Bab 12

1.3K 24 2
                                    

"Hello, Assalamualaikum." Bella memulakan bicara saat panggilan dijawab.

"waalaikumussalam. Siapa ni ya.Kawan Adam ke?" Suara siapakah ditalian ini. Mengapa bukan Fawwaz yang menjawab panggilan. Hatinya berasa tidak sedap. Jantungnya berdegup kencang. Tidak pernah Fawwaz membiarkan orang lain menjawab panggilan darinya.

"Ermm, aah.. Saya Bella. siapa ni ye. Boleh saya bercakap dengan dia?"

"Makcik ni mak Adam.. Bella .. Adam sekarang ada di wad kecemasan. setengah jam tadi dia terlibat dalam kemalangan kereta. Kalau Bella
nak datang melawat boleh lah datang ke wad kecemasan hospital Tanjung Damai ye." Lemah suara wanita itu. Sepertinya baru lepas menangis. Tepat tekaannya. Air jernih mula bergenang ditubir matanya.

"Baiklah makcik.terima kasih." Saat panggilan dimatikan , Bella meraung sekuat hati.

"Bella kenapa ni." fina menerpa ke arah Bella yang sudah jatuh terjelepok .

"Fawwaz , fina. Fawwaz.....Sha, fawwaz terlibat dalam kemalangan semasa dia nak menuju ke sini. aku nak pergi tengok dia dekat icu." Shasha yang sedari tadi berdiam diri mempamerkan reaksi yang sangat terkejut.

"Jom sha, Bella. Aku bawak korang pergi hospital." Tanpa berlengah mereka pergi ke hospital menaiki kereta Fina.

ICU Hospital Tanjung Damai

Mereka bertiga duduk di ruang menunggu bersama keluarga Fawwaz. Fina sedari tadi hanya menunduk. Tidak mahu insan yang dikenalinya itu perasankan kehadirannya di situ. Shasha dan Bella hanya mendiamkan diri.

"Err, Fina? " Fina terus memandang ke arah si pemanggil. 'Alahai, tak payah la nak tegur2 aku pulak mamat ni.' Getus hatinya.

"Fina, saya tahu awak masih marahkan saya kan. But, boleh tak give me one more chance? " Fina masih lagi membatukan diri. Tidak tahu mahu berkata apa. Lelaki tersebut duduk di sebelah Fina. Bella yang perasankan keadaan tersebut menjadi pemerhati. Siapakah gerangan lelaki yang beraut wajah seperti Fawwaz, berkulit putih memakai kemeja lengan panjang berwarna biru gelap dan seluar slack hitam itu. Apakah hubungan Fina dengan lelaki itu . Pelbagai soalan didalam benaknya. Tetapi saat ini dia hanya memikirkan tentang keadaan Fawwaz.

"Erm. Awak nak ape ni Fariz. Awak yang nak break. Then mintak peluang lagi. Kenapa? Girlfriend baru awak dah tinggalkan awak ke?" Sinis bicara Fina dalam keadaan sedikit berbisik.

"Just give me one more chance. saya masih sayangkan awak. " sayu Fariz berbicara. Sungguh dia menyesal melepaskan Fina untuk perempuan yang baru dikenalinya. Perwatakan lemah lembut dan penyayang Zara telah mengaburi matanya sedangkan Zara hanya mahukan hartanya sahaja. Kalau tidak pasti Zara tidak akan merajuk dan marah jika tidak diberi wang yang diminta.

"Fariz. Nanti kita bincang balik pasal ni. Saya tak rasa waktu macam ni kita boleh cakap pasal ni." Fariz akur lalu bangun meninggalkan Fina.

Seorang lelaki yang memakai kot putih bertanda nama Hashim keluar dari pintu wad kecemasan.

"Boleh saya tahu siapa keluarga Adam Fawwaz?"

"Saya bapanya." Ujar En. Afzan.

"Saya minta maaf encik. Adam Fawwaz kehilangan banyak darah dan tempurung kepalanya pecah. Pihak kami tidak dapat menyelamatkannya."

Bella yang mendengar kata2 doktor tersebut telah berlari keluar dari hospital. Fina mengejarnya dari belakang.

"Bella,kau kenapa. Jangan la macam ni. Aku tahu kau sedih . tolong sabar sikit. Fawwaz mesti tak suka kau sedih macam ni."

"Akhirnya Fawwaz pergi tinggalkan aku Fina. Kalau tak disebabkan aku mesti benda ni takkan jadi. Aku minta break dengan dia sedangkan aku tahu dia terlalu sayangkan aku." Fina memeluk Bella yang sedang menangis teresak2 . Dia faham perasaan Bella tika ini, kehilangan orang yang disayangi amat memeritkan.

"Bella. Aku minta maaf. Kalau tak disebabkan aku yang berperangai kebudak-budakan mesti sekarang ni kau masih boleh jumpa Fawwaz. Silap aku kerana tiba2 memusuhi kau. Sedangkan Fawwaz tidak pernah memberi aku harapan untuk memilikinya." Shasha datang menghampiri mereka.

"Kau tak salah sha. Aku yang rampas dia daripada kau." Bella masih lagi menangis. Sayu sungguh hatinya saat ini.

"Jangan cakap macam tu Bella. Aku janji lepas ni walau apa pun jadi aku takkan musnahkan persahabatan kita."

**************
Bella
Sudah seminggu pemergian Fawwaz. Dalam seminggu ini juga surat yang aku dapat bukan ayat2 puitis seperti yang selalu aku terima. Tetapi kata2 semangat yang sering aku dapat. Aku masih lagi teringatkan gelak tawa Fawwaz. Gurauannya membuatkan aku rindu. Janggal sekali hidup ini tanpa Fawwaz disisi. Namun aku tahu, ada hikmah disebalik pemergian Fawwaz . Persahabatan yang dijalin bersama Shasha kini makin erat. Tidak putus2 Fina dan Shasha memberi ku semangat.

"Fina, siapa lelaki yang duduk sebelah kau masa dekat ICU haritu?" Aku memulakan bicara.

"Em. tu lah Fariz. Aku baru tahu dia  abang arwah Fawwaz. "

"Oh yeke. Patutlah muka hampir sama cuma Fariz lagi putih dari arwah Fawwaz." Airmata ku mula bergenang saat nama fawwaz menjadi topik bualan.

"Dah la. Taknak cite pasal ni. Jom makan." Seperti selalu , Fina memujukku dengan makan. Makan itu lah, makan ini lah. Aku hanya mengikut, makan free takkan aku nak tolak.

*************
"Kau suka Bella?" Aku hanya diam membatu.

"Jujurlah, aku tahu kau suka Bella, aku selalu nampak kau letak surat bawah meja dia." Aku hanya mengangguk dan  menunduk memandang lantai. Tiada siapa yang tahu aku menyukai gadis itu. Hari itu aku sudah membocorkan rahsiaku sendiri mencintai kekasih sahabatku. Terasa bodoh sungguh diri ini.

"Kalau kau betul2 sukakan dia. Jagalah dia bila aku dah takde nanti."

"Aku mintak maaf. Kau Jangan la cakap macam tu . Hati dia hanya untuk kau lah."

"Hahah. Aku gurau je. Aku cintakan dia. Tapi bila aku dah takde nanti, aku hanya percayakan kau untuk jaga dia."

Terimbas kembali perbualannya bersama Fawwaz. Sungguh cepat masa berlalu. Sudah seminggu kau tinggalkan aku sahabat. Aku akan cuba jaga dia seperti yang kau mahu. Tetapi bagaimana? Aku berasa tidak layak untuk bergandingan dengannya. Disebabkan itu aku hanya meluahkan isi hatiku didalam setiap surat yang aku letak dibawah mejanya sejak 7 bulan yang lalu.

**********************
Fawwaz dah meninggal. Terbuka tak pintu hati Bella untuk terima orang lain dalam hidupnya.
enjoy this chap. ^_^

Airmata CintaWhere stories live. Discover now