Pintu dihempas sekuat hati. Pilu rasa hati diperlakukan begini. Tanpa menyalin pakaiannya, Bella terus pergi ke bilik mandi dan membiarkan pancuran air membasahi seluruh tubuhnya. Dalam masa yang sama dia menangis sepuas hati.
why zarif, kenapa buat aku macam nii. apa salah aku.
Airmatanya mengalir deras. Tidak menjangka hal ini akan terjadi. Mengapa dia sering kehilangan insan yang dia sayang. Tidak layakkah dia untuk mendapatkan sedikit kebahagian. Kalau diikutkan perasaan mahu sahaja dia mencederakan dirinya sendiri. Namun dia masih waras dalam membuat keputusan kerana itulah dia membuat keputusan untuk menangis sampai puas hatinya.
Tok..Tok..Tok.
"Bella, kau okey tak ! Hoi bukak pintu ni" . Kedengaran suara Rafiq di hadapan pintu biliknya. Sudah sakit tangannya mengetuk pintu bilik Bella. Masih tidak dibuka. Rafiq berada di ruang tamu saat dia pulang ke rumah sambil menangis dan menghempas pintu bilik dengan sekuat hati. Apa sudah jadi dengan adiknya yang sorang itu.
"Bella okay ! jangan ganggu Bella sekarang ni. !." Jerit Bella. Saat ini dia tidak mahu diganggu. Dia benar2 tertekan dengan apa yang terjadi.
"Bella. Bukak pintu ni. bagi tahu aku siapa yang buat kau jadi macam ni. Siapa yang menyakitkan hati adik aku ni." Sudah sedia maklum abangnya itu sangat mengambil berat tentang adik-adiknya. Terimbas kembali kenangan ketika Bella di buli ketika di sekolah rendah. Abangnya itulah yang mencari siapa si pembuli dan memarahi nya kerana membuli Bella. Dalam tangisannya sempat lagi dia mengukir senyuman hambar apabila teringatkan peristiwa itu.
"Bella. Kenapa ni. Kenapa duduk bawah air pancur ni. kalau ye pun salin la pakaian dulu. "
Tersentak lamunannya saat Rafiq menerjah biliknya. Kunci Pendua. ! itu yang digunakan oleh Rafiq. Lantas dia memeluk abangnya. Sayu. sedih. sakit hati dengan sikap zarif.
"Nangis la puas2 .lepas ni abang nak kau cerita apa yang jadi." ujar Rafiq sambil mengusap kepala Bella. Dia melayan Bella seperti anak kecil. Begitulah dilakukan oleh Rafiq setiap kali Bella mengadu kepadanya ketika di buli ketika di sekolah rendah. Bella meleraikan pelukannya. Sudah lama dia tidak memujuk adiknya yang sorang ini. Mungkin kerana faktor umur yang sudah dewasa.
"Abang. Dia mainkan hati dan perasaan Bella. Dia..."
"Dia ada orang lain?" Bella hanya mengangguk. Rafiq yang sememangnya sedang trauma dengan kes kecurangan hanya meneka dan sangkaannya itu tepat. ! Bella menceritakan tentang apa yang terjadi termasuklah perkenalannya dengan Zarif.
"Bella nak abang ajar budak tak guna tu?"
"Nooo. Tak payah. Biarkan dia. Kami dah takde apa2 hubungan." ujar Bella sambil mengelap sisa airmata ditubir matanya.
"Then Bella nak lepaskan dia macam tu saja?" Tanya Rafiq lagi. Bella hanya mengangguk.
"Abang nak pergi rumah dia. " kata rafiq dan terus bangun. Lalu Bella menarik tangannya abangnya.
"Please no. " Airmata Bella kembali mengalir deras. Dia tidak mahu abangnya itu masuk campur perihal hubungan cintanya yang terputus ditengah jalan itu. Melihatkan adiknya itu bersungguh tidak mahu dia masuk campur hal mereka. Dia akur. Namun dia agak sakit hati dengan Zarif. Sesuka hati mempermainkan perasaan adik kesayangannya itu.
"Baik lah. Abang takkan masuk campur hal Bella. Dah jangan menangis. Jom abang belanja makan nak. Cakap je nak makan apa abang belanja. " Rafiq sudah faham dengan perangai adiknya itu. Jika dalam keadaan tertekan dia akan makan sampai puas hati. Makan banyak pun tak gemuk jugak.
"Ermm. Teringin nak aiskrim BR. " Ujar Bella dengan senyuman dibibir. Tu dia. Aiskrim mahal dia pau aku. Rafiq menggaru kepala yang tidak gatal.
"Boleh ke tak?" tanya Bella lagi.
YOU ARE READING
Airmata Cinta
Romance"Aku dah penat nak terima kehilangan." "Then, be mine. I'll never leave u alone." Masihkah ada peluang untuk insan lain bertakhta dihatimu Bella Aryana.