PROLOG

446 36 6
                                    

"Tengok dia tu...dah lah tak ada kawan , pendiam pulak tu"..

"Nama pun pendiam , memanglah tak ada kawan. Siapa lah yang nak berkawan dengan dia tu"

Kata-kata yang selalu keluar dari mulut para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Alam terhadap Syasya. Syasya seorang gadis yang pendiam dan tidak suka bergaul dengan sesiapa pun. Bukan sahaja tidak pernah bercakap , senyum pun tidak. Jarang sekali. Namun begitu , dari gerak gerinya , dia seorang gadis yang lemah lembut. Sentiasa menjaga maruah diri , sopan santun, dan pemalu.

Dan dia juga selalu mendapat pujian oleh para guru-guru di sekolah. Dia selalu mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Kerja rumah pula tidak pernah tidak siap. Meskipun selalu dihina dan dikutuk oleh rakan-rakannya yang lain , Syasya tidak pernah patah semangat dan hilang harapan untuk terus berjaya.

Dia sedar dia mempunyai pendirian dan personaliti yang berbeza dari orang lain. Tapi , dia tidak pernah minta untuk menjadi seperti itu. Dia yakin , ada sesuatu yang Allah rancang dalam hidupnya. 'Every why has a wherefor'..Syasya percaya itu.

. . . . .

Syasya melangkah masuk ke kawasan sekolah. Hari ini cuaca dingin sekali. Langit kelihatannya mendung , seperti mahu hujan. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa , membuatnya berasa tenang sekali. Sampai sahaja di hadapan pintu kelas...

"Hei , bisu. Jom lah lepak dengan kitorang sekali" Aiman menjongketkan keningnya tanda mengejek.

Syasya merengus. Dia cuba untuk mengelak tapi Aiman lantas menghalangnya.

"Huh, kau betul-betul tak boleh cakap apa" Aiman tersenyum sinis.

Syasya kemudiannya mengeluarkan sekeping kertas 'sticky note' dan pen. Dia menulis sesuatu di kertas itu lalu diberinya kepada Aiman. Dia kemudian berlalu pergi dengan perasaan geram.

'Jangan ganggu saya!!'

Itulah yang ditulis oleh Syasya. Aiman merenyukkan kertas itu sambil mengelus rambutnya.

"Wei korang, Syasya bagi sticky note kat aku lah siakk!! Kau ada!!" ejek Aiman sambil ketawa terkekeh-kekeh diikuti rakan sekelas mereka yang lain.

Apa yang Syasya lakukan , pekakkan telinga sahaja. Bukan dia tidak biasa menerima ejekan-ejekan sebelum ini.

Lagipun , dia sudah masak dengan perangai Aiman yang kerap kali mengganggunya sejak mereka di tingkatan satu lagi. Muka hensem, macho, tapi perangai macam setan mulut macam longkang. Umur pula tak melambangkan keperibadian langsung.

Tipulah kalau hati tak geram , tapi lebih baik dia diam. Dia bukannya mampu buat apa-apa pun. Aiman tetap akan selalu menganggunya. Ah! Ikutkan hati macam nak bagi penyepak je kat mamat tempe tu!!

. . . . . .

Syasya mengeluarkan bekal yang dibawanya dari rumah. Hari ini , ibunya masak makanan kegemarannya , iaitu nasi lemak dan juga ayam goreng berempah. Sungguh membuka seleranya , rasa tidak sabar untuk menjamahnya! Hati berbunga-bunga untuk ke kantin.

Gedebush!

Aiman melanggar Syasya dengan sengaja hingga bekal yang dibawanya tumpah bertaburan diatas lantai.

"Eh, sorry weii..AKu , aku sengaja!! Woo!" Pekik Aiman tanpa rasa bersalah dan belas kasihan.

Riuh satu kantin mentertawakan Syasya , lebih-lebih lagi Aiman. Hujan air mata mencurah-curah. Hati Syasya begitu sakit dan kecewa. Hatinya benar-benar hancur. Seteruk itu Aiman sanggup bertindak terhadapnya.

'Ya allah , ujian apa yang kau beri padaku ya allah'.

Syasya mengutip makanannya yang bertaburan diatas lantai. Aiman tidak henti-henti dari mentertawakannya. Rasa sebak melihat makanan yang ibunya buat untuknya , tapi tidak sempat di jamah , sudah menjadi sisa makanan. Syasya memegang hatinya yang parah dan pergi meninggalkan kawasan tersebut. Hanya Allah yang faham perasaan dan keadaannya pada waktu ini.

. . . . . .

"Sya , kau okey tak?" tegur Ida yang duduk di sebelah Syasya. Mata Syasya lebam serta merah. Mungkin sebab terlalu sedih sehingga tidak dapat mengawal air mata yang mencurah.

"Sya , kau tak boleh macam ni...Sampai bila kau nak biar orang buli kau, lagi-lagi si Aiman tu..Kau tak kesian ke kat diri kau..Kau kena kuat sya, pertahankan maruah kau".

Ida memberi kata-kata semangat kepada Syasya. Sungguh dia kasihan melihat rakan sekelasnya itu dibuli sejak dari dulu lagi hanya kerana dia pendiam!

Syasya hanya mengangguk. Hatinya masih sedih tentang peristiwa tadi. Kemudian, dia menulis sesuatu di atas kertas. Di baginya kepada Ida.

'Terima Kasih'.

Ayat yang tertulis diatas kertas itu. Ida tersenyum.

"Sama-sama Sya..Kalau kau ada apa-apa masalah, share dengan aku. Insya'allah aku boleh tolong" beritahu Ida membuatkan Syasya berasa tenang sedikit.

Sepanjang dia mengenali Aiman , ini adalah perkara atau hinaan yang paling teruk Aiman pernah buat terhadap dirinya. Begitu hina dirinya di mata Aiman sehinggakan Aiman sanggup melakukan sebegitu rupa terhadap dirinya. Dayus!

. . . . . .

Syasya merebahkan dirinya diatas katil. Sedih di hati masih berbaki tentang peristiwa tadi. Kata-kata Ida pula terngiang-ngiang di telinganya.

'Hmm , memang betul cakap ida. Sampai bila aku nak jadi macam ni' bisik hatinya sayu.

Tidak semena-mena air matanya bergelinangan membasahi pipi. Teringat pada arwah abahnya, yang selalu berpesan pada-nya.

'Miliki kekuatan dan sentiasa berbuat baik. Kerana kebaikan mempunyai kuasa yang paling kuat'

Itulah yang selalu Abah kata pada Syasya.

Abah adalah orang yang paling rapat dengan Syasya, yang paling memahami Syasya. Sungguhpun pemergian Abah sangat berat buat Syasya untuk melepaskannya, namun dia perlu reda.

Semenjak pemergian abah, Syasya hidup berdua sahaja dengan mak. Dia menatap gambarnya bersama Abah yang disimpan elok di dalam bingkai gambar.

'Syasya tak mampu lagi abah, maafkan syasya. Syasya tak kuat'.

Syasya menangis teresak-esak. Puan Sofeah yang lalu dihadapan bilik Syasya terdengar tangisan anaknya itu.

"Sya? Kenapa ni?" soal Puan Sofeah yang pelik melihat anaknya menangis.

"Tak ada apalah mak" Syasya menyapu air matanya yang berlinangan membasahi pipi.

Puan Sofeah terlihat gambar yang dipegang Syasya. Gambar suaminya , Encik Nordin bersama satu-satunya anak mereka. Kemudian barulah dia faham.

"Rindu abah ke?" soal Puan Sofeah sambil mengukir senyuman dibibir. Rambut anaknya dibelai lembut.

Syasya hanya mengangguk. Tidak mahu menceritakan hal yang sebenar. Tidak mahu Puan Sofeah susah hati.

"Sudahlah, kita yang hidup ni hanya mampu mendoakan kesejahteraan abah. Kalau sya betul-betul rindu abah, sayang abah, buatlah apa yang abah pesan pada Syasya" beritahu Puan Sofeah menahan air mata yang bertakung.

Syasya kini tekad. Dia perlu berubah. Dia perlu berani. Your future is determined by what you start today. Don't dig your grave with your own knife and fork!

[OG] PERFECT BAD BOYWhere stories live. Discover now