21

147 15 9
                                    


" Yoongi tahu jalan balik rumah dan Yoongi tak perlukan orang-orang mama untuk bawa Yoongi balik. Faham ?!"

Selepas itu, aku melihat Yoongi mematikan talian dengan wajah dingin. Aku tidak mahu untuk bertanyakan apa-apa soalan kepadanya kerana risau diherdik. Aku ini bukannya hati batu. Kalau aku menangis menjadi satu masalah lain pula. Lebih baik aku hanya mendiamkan diri.

" Abang, Nana lapar." Adu Nana di tempat duduk belakang. Wajah Nana yang muram aku pandang dengan rasa kasihan manakala Yoongi tidak. Dia betul-betul menghiraukan Nana pada ketika itu. Aku pula yang naik angin.

Sudahlah dia mengajak kami ke Daegu pada awal pagi. Tanpa sarapan, tanpa mandi. Yoongi kali ini memang sudah melampau.

" Abang ! Dengar tak ?!" kata Nana lagi.

" Tutup mulut kau. Kita makan kat rumah," balas Yoongi memandang kearah Nana. Tegas sahaja suaranya.

Nana mencebik tanda tidak berpuas hati. " Abang gila ke ? Perjalanan dari Seoul ke Daegu ambil masa empat jam lebih. Berhentilah kat mana-mana. Nana laparlah !" bentak Nana.

" Aku tengah serabut sekarang ni. Kau jangan nak tambahkan masalah aku boleh tak ?!" suara Yoongi mula naik satu oktaf. Dia memberhentikan kereta di tepi jalan dan merenung kearah Nana. " Kau nak sangat makan kan ? Pergilah cari sendiri !" tengking Yoongi.

Nana sudah mati kata. Mungkin Yoongi jarang melepaskan amarahnya pada adik kesayangannya itu membuatkan Nana mula mengalirkan air mata selepas ditengking sebegitu rupa.

" Tak payah menangis ! Orang lemah je yang menangis !"

Aku sudah tidak tahan. Aku terus menghayunkan tangan aku ke wajahnya dengan mata merah. Aku bukan sahaja rasa terhina malah aku merasakan dia sangat layak untuk diberi pengajaran.

" Sampai hati awak kan.. cakap macam tu dengan adik awak sendiri ! Mana perasaan awak ? Mana kasih sayang yang awak pernah bagi kat Nana dulu ? Awak sedar tak yang Nana baru tujuh tahun ? Awak sedar tak !"

Pada ketika itu aku dapat mendengar esakkan Nana yang semakin lama semakin kuat. Aku juga yang tidak dapat menahan air mata terus mengalirkan air mata kerana terlalu marah dan kesal. Yoongi memandang kearah aku dengan senyuman sinis.

" Salah ke aku cakap ? Orang lemah je yang menangis. Atau kau tak boleh terima kenyataan yang kau lemah hah ?"

" Saya menangis sebab saya ada perasaan. Kalau awak nak tahu, bila perempuan menangis, itu tandanya dia kuat. Kekuatan lelaki dan perempuan tak sama macam apa yang awak bayangkan selama ni. Kalau awak rasa saya menangis, Nana menangis ! sebab kami berdua lemah. Awak silap. Kami berdua boleh jadi lebih kuat daripada awak !"

Yoongi terdiam selepas aku mengeluarkan hujah bantahan aku apabila dia mengatakan bahawa orang yang menangis adalah orang yang lemah dan orang itu ditujukan kepada aku, seorang perempuan. Aku tidak akan sesekali membenarkan dia menang pada kali ini. Tidak akan.

" Kau nak pergi mana !" kata Yoongi selepas melihat aku mencabut tali pinggang dan membuka pintu. Dia berdecit. " Kalau kau nak tau, aku benci perempuan macam kau. Perempuan yang suka larikan diri daripada masalah. Perempuan yang senang ditindas. Semua pasal kau, buat aku rasa menyampah."

Aku tersentap. Tangan aku sudah mengenggam penumbuk.

Sabar, Somi..

Aku masuk semula ke dalam kereta dan memberikan dia senyuman sinis.

" Kenapa ? Awak takut saya tak nak ikut awak balik Daegu ? Sebab tu awak cakap macam tu pada saya. Hah ?" aku membalas.

" Kalau bukan permintaan awak yang ajak saya ke kampung awak, awak ingat saya nak sangat ke Daegu tu ? Nak menipu mama awak yang saya ni kekasih awak ? Perempuan yang awak kata lemah ni, yang senang ditindas ini juga yang sudi bantu awak tahu tak !" aku menengkingnya sepuas hati. Puas hati aku dapat membela diri sendiri. Setidaknya aku bukan menegakkan benang yang basah. Aku tahu, kebenaran pasti akan menang.

" Saya nak keluar sebab saya nak cari makanan untuk adik awak yang lapar. Saya tak jahat nak biarkan dia kelaparan melainkan saya tak ada perasaan macam awak."

Aku terus keluar dari kereta dan berjalan kaki ke kedai runcit berhampiran. Walaupun agak jauh, aku tidak mahu bergantung sepenuhnya pada Yoongi. Lelaki pentingkan diri sendiri tu memang patut diperlakukan seperti itu.

Yoongi yang berada di dalam kereta mula mengamuk tidak tentu pasal. Habis stereng kereta dijadikan lepaskan geram.

Perbuatan Yoongi terhenti apabila Nana tiba-tiba keluar dari kereta. Yoongi turut keluar dari kereta dan mendapatkan Nana. Tangan Nana dicapai namun segera ditepis oleh Nana.

" Kau jangan mengada nak balik sendiri pula !"

" Sejak bila kau layan aku macam budak kecil hah ? Jangan nak sibuk hal Nana lah. Abang kan banyak kerja, apa kata abang selesaikan masalah abang. Nana bukannya penting pun untuk abang. Nana nak ikut kak Somi." Kata Nana dengan dingin. Baru Nana ingin melangkah mengikuti aku, sekali lagi Yoongi mengenggam erat tangan Nana.

" Tolonglah Nana.. Tak akan kau pun nak buat abang macam ni ?" Yoongi mula merayu namun Nana menghiraukan rayuan abangnya itu. Mata Yoongi mula berkaca.

" Nana tak ada abang yang pentingkan diri macam ni. Dan lagi satu, rasanya abang tak payah kut nak menangis bagai. Orang lemah je yang menangis. Remember ?" Nana terus menarik tangannya.

" Itu ayat abang, bukan ayat Nana." Kata Nana sebelum melangkah pergi.

-

Aku yang sedang membelek makanan ringan untuk dimakan di dalam kereta terkejut apabila Nana tiba-tiba berada di sebelah aku. Aku merendahkan sedikit tinggi agar dapat menyamakan ketinggian Nana. Aku tersenyum kepadanya.

" Nana nak makan apa ? Kak Somi belikan." Soal aku.

" Nana tak nak ikut abang balik Daegu. Nana benci abang," ujar Nana. Aku merenung mata Nana sebelum mengeluh kecil.

" Nana."

Aku bahu kecil Nana. " Semua orang pernah buat silap dan tiada sesiapapun kat dunia yang lahir sempurna. Macam abang Nana, kak Somi. Nana pun. Abang Nana tu, dia bukannya tak sayang Nana, dia Cuma tak dapat kawal emosi baran dia. Jadi, Nana tak boleh benci abang." Aku berkata.

Nana mencebik.

" Kenapa tak boleh ? Dia kata kak Somi lemah. Kak Somi tak marahkan abang ke ?" soal Nana.

" Walaupun abang Nana macam tu, dia selalu tolong kak Somi, ada untuk kak Somi. Ingat Nana, jangan sebab dia pernah sekali sakitkan kita, kita lupa segala kebaikan dia. Itu tak patut." Aku berpesan kepada gadis kecil itu. Biarpun perwatakan Nana kelihatan matang namun terdapat banyak lagi pengetahuan yang harus dia pelajari.

" Jadi kak Somi pun akan maafkan abang ?"

" Mestilah," aku tersenyum.

" Walaupun dia gunakan kak Somi untuk kepentingan abang sendiri ?" kali ini senyuman aku pudar. Nampaknya bukan aku saja yang merasakan perkara itu. Nana juga.

" Y..a,"

" Jom kita cari makanan yang Nana suka, lepastu kita masuk kereta balik." Kata aku yang cuba untuk mengubah topik. Kami dengan segera membeli makanan ringan untuk mengisi perut sewaktu perjalanan nanti. Mata aku meliar kearah luar kedai, takut juga Yoongi tiba-tiba meninggalkan aku dan Nana di tempat yang terpencil ini.

Aku keluar dari kedai sambil memimpin tangan Nana. Langkah kami berdua menuju ke arah kereta Yoongi yang diparkir ditengah jalan. Aku menarik nafas lega apabila kereta berwarna hitam itu masih ada di situ. Itu menandakan Yoongi tidak meninggalkan mereka.

Tetapi, dimana Yoongi ?

" Kak Somi. Kalau abang minta maaf dengan kak Somi, jual mahal sikit. Baru abang insaf," kata Nana. Aku ketawa kecil.

Itupun kalau abang kau nak minta maaf dengan kak Somi kau ni..

[DISCONTINUE] PreciousWhere stories live. Discover now