Bab 41

2K 29 5
                                    

2 tahun kemudian.

"Sayang cepat lahhhhh. Merajuk si Ezza tu nanti." Panggil Zarif. Ni lah dia perempuan, kalau bersiap mesti lama. Omelnya sendirian.

"Ye la awak. Dah siap dah ni. Anak dara kita mana?" Tanya bella. Tu lah bersiap lama sangat sampai anak sendiri hilang pun tak sedar. Selepas sebulan berkahwin bella di sahkan mengandung. Bukan main gembira lagi si Zarif ni . Maklum lah dah nak jadi bapa. Semua ahli keluarga dihebohkan berita kehamilan Bella. Geleng kepala saja bella melihatnya. Selepas sembilan bulan 10 hari bella selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang diberi nama Zaira Adleena. Zarul dengan Lynn pula sudah berkahwin dan juga sudah mempunyai seorang cahaya mata perempuan juga.

"Hah sudah. Mana dia Zaira." Zarif buat muka terkejut seperti mencari2.
Bella sudah buat muka panik.
Lalu Zarif ketawa.

"Ada tu ha dekat Razif. Tu la sayang lama sangat bersiap. Anak kena culik pun tak sedar." Bella hanya membuat muka. Aku melawa ni untuk dia jugak. Omelnya dalam hati.

"Hah, bibir muncung2 tu kutuk saya dalam hati la tu kan.Tak baik tau kutuk suami. " Ujar Zarif sambil mencubit pipi isterinya.

"Kak Bella. Cepat lahhh. Kak Ezza call dah ni. Semua orang dah ada. Kita je tak sampai lagi." Ujar Razif sambil mendukung Zaira Adleena. Kemain lentok lagi dekat bahu Paksu dia. Bella mengambil Zaira dari dukungan Razif. Hari ini merupakan majlis konvokesyen Ezza. Dia sudah warning adik beradiknya pasti kena hadir ke majlis tersebut. Nak taknak kena hadir jugak kalau taknak tengok muncung itik Ezza tu.

*********************************
"Ha nasib baik kau cepat Bella. Ezza tak keluar dewan lagi. Buatnya dia keluar tengok kau takde mahu merajuk budak tu. " Bebel Rafiq. Haih,tadi kena bebel dengan Zarif lepastu Razif sekarang rafiq pulak. Harini memang hari lelaki kuat membebel ke ape.

"Biasalah bang. Macam tak tahu je dia bersiap bape jam." Ujar Zarif. Bella memberi panahan mata.. Kemain lagi mengutuknya depan2.

"Ye, aku tahu dia ni kalau nak kemana-mana mesti bersiap punya lah lama." Bebel Rafiq lagi.

"Hish malas la layan. Kak Lea jom kita pergi cari bunga untuk Ezza. Tinggal je jantan2 ni dekat sini. " Ujar Bella lalu menghulurkan Zaira Adleena kepada Zarif dan menarik tangan Azalea. Azalea hanya menggelengkan kepala sahaja. Sebelum berlalu dia memesan kepada anaknya supaya duduk diam2 dengan suaminya.

"Ha nasib kitalah kena jaga anak dorang pergi berjalan." Ujar Rafiq lagi. Zarif hanya tersengih. isterinya sejak kebelakangan ni memang sensitif.

"Eh nak join kak lea dengan kak bella lah. Bye abang2 ku ." Ujar Razif sambil mengejar Bella dan Azalea.

"Ha tu lagi satu kaki kipas tu. Jap lagi ada la dia pau si bella tu." Ujar Rafiq. Faham sangat dah dengan perangai adik2 nya. Zarif hanya melemparkan senyuman sambil mengagah anaknya. Terjerit2 anaknya itu. Apa yang dicakap oleh Zaira pun sepatah pun tak difahami. Tiba2 kepalanya terasa berat. 

"Kenapa kau ni?" Tegur Rafiq. Melihat wajah Zarif seperti sedang menahan sakit.

"Takde ape lah bang. Sakit pulak kepala ni. Rasa macam nak muntah je." Terang Zarif.

"Macam orang mengandung pulak kau ni. Nah makan ni." Ujar Rafiq seraya menghulurkan gula-gula hacks kepada Zarif.

"Sejak kebelakangan ni memang saya asyik pening-pening. Sakit kepala. Kejap kang rasa nak muntah. Tak tahu la kenapa." Ujar Zarif lagi.

"Entah2 kau ni alahan tak? "

"Alahan ape?"

"Cuba kau bawak bella pergi klinik mana tahu dia mengandung. Sebab ti kau kena alahan." Ujar Rafiq. Zarif hanya mendengar. Memang dia ada dengar perihal suami alahan bila isteri mengandung. Tapi kenapa masa Bella mengandungkan Zaira dia tidak kena alahan. Sebaliknya Bella pulak yang teruk kena alahan.

Airmata CintaWhere stories live. Discover now