijangka akan berlaku.

Aku terlalu takut untuk menghadapi realiti ini.

Yoongi memegang erat kedua-dua tangan aku. Kemudian dia menarik aku ke dalam pelukannya.

" Ya. Semuanya akan okey."

Selepas itu, Yoongi meleraikan pelukan dan berdehem kuat. Mungkin dia malu kerana terlalu lama memeluk aku.

Dia mengetuk pintu bilik.

" Masuk !" Kata Puan Min dari dalam.

Aku menarik nafas sedalamnya sebelum mengikuti Yoongi dari belakang.

Wajah Puan Min yang sedang membaca buku sambil menghirup secawan teh. Perlahan-lahan dia menoleh kearah kami.

" Sampai hati Yoongi buat mama macam ni kan.." Kata Puan Min.

Yoongi mendengus. " Yoongi buat apa,"

" Mama dah kata kan jangan bawa Nana ke Seoul. Apa yang kamu tak puas hati sangat  dengan mama hah ?"

[DISCONTINUE] PreciousWhere stories live. Discover now