38

22 1 0
                                    


" Kenapa awak buat macam ni pada kawan-kawan saya ? Apa salah diorang ?" 

Yeonhee berkata dihujung katil sambil memerhatikan pidol yang sedang berbaring meneliti kerjanya di tablet miliknya. Dia yang masih lagi tidak membuka gaun putih yang dipakai sejak pagi tadi. Di dada Yeonhee penuh dengan perasaan bersalah dan tanda tanya. Apa yang berlaku antara Somi, Yoongi dan mama Yoongi sehinggakan wanita itu sanggup menjerat anaknya sendiri.

Pada mulanya Pidol hanya mahu mengabaikan Yeonhee, tetapi pandangan Yeonhee yang tajam merenung kearahnya membuatkan dia meletakkan tabletnya ke tepi katil. Dia mengeluh kecil.

" Awak fikir kerja saya nak sibuk hal orang lain macam awak ? Lagipun dia kawan saya, apa salah saya tolong."

" Tapi diorang tu kawan saya ! Somi dan Yoongi tu kawan saya !" bentak Yeonhee. Pidol ketawa sinis.

" Min Yoongi, anak orang kaya macam tu kau panggil kawan ? Layak ke kau ?" kata Pidol membuatkan Yeonhee terkesima. Pidol turun dari katil dan mendekati Yeonhee. Dahu Yeonhee direntap kasar membuatkan gadis itu mengerang kesakitan.

" Kau jangan lupa, kalau aku masuk penjara sebab ni, kau pun akan terjerat sama. Kau tak takut mak dengan adik-adik kau tidur dekat bawah jambatan ?"

Yeonhee terdiam.

-

Selepas Chanyeol memaksa aku balik bersamanya, aku hanya terbaring di katil tanpa berbuat apa-apa. Badan aku sakit, hati aku lagilah sakit. Aku menutup mata seeratnya, berharap apa yang terjadi ini adalah mimpi semata-mata. Aku tidak mahu membenci Yoongi ! Lelaki itu sudah banyak membantu aku. 

Tetapi kenapa Yoongi...

" Ibu...ayah.."

Air mata deras mengalir kepipi. Tidak cukup dengan mama Yoongi mengancam aku selama ini, sekarang anaknya pula sudah memusnahkan hidup aku. Adakah tak layak untuk hidup.

"Somi," dinding yang tidak kalis bunyi itu diketuk seseorang. Aku tahu itu Yoongi tetapi aku hanya menghiraukannya.

"Kalau kau dengar ni, aku betul-betul minta maaf. Demi tuhan, aku langsung tak ingat apa yang terjadi malam tu dan demi tuhan juga, aku tak ada niat nak sakitkan kau. Aku tau kau dah bencikan aku, Somi. Tapi bagilah aku tebus balik kesalahan aku," 

"Kahwinlah dengan aku. Aku janji akan tanggung kau dan keluarga kau sepenuh hati aku. Aku akan bertanggungjawab atas semua yang terjadi. Tolong terima aku, Jeon Somi."

Aku hanya mendengar tanpa bersuara. Hanya air mata sahaja yang masih tidak berhenti dari mengalir. 

Kenapa awak buat saya macam ni, Yoongi..

Apa salah saya..




kalau ikut jalan cerita sebenar, cerita ni panjang lagi HAHAHAHAHA rasa macam nak delete je hmm

[DISCONTINUE] PreciousWhere stories live. Discover now