08

124 26 0
                                    

"Weii, sini weii aku kosong"

"jaga atas weii!!"

"past kat aku.."

Kekecohan para pelajar lelaki di padang futsal itu memecah hening di pagi hari. Rata-ratanya semua pelajar lelaki menyertai pertandingan bola futsal yang dianjurkan oleh pihak sekolah itu.

Ada yang beria-ria menyertai sebab mahu menang, ada juga yang menyertai semata-mata malas mahu belajar, malas masuk kelas. Khabarnya, juara akan memenangi hadiah berbentuk wang, sekaligus menjadi pasukan tetap bagi pasukan bola futsal sekolah.

"Sya, jom pegi gelanggang futsal. Tengok diorang main bola?"

Ida melemparkan senyuman membariskan giginya yang putih bersinar. Pakai optic white agaknya.

"Eee, buat apa?! Baik kita gi makan, lagipun rehat bukannya lama.."

Syasya mencebik.

Apalah yang dia dapat bila tengok budak-budak lelaki itu bermain bola. Dapat duit? Dapat Iphone? Kalau betul tidak apa juga. Berdesus dia ke gelanggang futsal itu. Ini tidak, hanya dapat peluh daripada bahang panas cahaya mata hari sahaja!

Tidak mahu! Kulitnya sudahlah nipis macam kulit bawang, tidak boleh kena panas macam puteri lilin. Nanti kena gelar 'minah sunburn' pula. Tidak mahu! Tidak mahu!

"Ala, jomlah. Kejap je. Lagipun Redza pun mainkan, kau tak nak bagi support ke kat dia. Kesian dia, kau ni!"

Ida menggunakan senjata canggih. Pujukannya dikaitkan dengan Redza yang pastinya akan mencairkan hati sahabatnya itu. Hikhik!

Syasya terkedu seketika. Kemudian dia menepuk dahinya.

'Aduh, macam mana boleh lupa ni!!'

Dia menjeling tajam ke muka Ida yang tersenyum sengih macam kerang busuk.

"Ergh! Yelah-yelah, jomlah! Pandai eh kau nak mentioned-mentioned Redza" Syasya membujurkan matanya, geram. Alahai, kena cari tempat yang teduh-teduh ni!

Ida pula ketawa biasa cuma. Dapat juga tengok-tengok crush-crushnya! Sudah dia agak, sebut sahaja Redza pasti cair, tenang terus sahabatnya itu! Misi berjaya!

"Ida!" Syasya mengetap bibirnya. Orang tengah series boleh pula dia tergelak-gelak macam orang tidak siuman.

Makin galak ketawa Ida. Mujur sahaja suasana pada waktu itu agak riuh, tidak ketara sangat ketawa Ida yang mengilai-ngilai itu. Sampai berair mata kerana ketawa sampai sakit perut. Entah apa yang lucu, Syasya pun tidak faham.

"Eee , tepilah ! Aku tak nampak !"

" Weii , Sane lah sikit!"

"Jangan tolak boleh tak!"

Kelihatan gelanggang futsal itu sudah dikerumuni pelajar perempuan, ditambah dengan pelajar lelaki lagi, berganda-ganda ramainya. Bukan main sesak lagi! Dengan cuaca yang panas lagi! Hitam lah nanti!

Dicari-cari kelibat Redza seketika, tapi tidak kelihatan pula. Syasya berpaling. Jumpa! Redza berada di stor sukan ditemani rakan-rakannya yang lain.

"Hitamnya! Hahaha, tapi still encem! Hehe"

"Sya!" panggil Aiman. Berdesus Aiman mendapatkan Syasya sebaik sahaja melihat kelibatnya di padang futsal itu.

Tersentak Syasya dibuatnya. Ish, kacau betul mamat tempe ini! Dia menoleh ke arah Aiman. Basah lecun satu badan, mandi peluh. Kulit pula rentung! Haish, macam manalah diorang boleh tahan main bola tengah-tengah panas macam ini. Lelaki!

Aiman terus menghampiri Syasya.

"Kau buat apa kat sini? Menyebok je!"

Syasya mencebik.

[OG] PERFECT BAD BOYWhere stories live. Discover now