15

93 20 0
                                    

Syasya berjalan santai merasakkan kakinya di pasir yang memutih disepanjang Pantai Desaru nan indah itu. Deruan angin yang kencang namun lembut menyentuh tubuhnya bagai menerbangkan segala kesedihan dan keperitan jiwa yang pernah dideritai. Dipandang sayang Aiman yang berada tidak berapa jauh darinya. Syasya tersenyum manis. Hubungan cinta yang terjalin antara mereka menandakan dirinya kini milik Aiman.

"Sya!.." sergah Aiman.

Syasya tersentak dari lamunan asmaranya. Terkejut pula dia tatkala melihat Aiman kini tercegat berdiri disampingnya.

"Ish, Aim! Kalau Sya ada lemah jantung macam mana? Hah? Suka buat Sya terkejut" balas Syasya mempamerkan muka comelnya.

Aiman tergelak. Memang menggembirakan betul berada disamping orang yang tersayang.

"Hahahaha..Ala, sorrylah. Macam tak biasa.." Aiman meredakan ketawanya yang masih berbaki.

Suasana hari raya masih terasa kemeriahannya walaupun sudah masuk hari raya yang ke Sembilan. Cuti sekolah akan bermula semula pada hari ahad minggu depan iaitu lusa. Jadi Aiman memilih untuk meluangkan masa sedikit dengan Syasya sebelum hidup mereka kembali menjadi robot. Apa tidaknya, bila sekolah sahaja masa mereka akan dipenuhi dengan pelajaran!!! Stress! Jadi bila ada masa yang terluang pasti akan digunakan dengan sebaik mungkin.

Syasya tersenyum senang sambil mengayun langkah ditepi persisiran pantai ditemani Aiman. Syasya memegang erat lengan Aiman merapatkan lagi kedudukan mereka.

"Jom mandi..!" pelawa Aiman.

"Eee, tak naklah! Sya tak pandai berenang..."

"Aim kan ada...Nak takut apanya.."

"Tak nak...Aim mandilah, Sya tengok je hahaha..Series, sya tak pandai berenang..", beritahu Syasya.

"Bukannya dalam pun...mengada lah..."

"Tak nak!..Aim pergilah seorang-seorang.." Syasya melibas lembut rambutnya tatkala ditiup angin.

"Ah tak adanya..." dengan pantasnya Aiman menggenggam lembut tangan Syasya lalu menariknya menuju ke dalam air.

"Aim!" Jerit Syasya dihiasi tawa yang mengiringi.

Tidak ada apa yang dapat menggambarkan situasi mereka sekarang ini. Sama saja seperti jalan cerita cinta oleh pasangan bercinta yang lain.

Apa membezakannya ialah, mereka berdua masih di usia muda. Masih remaja dan masih bergelar budak hingusan.

Jadi, faham-faham sajalah bila budak sekolah menengah bercinta macam mana.

. . . . . .

Setelah penat bermain air, mereka pun naik ke daratan. Semakin ramai orang pula yang berkunjung. Syasya jadi tidak selesa.

Aiman merenung nakal raut wajah Syasya. Masih Nampak kecomelannya walaupun penat. Bibirnya tidak lekang dari mengukir senyuman. Terasa bahagia sangat memiliki Syasya.

"Tak payahlah tengok macam tu. Malulah orang tengok.." gertak Syasya lembut.

"Biarlah..Biar semua orang Nampak, biar semua orang tahu, biar semua orang kat sini jadi saksi percintaan kita..." luah Aiman.

Senyumannya semakin melebar. Tampan sungguh!

Syasya jadi tersipu-sipu.

"Jangan nak merepek. Dah lah.." Syasya mengatur langkah pergi.

Aiman tersenyum sengih.

"Eh, nak pergi mana tu?"..

"Baliklah..Nak makan, lapar!..", maklum Syasya.

'Drama Cinta Melayu', itu yang Syasya dapat gambarkan mengenai kisah percintaannya dengan Aiman. Bukan apa, mula-mula benci, gaduh, musuh lepastu tiba-tiba sesi luahan perasaan pula. Perkara sebenar terbongkar. Kemudiannya, dah berbaik barulah nak menjejak kasih.

. . . . . .

Syasya menyuapkan kuih semperit hasil bikinannya sendiri yang masih berbaki. Dia mengulangkaji nota Fizik di meja batu halaman rumah. Tidak lama lagi Trial SPM akan bermula.

Dia tidak mahulah gred dan peratusan peperiksaannya menurun. Kalau tidak dapat A untuk mana-mana subjek sekalipun, sekurang-kurangnya luluslah juga dan tidak merosot sehingga memperoleh gred C!

"Assalamualaikum.." ucapan salam kedengaran.

Syasya mendongak. Aiman? Apa yang penting sangat sehingga mahu berjumpanya di rumah? Haish, saja mahu buat orang rasa gugur jantung.

"Waalaikumsalam, Aim. Kenapa datang tak bagitau?..Buat apa datang ni?"

Aiman tersenyum.

"Sorry Aim datang tak bagitau. Aim datang sebab nak bagi something ni hehehe..", Aiman menjongketkan kening kanannya.

Berkerut dahi Syasya dibuatnya.

"Dah-dah lah tu, kan dah nak dekat trial ni..Selalu sangat bagi Sya macam-macam..."

"Mmm, Sya suka ais krim kan?.." Aiman tersenyum sengih sambil menghulurkan 2 bungkus aiskrim Magnum Pink!

"Wah! Dah lama craving nak makan aiskrim Magnum, finally dapat jugak! Thank you Aim..! Macam tahu-tahu je.." sambut Syasya dengan riang.

"Mestilah tahu..Bila pergi kedai je mesti tak miss beli aiskrim hahaha..Sayang buat apa tu?", Aiman duduk di sebelah Syasya.

"Ulangkaji sikit.."

"Rajinnya dia...Raya belum habis lagi, orang lain masih lagi pergi jalan-jalan but sayang dah start study..Trial kan lambat lagi..." balas Aiman.

Syasya memang seorang yang mementingkan pelajaran. Pelajar cemerlang katakan. Aiman sendiri pun tidak pernah Berjaya melepasi Syasya. Mahu dapat nombor satu, dua atau tiga dalam kelas pun tak mampu.

"Masa tu pantas berlalu ye..Tak rasa pun bulan depan tu, pejam celik pejam celik dah bulan ogos tau!" balas Syasya.

Aiman memejam dan mencelikkan matanya.

"Dah bulan ogos ke?..." seloroh Aiman mengundang deraian ketawa daripada mereka berdua.

"Ada je tahu dia nak merepek..." Syasya menampar perlahan pipi Aiman. Gedik!

[OG] PERFECT BAD BOYWhere stories live. Discover now