Jam loceng berbunyi nyaring membingitkan telinga pasangan yang sedang tidur.
"Sayang bangun, subuh dah ni." Ujar Bella menggerakkan tubuh suaminya. Masih tiada respon. Penat betul gayanya suaminya ini. Maklumlah baru pulang dari berbulan madu semalam.
"Ermm." Hanya itu respon dari Zarif. Dengan mata yang masih tertutup. Bella sudah membuat muka. Otaknya ligat memikirkan rencana.
"Aduuhhhh. sayangggg. Tolongg. sakitttt." Bella menjerit sekuat hati. Menggelepar Zarif bangun setelah mendengar jeritan Bella.
"Kenapa sayang. Awak jatuh ke? sakit kat mana?" Ujar Zarif panik. Bella hanya memberikan senyuman paling manis terhadap suaminya itu. Tahu pun nak bangun. Omelnya.
"Eee. Sayang. Not funny lah. Pagi2 buta buat prank macam ni. Risau saya tahu tak." Ujar Zarif sambil tangannya mencubit lembut pipi isterinya.
"Hah, kalau saya tak buat macam tu alamatnya terlepas lah solat subuh. Jom." Ujar Bella sambil menarik tangan Zarif. Zarif berpura-pura mahu menyambung tidur semula.
"Sayanggggg. Bangunlahh. Berat tahu tak." Beria-ia Bella menarik tangan Zarif yang sudah baring di atas katil . Dia ingat dia ringan ke. Tunggu aku buat badan jadi sado ni baru boleh tarik dia. Jangan kan tarik. Lambung pun boleh. Kang geli pulak tengok badan aku macam jantan. Bebel Bella sendirian.
Tengah sedap Bella membebel tangannya disentak membuatkan tubuhnya mendarat cantek ke atas badan suaminya. Tubuhnya dipeluk kemas.
"Sayang. Nanti waktu subuh habis." Ujar Bella perlahan. Pergerakannya terbatas kerana dipeluk oleh Zarif.
"5 minit." Ujar Zarif. Bella hanya membiarkan. Bahagianya lah orang dah kahwin ni. Omel hatinya. Bella tersenyum nakal. Tangannya merayap ke wajah suaminya. Hidung Zarif dipicit sekuat hati membuatkan Zarif terkejut dan melepaskan pelukan. Dengan pantas Bella bangun dan meluru ke bilik mandi.
"Sakittt tau sayang." Ujar Zarif separuh menjerit.
"Padan muka. Mengada lagi. Werkk." Bella menjelirkan lidahnya. Belum sempat Zarif mengejarnya dia pantas masuk ke bilik mandi dan mengunci pintu.
Zarif hanya tersenyum. Macam2 perangai isterinya ini. Ingatkan sebelum kahwin je gila. Rupanya lepas kahwin pun lagi terserlah perangai gila2 nya.
********************************
"Hai pengantin baru, Takkan seminggu je cuti. " Usik Fina tatkala Bella sampai ke butik mereka. Bella hanya tersenyum. Blouse biru dikenakan dengan jeans putih serta tudung bawal yang sama dengan warna seluarnya itu menyerlahkan lagi kejelitaannya. Cewahh. Kalau bella dengar ni memang kembang semangkuk lah.
"Kalau aku cuti lama2 siapa nak buat kerja? Kesian kau nak urus semua sorang2 kan." Balas Bella.
"Semalam Lynn datang rumah family mertua aku." Ujar Bella.
"Apa dia nak? Menagih kasih Zarif?" Tanya Fina. Minah ni kalau pasal Lynn aura negatif dia lain macam sikit.
"Tak lah. dia datang minta maaf je." Ujar Bella. Terimbas kembali ketika Lynn datang ke rumah mertuanya. Ketika itu mereka sekeluarga mengambil angin di taman sambil minum petang.
"Lynn minta maaf datang menganggu. Lynn cuma nak minta maaf pada semua ahli keluarga Mak Long terutama sekali Zarif dan Bella. " Ujar Lynn kepada Puan Afiza. Zarif sudah bangun untuk masuk ke dalam rumah tapi bella menahannya.
"Boleh percaya ke dia ni mama. Nanti dia buat Plan lain pulak untuk pisahkan Zarif dengan Bella." Ujar Zarif. Sungguh dia kecewa dengan sikap Lynn yang sudah dianggap adiknya itu. Dia adalah diantara orang yang paling rapat dengan Lynn. Teganya Lynn mengkhianatinya.
"Dengar dulu apa yang Lynn nak cakap Zarif." Ujar Puan Afiza. Perasan sesuatu tak? Puan Afiza tak panggil Zarif adik dah. Dah kena warning sebelum nikah. Katanya malu jika Bella dengar. Tapi kadang2 tersasul jugak.
"Zarif , Bella. Lynn betul2 minta maaf. Lynn dah sedar. Lynn dah takde sesiapa lagi selain saudara mara, tapi Lynn bodoh sebab ikutkan sangat hati ni sampai mengecewakan Zarif sekeluarga." Ujar Lynn. Airmatanya sudah bergenang di tubir mata.
"Aku maafkan kau. Tapi untuk percayakan kau seperti dulu. Memang susahlah Lynn." Ujar Zarif terus berlalu ke dalam rumah.
"Bella maafkan Lynn. Lynn buat kecoh kat Butik Bella. Lynn kasari Bella." Beria-ia Lynn meminta maaf.
"Aku maafkan kau. Aku pun minta maaf sebab tampar kau haritu.Pa, Ma, K. Zara, Angah. Bella masuk dulu nak tengok Zarif. " Ujar Bella berbahasa.
"Woi Bella. Menung ape kau ni. Aku tanya ni tak jawab lagi." Ujar Fina menyentakkan lamunannya.
"Eh, kau tanya apa tadi?" Tanya Bella.
"Aku tanya bila dress yang customer kita order tu sampai? Haish susah betullah orang baru kahwin ni. Duk angau ke laki dia je." Bebel Fina berlalu ke ruang kerjanya. Bella tersengih seperti kerang busuk. Start dah dia membebel. Omelnya.
Tut.tut. Bunyi itu menandakan ada Whatsapp masuk. Smartphone nya dicapai. Dari suami tercinta.
Sayangku. ♡
Sayang, malam karang mama ajak dinner dekat rumah dia. So balik awal ye. 😘
Bella tersengih membaca chat dari suaminya. Emoji tu yang tak tahannya. Merenyam je rasa. Ceh, gatal. !
Untuk pengetahuan semua. Setelah mereka berkahwin. Bella dan Zarif menetap di sebuah rumah yang tidak jauh dari rumah kedua buah keluarga. Adilkan. Pada mulanya Puan afiza tidak bersetuju. Kerana dia akan berasa sunyi tinggal dirumah jika Zarul dan Encik Arif pergi kerja. Tapi setelah diberi alasan mahu berdikari dan sebagainya. Puan Afiza dapat menerimanya.
"Hah tersengih ape kau !" Sergah Fina. Minah ni dah kenapa asyik nak sergah aku. Omel Bella.
"Kau tak reti bagi salam eh. "
"Tu la kau. Baru tahu kahwin ni best. Aku dah suruh kau kahwin lama dah. " Ujar Fina.
"Yeke Best. Rasa biasa je. Jangan mula2 je bahagia sudah lah. Risau jugak aku." Ujar Bella. Dia sering terfikirkan begitu kerana pada zaman ini terlalu banyak kes penceraian atau pergolakan rumah tangga terjadi disebabkan benda2 yang remeh. Semoga semua itu tak terjadi pada rumahtangganya.
"Mulut kau ni. Jangan lah mintak. Insyallah takde ape yang jadi kalau kau pandai jaga laki. Tengok aku ni..Anak dah 2 pun kasih sayang Fariz kat aku tak pernah kurang. Alhamdulillah." Bella hanya tersengih. Memang lah tak kurang. Bukan main susah si Fariz tu nak pikat kau semula . Asyik dating dekat taman area rumah aku . Ingat aku tak nampak la tu . Omel Bella dalam hati.
"Ha aku tahu. Kau kalau duk menung tu mesti mengutok aku kan." Ujar Fina meletuskan tawa Bella.
"Dah la. Aku nak balik. Malam ni nak dinner rumah mertua. Byeee " Ujar Bella berlalu sempat tangannya menarik tudung Fina. Senget sebelah tudung kawan tu. Dengan Fina je dia berani buat macam tu sebab Finalah Kawan dia dunia akhirat.
"Hampeh minah ni. Kau tunggu Bella. Nanti aku letak cicak dalam handbag kau." Bebel Fina sendiri. Dia tidak pernah ambil hati. Sudah terbiasa dengan gurauan Bella. Pernah suatu hari Bella letak lipas dalam laci dia. Menjerit tak ingat dunia dia. Dan dia balas dendam dengan meletakkan siput babi di dalam bekas pensil Bella. Adil katanya. Jika dia terkenang semula, masing2 umur dah meningkat tapi perangai tak sama dengan umur. Semoga persahabatan mereka kekal selamanya.
********************************
Takde idea. 😥😥😥
YOU ARE READING
Airmata Cinta
Romance"Aku dah penat nak terima kehilangan." "Then, be mine. I'll never leave u alone." Masihkah ada peluang untuk insan lain bertakhta dihatimu Bella Aryana.