16

142 21 3
                                    

Hari ini, Syasya terserempak dengan Redza lagi di dalam perpustakaan dengan perempuan lain. Dating agaknya. Eloklah tu, bagus juga kalau dia sudah lupakan Syasya. Lagipun orang kacak macam dia sekali petik jari 10 yang datang. Bukan susah pun nak dapat awek. Tapi, tak pernah pun Redza menyatakan perasaannya yang sebenar pada Syasya. Betul ke dia sukakan Syasya.

Syasya jadi serba salah pula. Manalah tahu sangkaannya itu salah. Lagipun tidak semestinya layanan yang baik diberi oleh Redza ada tersirat sesuatu. Syasya berfikir sejenak. Tapi pelik juga Redza ini, kadang-kadang dia sengaja berdating berdekatan dengan Syasya. Syasya tidak hairan langsung.

Syasya memang akan jadi gedik. Tetapi apabila jumpa Aiman sahajalah. Bila difikirkan malu juga, tapi Aiman yang membuat dirinya Automatik jadi begitu. Tidak apalah, janji dia tidak ganggu hidup orang lain sudah.

Ida mula-mula cucuk Syasya juga. Tidak menyesal ke dah tak nak layan Redza sekarang. Ish, buat apa nak menyesal. Dia bukannya ada...Perasaan dekat Redza? Syasya berpaling.

Dipandang seketika Redza. Syasya menghembus nafas perlahan. Perasaannya dekat Redza sudah lama dia kubur dalam-dalam. Mungkin dia yang perasan selama ini. Agaknya. Patutkah dia bertanyakan pada Redza soal perkara ini.

Tiba-tiba Redza muncul di sisi.

"Assalamualaikum, Syasya" tegur Redza.

Syasya senyum. Panjang umur.

"Waalaikumsalam"

"Dah habis study?"

"Err, sikit lagi. Dah nak habis sebenarnya"

"Macam mana relay dengan Aiman? Everything's fine? Mestilah okay kan.." soal Redza dengan senyuman hambar dibibir.

Redza sebenarnya agak terkilan Syasya mula menghindarkan diri darinya sejak bersama Aiman.

Syasya terpinga-pinga mendengarnya.

"Hurm, rasanya kita tak perlulah cakap pasal tu.." balas Syasya.

Redza mengeluh. "Yelah, siapalah Redza sekarang ni di mata Sya"

Syasya terdiam. "Redza, Sya ada benda nak tanya. Tapi Redza kena jawab dengan jujur, boleh?"

"Apa dia?"

Syasya menarik nafas dalam-dalam, mengumpul semangat untuk meneruskan perbualan.

"Redza ada apa-apa perasaan ke dekat Sya?", soal Syasya gugup.

Redza tersenyum biasa. Belum sempat Redza meneruskan kata-katanya. Aiman sudah muncul dihadapan mereka berdua. Aiman yang baru sampai mencelung tajam pandangannya pada Redza.

Syasya segera bangun dan mengemaskan segala nota-notanya. Lalu mengajak Aiman pergi.

"Aim, jom..", Syasya cuba menenangkan Aiman.

Aiman berpaling seketika, sebelum mengatur langkah pergi. Lantas tangannya menyambar erat tangan kanan Syasya lalu beriringan keluar dari perpustakaan.

"Aiman tunggu dulu! Aku tak habis cakap lagi dengan Syasya", gertak Redza tapi kedengaran biasa sahaja. Langkah mereka terhenti. Aiman berpaling.

"Apa lagi yang kau nak cakap hah? Tak cukup lagi ke kau mesej Syasya beribu-ribu kali? Apa yang kau nak?"

Mujur sahaja mereka sudah di luar perpustakaan. Mahunya kena baling dengan Cikgu Latifah nanti.

Redza tunduk seketika. Kemudian dia menjawab,

"Tak semua rindu perlu diucap, Tak semua cinta perlu diluah. Aku minta maaf dekat kau, tapi Syasya pernah menjadi pencuri hati aku sebelum ni..Aku mengaku, memang aku sayangkan Sya lagi sampai sekarang..." balas Redza.

"Kau tahu kan Sya dengan aku sekarang ni! Yang kau masih simpan perasaan dekat dia lagi kenapa?! Kenapa baru sekarang kau nak cakap yang kau sukakan dia? Kenapa tak dari dulu je? Kau sajakan, kau memang dengki dekat aku dari dulu lagi! " tempik Aiman bertubi-tubi.

Redza meraup wajahnya seketika.

"Bila masa pulak aku dengki dekat kau. Kalau kau nak tahu, aku tak pernah pun cakap kat Sya yang aku suka dia. Syasya sendiri pun tak tahu yang aku sukakan dia. Aku bukan tak nak cakap awal-awal dekat dia, tapi aku tahu kau pun sukakan dia"

"Perasaan kau dekat dia dah lama dah. Aku baru je suka kat Sya. Jadi aku fikir, kau lebih berhak untuk dapat cinta Sya. Aku buat semua ni sebab aku nak buang prasangka buruk kau dekat aku! Sekarang kau faham?", luah Redza.

Lembut sahaja alunan suara Redza walaupun dalam keadaan tegang sekarang ini.

"Ah! Blah ah kau!"

Syasya terpaku mendengarnya. Ternyata sangkaannya tepat. Begitu licik sekali Redza menyembunyikan perasaannya yang sebenar. Terbit rasa kasihan pula, dia rasa serba salah sekarang sebab cuba melarikan dirinya daripada Redza sedangkan Redzalah satu-satunya lelaki yang dia pernah jadikan tempat mengadu, meluahkan perasaan dan sebagainya.

Aiman rasa macam mahu tumbuk sahaja muka Redza sebaik sahaja Redza selesai menuturkan kata-katanya. Panas! Nampak ekspresi wajah Aiman yang kelihatan begitu tidak senang sekali.

Kini Syasya faham, kenapa Aiman suruh dia jangan rapat dengan Redza. Rupanya sebab Redza ada hati padanya. Tapi, perlukah sampai dia menjauhkan dirinya? Dia ikut sahaja telunjuk Aiman ibarat lembu dicucuk hidungnya. Lagipun Redza tidak pernah mengambil kesempatan untuk bermesra-mesra dengan lebih mendalam dengannya sebelum ini.

Redza memilih untuk berlalu dari situ. Lebih lama dia disitu, makin besar pula masalah. Yang penting dia sudah menjawab persoalan Syasya.

Syasya mengeluh hampa. Dulu Aiman, diam-diam menaruh hati padanya. Sekarang, Redza pula? Last-last minute baru nak explain segala-galanya. Apa nak jadi dengan takdir cintanya. Serabut!

. . . . . .

Syasya memandang tepat ke arah Aiman yang tenang berjalan disampingnya. Rasa bersalah menghadap kebisuan Aiman. Marah ke dia?

"Sya minta maaf pasal tadi.."

Aiman berpaling sekilas.

"Kenapa?"

Syasya mengeluh lemah.

"Redza tak pernah pun layan Sya lebih-lebih, tak payah lah sampai tak bagi Sya jumpa dia. Lagipun tiba-tiba je Sya terus mengelak bila jumpa dia, mesti dia terasa ke apa..."

"Jadi Sya memang nak jumpa dia selalu lah macam dulu?"

"Bukan macam tu maksud Sya. Tapi kenapa Redza sorang je yang Sya tak boleh kawan sekarang ni? Sebab Redza suka Syasya? Aim, Sya kenal Redza macam mana. Dia bukan orang kalah pada ego, yang pentingkan diri. Bukan, dia matang tahu tak. Walaupun peluang dia banyak sangat nak luahkan perasaan dia dekat Sya dulu, kena pulak time tu Sya dengan Aim tak ada apa-apa lagi, memang sah-sah dah sekarang ni Sya dengan Redza. Tapi Redza bijak, dia licik menyembunyikan perasaan dia"

"Dia faham, hubungan persahabatan tu lagi mesra daripada bercinta. Lebih kekal lama. Sekarang ni, bila Aim dah dapat Sya, ada dia balas apa-apa? Ada dia buat benda yang tak elok dekat Aim atau Sya? Tak ada kan? Dia dah bersedia, dia dah ambil risiko agaknya mencintai Sya. Dia sanggup korbankan perasaan kasih dia dekat Sya demi menjaga persahabatan dia dengan Aim. Tapi Aim tak pernah kesah pun kan?", bebel Syasya.

Dia bercakap seolah-olah dia sudah kenal rapat dengan Redza. Begitu lancar sekali percakapannya.

"Dah habis? Serabut tau tak! Bela ah sangat mamat tuh! Pencuri hati konon...Huh!"

[OG] PERFECT BAD BOYWhere stories live. Discover now