Semenjak kebelakangan ini , banyak hadiah berupa key chain, teddy bear, bunga, kad ucapan dan macam-macam lagilah yang Syasya dapat. Boleh dikatakan dalam seminggu itu dua tiga kali dia menerima hadiah seperti itu.
Siapa punya kerja lagi kalau bukan Aiman yang menjadi pencuri hatinya kini! Sudah masuk 2 bulan hubungan mereka baik-baik sahaja. Dalam pada itu, banyak jugalah kenangan manis yang tercipta antara mereka berdua.
Antara yang paling Syasya tidak boleh lupa adalah masa mereka pergi lawatan ke Langkawi yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling sekolah bulan lepas.
Memang seronok sangat! Paling seronok bila Syasya mendapati bahawa Aiman seorang yang mabuk laut. Semasa mereka menaiki bot di Kilim Geoforest Park, Aiman bagaikan kucing yang takutkan Air. Sakit perut Syasya ketawa melihat keletah Aiman takut duduk di sebelah tepi bot.
Terukir senyuman di bibir Syasya tatkala mengenangkan peristiwa itu. Siapa sangka, mereka berdua bersama akhirnya.
Syasya membelek hadiah yang diterimanya hari ini. Cantik bungkusannya, entah apa isinya. Digoncang ke kiri dan ke kanan seketika. Kemudian dia tertawa sendirian. Tanpa berlengah, dengan pantas tangannya membuka balutan yang dibungkus kemas itu dengan berhati-hati. Cantik kertas bungkusan itu, sayang pula kalau mahu mengoyaknya. Mana tahu, boleh diguna pakai semula.
Diamati benar olehnya kotak berbentuk segi empat tepat berwarna merah jambu itu.
"Kotak ni kan dah cantik, buat ape nak balut lagi. Membazir nak balut-balut lagi" bebel Syasya sendirian.
Dia perasan ada satu kad kecil terlekat elok di atas kotak tersebut.
"Jika kita mencintai seseorang, lihatlah dulu kekurangannya. Bila kita lihat kekurangan seseorang itu, hati kita jadi tawar. Pimpin rasa tawar itu sehingga hilang rasa cinta"
Syasya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum sengih.
"Amboi, sekarang ni dah pandai eh main sticky note." bicaranya sendiri.
Tapi, Syasya suka kata-kata Aiman pada hari ini. Penuh bermakna sekali. Ini antara ayat-ayat Aiman yang paling Syasya suka selepas ayat lembu yang diterimanya minggu lepas.
Memang sakit perut ketawa membaca ayat tersebut. Ayat tidak menahan langsung.
"Jadilah seperti lembu. Kerana tiada siapa yang mampu menjadi setia seperti lembu walaupun dalam keadaan terpaksa"
Adakah patut dia tulis ayat sebegitu rupa. Namun, pandai Aiman mengambil hatinya. Setiap hari, ada sahaja ayatnga yang mencuit hati.
Banyak sangat perubahan yang terlihat antara mereka berdua. Syasya suka sangat yang mereka kini sudah berbaik-baik. Rata-rata pelajar di sekolah seakan-akan tidak percaya tentang perubahan sikap yang mendadak dari Aiman dan Syasya.
Syasya kemudiannya membuka kotak berwarna merah jambu itu. Berdebar rasanya untuk mengetahui isi kandungannya. Buka!
Bersinar-sinar mata Syasya sebaik sahaja melihat sweater kelabu yang dihadiahkan Aiman kepadanya. Mahu sahaja dia melompat-lompat keriangan. Cantik sweater itu. Pandai Aiman pilihkan untuknya. Saiznya juga tepat. Nampak keprihatinan Aiman yang tajam terhadap dirinya.
Syasya menyarungkan sweater itu ke tubuhnya. Muat! Syasya mengemas-ngemaskan baju yang tersarung dibadannya itu dihadapan cermin.
"Cermin, cermin, cermin, Siapa yang paling cantik sekali??? Ah! Kamu! Hahahahaha", Kegedikan mula merasukinya kini.
"Amboi cantiknya! Aiman bagi ke?" dengan tiba-tiba muncul Puan Sofeah menemui anaknya yang sedari tadi asyik terperap sahaja di dalam bilik.
Syasya tersentak.
YOU ARE READING
[OG] PERFECT BAD BOY
RomanceAIMAN, : 'Apa beza awak dengan matahari?' SYASYA, : 'Hah? Apa dia? Please jangan merepek haha' AIMAN, : 'Well, beza dia...Matahari menyinari bumi dan awak menyinari hati saya cia...haha' SYASYA, : 'Fikir sweetlah tu' AIMAN, : 'Tak sweet pun, tapi...