12

85 19 2
                                    

"Mak! Mak! Cepat mak! Pengumuman puasa ni mak!" jerit Syasya dari ruang tamu memanggil Puan Sofeah yang berada di dapur.

Puan Sofeah menggelengkan kepalanya sambil langkahnya menuju ke ruang tamu.

"Kamu ni kenapa? Sawan? Aku bagi siku kang kejap lagi, baru kamu tahu!" leter Puan Sofeah.

Syasya cuma tersenyum sengih. Bulan yang dinanti-dinanti kini menjelang tiba. Terasa sekejap sahaja masa berlalu. Paling menakutkan, SPM sudah semakin menghampiri.

"Hah, ni...Sekarang dah pukul berapa?" soal Puan Sofeah sambil mencekak pinggang.

"8.30....kenapa?"

"Kenapa kamu tanya? Kamu tak dengar ke azan kat masjid tuh? Itupun mak nak kena bagitau ke? Solat isyak! Ya allah, kamu ni!"

"Mak, sya cuti mak. Tahu tak? Selama ni, kalau masuk waktu solat memang sya dah ready dah, tinggal tunggu mak je", balas Syasya.

Memandai-mandai sahaja maknya itu membebel. Bukan mahu tanya dulu ke apa ke.

Puan Sofeah teragak-agak mahu berbicara.

"Err, sudahlah. Mak nak solat"

Syasya menahan ketawanya. Takut didengari Puan Sofeah.

"Aduhai, mak..mak"..

. . . . . .

"Sya, baju raya tahun ni colour apa?" Aiman memula bicara.

"Amboi, puasa baru je seminggu dah sibuk nak raya..." Syasya menongkatkan dagunya menatap wajah Aiman.

Mesra kedudukan mereka. Kelas hari ini diisi dengan aktivit masing-masing daripasa setiap pelajar kerana hari ini jadual block. Cikgu-cikgu semua bermesyuarat.

"Alah, bukan apa, kalau boleh nak pakai colour same lerrr hehee" Aiman tersenyum nakal sambil mengelipkan matanya ke arah Syasya. Comel!

"Eee, mengadanya.." Syasya mencubit manja lengan Aiman.

"Aikk? Tak boleh ke mengada dekat Sya? Kalau tak boleh cakap. Aim boleh mengada dekat.."

Syasya lantas menutup mulut Aiman memotong percakapannya. Direnung tajam raut wajah Aiman seketika.

"Kalau berani buatlah!" Syasya merengus perlahan. Sekarang dia tahu, macam mana rasanya perasaan cemburu itu. Sakit juga ye?

"Alah, Sya, Sya...Alah jangan lah macam ni. Aim gurau jelah..Takkan itu pun nak merajuk..Sya" pujuk Aiman.

"Mmm" balas Syasya ringkas.

"Sya, Aim gurau je. Sorry lah. Sya, Okay, taknak layan sudah. Kalau Aim merajuk lagi teruk tau" pujuk Aiman.

"Merajuklah, tak kesah"

Terkena Aiman sebiji. Plan tidak menjadilah pula. Aiman berpaling sambil tersenyum manis melihat Syasya. Dia ada satu plan, yang pasti akan melembutkan hati Syasya.

"Ehemm" Aiman berdehem sektika. Syasya biasa sahaja. Minta pujuk!

"Tiada apa lagi perlu ku katakan, kerna kau tahu semua, tak pernah ku berahsiah. Dan mungkin satu saja yang takkan terjelas, rasa yang aku rasakan, hanya untuk kau saja",

Aiman menghentikan nyanyiannya semula. Suaranya yang serak-serak basah itu memang menggoda hati setiap wanita yang mendengarnya.

Syasya terpaku dek suara Aiman yang begitu merdu dan sedap di dengar. Perlahan-lahan senyuman terukir dibibirnya tapi ditahan cuma.

Aiman memandang Syasya.

"Tak cukup lagi?" Aiman tersenyum manja sebelum menyambung nyanyiannya.

"Sampai sudah waktu yang lama ku tunggu, biar lama tetap saja kau ku tunggu. Katakan, kata padaku, kita kan bersama harungi semua darling. Tiada lain ku mahu, Hanya kau satu untukku"

Nyanyian Aiman tamat. Wah, terpaku Syasya dek suara Aiman yang merdu itu. Sedap sungguh suara Aiman menyanyikan lagu 'Katakan' nyanyian Harris Baba itu.

Tersenyum simpul Syasya mendengar nyanyian Aiman sebentar tadi. Tidak dinafikan, memang ada peluang yang cerah untuk masuk Akademi fantasia!

. . . . . .

Semakin hari semakin seronok rasanya mengenali Aiman. Banyak perkara yang Syasya tidak pernah tahu pasal Aiman. Rasa tidak sabar pula untuk mengenali Aiman dengan lebih lanjut. Aiman begitu penuh sekali dengan kejutan. Selalu sahaja menceriakan setiap saat Syasya bersamanya.

Syasya tersenyum bahagia. Terngiang-ngiang suara Aiman yang merdu tadi di telinganya. Macho sungguh gaya Aiman menyanyi tadi. Aduh, cair hati dibuatnya! Syasya rasa seperti hendak melompat bintang sahaja untuk meluahkan perasaan gediknya.

Bahunya terasa ditepuk dan namanya dipanggil.

"Sya..Sya.."

"Sya!"

Semakin kuat namanya dipanggil. Namun, Syasya tidak peduli akan gerangan suara itu. Panahan cinta Aiman membuatkan dirinya macam terkena penyakit sawan!

"Nur Syazwana Syasya!" Ida mencekakkan pinggangnya di hadapan Syasya. Tersentak Syasya.

"Astaghfirullahalazim!" ucap Syasya. Kelihatan Ida sedang berdiri di hadapannya menayang muka masam.

"Hah, hidup lagi rupanya. Aku ingatkan kau dah bertukar dah jadi mayat hidup ke, patung bernyawa ke hah batu nisan ke!"

Syasya tersenyum sengih.

"Dah lah, jom masuk kelas. Kita makan kat kelas je. Lagipun kelas tambahan kan mula pukul 2.10..hehe".

Syasya tukar topik. Ida menggelengkan Saja kepalanya. Cinta memang buat semua orang jadi budak-budak!

"Bukan main lagi kau eh berangan bagai..." perli Ida. Sambil jalan sambil borak, baru syok. Hilang sidikit penat.

"Hahaha, itu hobi aku lah! Sibuk je.." Syasya memuncungkan bibirnya. Acah-acah comel.

"Eee, gedik!" ejek Ida. Menyampah pula melihat muka Syasya yang sebegitu rupa dengan bibir dia. Teragak-agak juga dia mahu lempang, sepak, terajang or tumbuk. Nasib kawan, perempuan pula itu. Kalaulah tadi lelaki, mmm memang makan penumbuklah jawabnya ya nak!

Berderai ketawa mengilai Syasya, tapi lembut sahaja nada suaranya. Nampaknya Syasya pendiam dulu sudah tiada lagi dalam kamus hidupnya. Inilah dia sekarang, the new Syasya.

Tapi apa bezanya. Dia tetap Syasya yang dulu sebenarnya. Cuma perangai saja lain. Almaklum, PRS kan ramai sangat dekat sekolah itu. Sebab itulah jadi mengada kehkehkeh...

[OG] PERFECT BAD BOYWhere stories live. Discover now