Hatinya berdebar saat melangkah ke wad lelaki di mana Zarif ditempatkan. Sebelah tangannya memaut lengan abang nya.
"Ni bilik Zarif." Ujar Rafiq. Bilik yang tertera nombor 302 itu dibuka. Kelihatan seorang lelaki sedang terbaring lemah. Dengan balutan di kepala serta luka di bahagian lutut, muka dan sikunya. Bella memandang sayu. Kalau tidak disebabkan dia pasti Zarif tidak jadi begini. Tidak habis menyalahkan dirinya. Puan Afiza yang berada disisi Zarif hanya tersenyum memandang mereka.
"Assalamualaikum aunty." Ujar Bella lalu mereka berdua menyalam tangan Puan Afiza.
"Walaikumsalam. Bella dah sihat?" Tanya puan afiza..
"Bella ok je . Luka sikit je. Macam mana keadaan Zarif? " tanya Bella.
"Alhamdulillah, Amir dalam keadaan stabil. Eh Bella dan Rafiq tunggu kejap ye. Aunty nak pergi beli makanan. ada nak kirim apa2? " mereka berdua hanya menggelengkan kepala. Lalu puan afiza berlalu pergi ke kantin hospital.
"Abang. dia asyik tido je kenapa.?"
"Ish Bella ni. orang sakit memang la kena rehat , tido. Bukan macam bella. Sakit2 pun mulut macam murai." Bella hanya mencebik. Im strong ok. Omelnya dalam hati.
Bella menyentuh tangan Zarif.
Bella minta maaf Zarif, kalau tak sebab Bella, Zarif tak jadi macam ni. tuturnya didalam hati sambil mengusap jari jemari Zarif. Bella tersentak saat Jari jemari Zarif bergerak."Err, awak ni siapa?"
Bella membulatkan matanya. Dia tanya aku siapa. Kenapa dia tak kenal aku. Wait. menurut kata doktor. Masa dia menyelamatkan aku, kepalanya terhantuk pada objek keras. Takkan dia hilang ingatan. Hatinya mula berasa sedih.
"Zarif tak kenal Bella? " Tanya Rafiq.
Zarif hanya menggelengkan kepala.
"Err Bella. Menurut kata doktor. Zarif berkemungkinan hilang ingatan akibat hentakan yang kuat di bahagian kepalanya tu." Jelas Rafiq membuatkan wajah Bella pucat.
"Zarif kata sayangkan Bella, cintakan Bella kenapa Zarif lupakan Bella. No zarif tak boleh hilang ingatan. " Airmata Bella mula mengalir deras. Zarif masih membuat muka pelik. Kenapa gadis dihadapannya ini menangis.
"Maaf, saya memang tak kenal awak. Mustahil saya boleh cakap macam tu." Ujar Zarif lagi.
"Sampai hati Zarif cakap macam tu. Zarif tahu tak Bella sayangkan Zarif. Tak pernah kurang walau sikit pun perasaan sayang tu dalam hati Bella. Semua ni salah Bella, kalau tak sebab Bella mesti sekarang ni Zarif masih ingat Bella kan. I hate myself !" Jerit Bella lalu meninggalkan Zarif dan Rafiq terpinga-pinga.
"So?" Ujar Rafiq. Zarif hanya mengangkat bahu.
***********************************
Langkah di atur di taman hospital.Dia mencari tempat duduk yang jauh daripada orang. airmatanya masih mengalir deras. Tak sangka gara2 menyelamatkan dia menyebabkan Zarif hilang ingatan. Kenapa dia begitu sedih. bukan ke dia suka zarif lupakan dia. No! Dia tak suka, dia ego, dia masih sayangkan zarif dan masih mengharapkan Zarif menyambung cinta mereka. See Bella. Kalau kau tak layan ego kau mesti tak jadi macam ni. Tak berhenti dia memarahi dirinya.Tiba2 ada satu tangan memegang bahunya dari belakang.
"Abang tak payah lah pujuk Bella. Bella yang salah dalam hal ni. Kalau bella terima je Zarif semula kan mesti tak jadi macam ni. Bella menyesal sangat bang sebab terlalu mengikut perasaan sendiri. Bella sayangkan Zarif." Ujar Bella tersedu sedan tanpa menoleh siapa yang memegang bahunya itu.
"Saya masih sayangkan awak Bella." Ujar suara itu. Bella terkejut lantas menoleh.
"Aaawakk... Awak ingat saya??" Tanya Bella meminta kepastian saat melihat Zarif dihadapannya. Zarif hanya tersenyum.
"Tak mungkin saya lupakan orang yang saya sayang Bella." Ujar Zarif.
Hah, dia sebut nama aku. Tu maknanya dia ingat aku. Tapi bukan ke tadiii..
"Tapi tadi.."
"Tadi tu saya sengaja buat2 tak kenal awak. Saya nak tengok macam mana reaksi awak. Tak sia2 saya berpakat dengan Abang Rafiq. Sekurang2 nya saya tahu awak masih sayangkan saya." Ujar Zarif berpuas hati .
"Eee jahatnya." Bella menumbuk bahu Zarif. Selamba je budak Bella ni. Ah peduli apa siapa suruh menipu aku. Buat malu je tahu. membazir airmata aku. omel Bella.
"Sakit sayang. Saya ni tak sihat lagi tau." Ujar Zarif sambil tersenyum. Tak sia2 dia buat rancangan bersama rafiq selepas mereka kemalangan semalam. Pada mulanya Rafiq memarahinya atas apa yang jadi. Tapi setelah menjelaskan semuanya rafiq bersetuju juga. Nak tahu bila dorang buat plan? masa Bella tengah sedap tidur lah Rafiq pergi melawat Zarif.
"Tapi saya nak awak tahu apa yang saya cakap tadi tu semuanya betul tau."
"Ye saya tahu. Kalau saya tahu macam ni nak pulihkan hubungan kita dah lama saya sakitkan diri saya ni. Eksiden banyak kali pun takpe asalkan awak sayang saya. " Zarif tersenyum nakal.
"Eee.membazir airmata saya tahu.! " Bebel Bella.
"Dengan saya pun nak berkira ke. Jom teman saya naik atas. Jauh tahu saya jalan sebab nak cari awak." Bella tersenyum lalu membontoti Zarif naik ke wad nya semula.
"Hah Abang. Tak lawak okey nak buat plan macam tu." Ujar Bella.
"alah, sekurang2 nya Abang tahu yang Bella ni masih sayangkan Zarif. Kan Zarif.?" Zarif hanya mengangguk.
"Dah la. Malas layan korang ni . Bella nak balik lah. awak saya balik dulu ye." Ujar Bella lembut.
"Amboi Bella. Dengan abang kemain garang. Dengan Zarif pandai pulak cakap elok2." Usik Rafiq.
"Hish Biarlah. " Ujar Bella lalu melangkah keluar dari bilik tersebut.
"Thanks bro."
"Takde hallah. Jaga adik aku elok2. " Zarif hanya mengangguk dan tersenyum. I will. Balas Zarif di dalam hati. Malam ni boleh lah dia tidur dengan lena.
***********************************
Enjoy reading.
YOU ARE READING
Airmata Cinta
Romance"Aku dah penat nak terima kehilangan." "Then, be mine. I'll never leave u alone." Masihkah ada peluang untuk insan lain bertakhta dihatimu Bella Aryana.