09

138 21 0
                                    

Aiman sudah bersedia menanti Syasya dihadapan pagar sekolah untuk menghantarnya pulang ke rumah. Cuaca yang tadinya panas terik, kini mulai bertukar mendung. Aiman melihat jam ditangannya. Sudah pukul 1.10 tengahari, kenapa Syasya tidak muncul-muncul lagi. Aiman memberhentikan enjin motorsikalnya. Dipimpinnya ke bahu jalan lalu dia masuk semula ke perkarangan sekolah mencari Syasya.

"Mana dia pergi ni, aduh. Mana ada extra class hari ni. Takkan lah lupa..."

Dengan laju Aiman mengayun langkah, merayau dari tingkat atas ke tingkat bawah bangunan sekolah. Tapi tetap tidak ketemu Syasya. Aiman menggaru-garu kepalanya yang terasa gatal sedikit sebab berpeluh. Dia berhenti seketika, memandang sekelilingnya kalau-kalau ada kelibat Syasya.

"Tu, Ida. Baik aku tanya dia lagi senang.." bergegas Aiman mendapatkan Ida.

"Hah, Aiman...Merata aku cari kau tau tak" Ida terus memula bicara sebaik sahaja Aiman sampai menemui dirinya.

"Kau cari aku? Kenapa? Ni aku nak tanya, Syasya mana?"

Aiman mengesat peluh yang mengalir di belakang tengkuknya.

"Sebab Syasya lah aku cari kau. Dia sekarang dekat bilik kesihatan. Dia pengsan tadi, badan dia panas sangat. Cikgu dah try call mak dia, tapi tak dapat" beritahu Ida.

Aiman cemas. "Apa? Sya pengsan?

. . . . . .

Syasya membuka matanya perlahan-lahan. Di mana dia sekarang? Mungkin juga di hospital. Syasya membangunkan dirinya. Alangkah terkesimanya Syasya manatap seraut wajah Aiman di depan matanya itu.

"Aiman..." Syasya tersenyum lemah.

Aiman tersenyum. Tenang jiwa Syasya seketika.

"Kau okay tak?" soal Aiman sambil tidak lepas dari menguntum senyuman dibibirnya.

Senyuman yang jarang ataupun tidak pernah sekali pun dilemparkan kepada Syasya selama ini. Senyuman manis yang bisa membunuh jiwa.

"Aiman, awak buat apa kat sini?"

"Teman awak lah kat sini. Ida baru je balik tadi" Aiman duduk dikerusi yang berada di sisi katil yang menempatkan Syasya.

Tidak lama kemudian, Puan Sofeah pun tiba di wad di mana Syasya ditempatkan.

"Syasya!" suara Puan Sofeah kedengaran.

Syasya berpaling.

"Mak!"

Puan Sofeah tersenyum lega melihat Syasya dalam keadaan seperti tidak apa-apa.

"Syukurlah Sya tak ada apa-apa. Risau betul mak. Doktor cakap, Sya perlu banyak rehat. Kurangkan aktiviti-aktiviti luar dulu buat sementara waktu ni. Lagi satu, Syasya demam. Sebab tu Syasya pengsan tadi kat sekolah. Nasib baik ada Aiman dengan Ida, diaorang berdua yang bawa Syasya pergi hospital ni. Terima kasih ye Aiman. Makcik tak tahu macam mana nak balas budi baik kamu"

Puan Sofeah memberi penghargaan kepada Aiman yang sudah berdiri dari tempat duduknya sebentar tadi.

"Eh, tak ada apalah. Memang dah jadi tanggungjawab saya. Mmm.." terang Aiman.

Syasya berpaling ke arah Aiman. Dia main usha-usha pula. Eh? Dia kenyit mata! Sempat lagi itu.

"Terima kasih Aiman..." Syasya tersenyum senang.

Aiman membalas senyuman. Rasa diri dihargai kini.

Selepas doktor membuat pemeriksaan sekali lagi ke atas Syasya, dia dibenarkan pulang. Sanggup Aiman menemani Syasya sehinggalah lewat malam. Puan Sofeah pula keluar sebentar menguruskan bil hospital.

[OG] PERFECT BAD BOYWhere stories live. Discover now