"Arghhhhhhhhhhhh, Kena Lagi !!" Bella Aryana menjerit sekuat hati di dalam biliknya. Kenapa malang sungguh nasib aku ni, ke aku yang tak pandai memilih? atau aku yang dah salah pilih? gumam Bella di dalam hati. Ke aku tak cukup lawa nak dapat yang setia? Atau orang pikir aku yang tak setia. Pelbagai soalan yang terlintas dibenaknya. Huh, Harini lansung tidak ada mood nak buat homework. SPM tidak lama lagi tetapi masih lagi tidak bersedia.Dengan keadaan tertekan begini. bagaimana mahu mengambil peperiksaan dengan senang hati. Bella hanya bermonolog sendiri. Masakan tidak tertekan. Di depan mata melihat teman lelaki sendiri sedang bermesra dengan perempuan lain.
"Syaitonnnnnn punya jantan, Tak guna. dasar Berok" lagi sekali Bella menjerit sepuas hati melepaskan geram.Tuk.tuk.tuk. lalu pintu dibuka .
"Bella okey ke tak ni,duk terpekik terlolong kenapa?" kata Puan Kamilia apabila terdengar anak nombor duanya itu menjerit dengan tiba2 . Mujur lah suaminya tidak ada tika ini. Kalau tidak pasti suaminya akan bising."Bella okey, saja praktis suara ,mana tahu dapat jadi ahli choir nanti." Bella hanya tersengih seperti kerang busuk. Maaf ibu tipu sunat. Ujarnya di dalam hati. Takkan la nak bagitahu ibu aku menjerit sebab kecewa tengok pakwe dating dengan awek lain. Mampus kena dengar ceramah free nanti.
"Kalau ok takpe la,ibu nak masak ni,kalau rajin pergi la menolong kat dapur." kata Puan kamilia dan terus berlalu pergi.
"Fuhhhh,nasib baik ibu tak banyak tanya". Bebel Bella sendirian. Lega kerana tidak disoal itu dan ini.
tit.tit. bunyi mesej masuk.
Hai Baby, tengah buat ape? miss u lah.
"Baby tengkorak mung la, dengan aku kau baby kan, dengan perempuan tadi kau apa kan pulak. Dasar Cipan " Bebel Bella apabila melihat Nizam menghantar SMS kepadanya seperti tiada apa2 yang berlaku.
"Dia ingat aku buta la tu tak nampak dia buat apa. Mujur lah aku terniat balik sekolah nak pergi kedai iceblend sebab temankan si Fina tu. Kalau tak mampos nak tahu kau pasang org lain belakang aku. Kalau perempuan tu lawa takpe jugak. Lawa aku lagi kot. Dah la budak kelas hujung pulak tu. Takde taste ke ape."
Bebel Bella lagi, geramnya masih tidak habis lagi apabila teringatkan adegan mesra sepasang kekasih yamg sedang memadu asmara . Dah la dating kat kedai Ice blend je. Mujur la sempat tangkap gambar due ekor berok ni ,siap rakam video lagi. Apabila melihat sepasang kekasih itu dan lelaki itu sangat dikenalinya,dia terus menyorok di rak2 yang di tempatkan pelbagai aneka roti di kedai tersebut. Jadi, sementara menunggu ice blend Fina siap,dia sempat merakam dan menangkap gambar aktiviti kekasihnya itu. Dalam hatinya tidak berhenti2 mengutuk sepasang kekasih tersebut. Nak balas ke tak mesej ni. Pikirnya lagi.
Bella membuka gallery dan memilih gambar sepasang kekasih tersebut.
Caption
its Over. Fuck off. Dasar tenuk tak guna.Sent !
Lalu dia terus block nombor Nizam dan berharap Nizam tidak akan menganggunya.
Bella terus menukar pakaian sekolahnya dan mencampaknya ke dalam bakul. Malangnya sasaran nya tidak mengena menyebabkan baju sekolahnya berterabur di luar bakul.
"huh, sape pulak yang alih bakul ni, Biasanya kalau aku campak dari jarak satu meter mesti masuk dalam bakul." Marahnya masih tidak habis, bakul pula yang jadi mangsa. Memandangkan Bilik air hanya di dalam bilik . Dia hanya memakai tuala dan masuk ke bilik air. Seperti biasa jika putus cinta sebelum2 ini, dia akan membuka air pancur dan duduk di bawah pancuran air sambil menangis. Apabila sudah puas barulah dia akan menutup pancuran air tersebut dan mandi seperti biasa dan turun ke dapur dengan gembira dan makan sebanyak mana yang mungkin. Selepas makan terus naik ke bilik untuk tidur .Mujur lah badannya tidak cepat naik jika makan banyak.
Sesetengah perempuan kalau putus cinta mesti melepaskan tekanan dengan menangis kan. ? Ada jugak yang makan untuk menghilangkan stress.
**************firstime buat love story. hope uolls suka la ye.
YOU ARE READING
Airmata Cinta
Romance"Aku dah penat nak terima kehilangan." "Then, be mine. I'll never leave u alone." Masihkah ada peluang untuk insan lain bertakhta dihatimu Bella Aryana.