Sudah sebulan berlalu, Bella masih lagi menerima surat bawah meja tanpa diketahui siapa pengirimnya. Tidak terlintas lansung dibenaknya untuk mengetahui siapa yang menghantar surat yang bertulis ayat2 puitis itu. Bella menyusun surat2 yang diterima ke dalam kotak kecil. Satu lipatan surat yang baru diterima pagi tadi dibuka.
Hati ini sakit melihat kau dengan yang lain.
Ah. Ayatnya berbaur cemburu. Bella bingung. Gerak gerinya pasti sering diperhatikan seseorang. Tetapi siapa? ah, malas mahu ambil tahu. Setelah selesai menyusun kesemua surat2 yang diterima ke dalam kotak, Bella turun ke dapur. Abang, adik lelakinya serta adik perempuannya sedang menonton tv di ruang tamu. Adik lelakinya yang tinggal di asrama itu pulang petang tadi dijemput oleh ayahnya.
Peti sejuk dibuka , sebotol air mineral dikeluarkan serta 4 biji cawan plastik di bawa ke ruang tamu. Bella memandang ke arah jam di ruang tamu. Sudah pukul 10.45 malam. Pasti ibu dan ayahnya sudah tidur.
"Bagus adik aku sorang ni. Tahu2 je aku tengah dahaga." Bella hanya membuat muka apabila mendengar kata2 Rafiq. Pemalas nak ke dapur la tu. Sebotol air dan cawan di letakkan di atas meja kecil di hadapan sofa. Punggungnya dilabuhkan di sebelah abangnya.
"Air je kak Bella? Pergilah masak2 sikit." Bella memandang tajam ke arah Razif. Razif hanya tersengeh seperti kerang busuk. Sudah dapat mengagak jika dia meneruskan ayatnya nanti pasti dimarahi oleh Bella.
"Patutnye adik yang pergi masak untuk kami. Kan adik dah lama tak balik rumah ni. Kan abang." Bella menyiku lengan abangnya minta di backup.
"entah ke kau ni dik. Pegi goreng keropok lekor dari terengganu yang kak lea bagi tu. " Bella tersenyum mengejek ke arah Razif. Razif hanya menurut. Mahu kenakan kakaknya, dia pula yang terkena.
"Ezza pergi tolong adik tu." Ezza mamandang dengan tidak berpuas hati saat di arah oleh Bella. 'Haish, ingatkan aku dah selamat. Nasib la jadi adik ni. ' Ezza terus bangun menuju ke dapur. Jika tidak dituruti khuatir kakaknya si singa betina itu akan marah. Kini tinggal Bella dan Rafiq sahaja di ruang tamu.
"Bella, abang rasa nak bertunang la." Rafiq memulakan bicara.
"Dengan siapa? " Matanya masih lagi memandang ke arah tv.
"Amboi kau, macam lah abang ni ramai awek." Bella hanya tersengeh. Sengaja mahu mengusik abangnya. Rafiq sememangnya ramai kawan perempuan tetapi dalam hatinya cuma ada kak suria sahaja.
"Bella tahu la. Dengan Kak Suria kan. So, nak Bella buat ape?"
"Alah,macam biasalah. Biasanya kan kalau nak cakap ape2 dekat ayah dan ibu pasal abang mesti Bella yang tolong abang. Abang bukan tak berani. Cuma segan sikit je kot." Bella mencebik. Padahal penakut nak cakap ,takut ayah marah la tu.
"Yelah2 . Nanti Bella bagitahu ayah dan ibu. Nak buat macam mana kan dah dalam rumah ni Bella je yang gentle. "
"Okey, Janji ye."
"Ye . Bella janjilah. Dah la nak masuk tidur."
"Lek ah. Keropok kita tak lama lagi nak sampai tu."
"Lembab sangat chef tu memasak." Bella bangun dari tempat duduknya dan melangkah ke biliknya di tingjat atas. Biliknya terletak berhadapan dengan bilik Rafiq dan bersebelahan bilik Ezza. Bilik ibu dan ayahnya berada ditingkat bawah berhampiran dengan ruang tamu. Ayahnya kata malas mahu turun naik tangga disebabkan itulah ayah dan ibunya memilih bilik di bawah sahaja.
Bella menghempaskan badannya ke atas katil empuk miliknya. Telefon bimbitnya dicapai dan nombor Fawwaz di dail. Tidak lama kemudian terdengar suara yang dirinduinya di corong telefon.
"Assalamulaikum sayang" Fawwaz memulakan bicara.
"Waalaikumussalam dear. Tengah buat ape.? Mengganggu tak? "
"Tengah ulangkaji je. Kenapa tak tidur lagi ni. mentang2 esok cuti kan."
"Hehe,rajinnye ulangkaji. Dah nak tidur la ni. Nak dengar suara awak dulu. Okeylah. Nak tidur dah. Nite dear sweetdream."
"Kejapnye dapat dengar suara awak. Okey baby. Tidurlah. Sweetdream." Talian diputuskan. Bella masih lagi tersenyum. Hubungan cintanya kali ini bertahan lebih lama dari sebelumnya. Dalam hatinya berharap agar hubungannya kekal sehingga ke akhir hayatnya. Doa tidur dibaca. Dari kecil dia sudah diajar untuk membaca doa tidur sebelum tidur. Matanya dipejamkan. Tidak lama kemudian Bella sudah hanyut dibuai mimpi.
*************************
'Kita kawan dah lama, sanggup kau tikam belakang aku'. Gadis itu menangis sendirian saat teringatkan peristiwa seminggu yang lalu. Benar dia tidak menyangka orang yang paling dia sayang, dia percayakan sanggup mengkhianatinya. Baginya orang itu sudah mengkhianati persahabatan mereka selama ini. Tangisannya dihamburkan dengan sepuas hati. Benar dia masih tidak memberitahu kenyataan yang sebenar. Tetapi... Arghhhh. Kusut kepalanya memikirkan hal itu. Adakah dia yang salah ? Atau mereka? Gadis itu terus menangis hingga terlelap.************************
"Hai sha. Awal sampai. Jom pergi kantin ." Bella menarik tangan shasha dan ditepis. Kenapa shasha bertindak begini."Aku takde kawan BAIK yang pengkhianat macam ni. !"
*******************
Hambar sikit. ^_^
YOU ARE READING
Airmata Cinta
Romance"Aku dah penat nak terima kehilangan." "Then, be mine. I'll never leave u alone." Masihkah ada peluang untuk insan lain bertakhta dihatimu Bella Aryana.