Hai, Hanis Azmira that's my name. A short introduction and I start from a keluarga yang kehidupannya agak sederhana. Cita-cita aku? Hmm aku pun tak tahu cuma maybe aq terlalu banyak berangan sebab aku teringin nak meet dengan mana-mana instafamous. Pelikkan? Orang tergila-gilakan idol kpop while aku suka stalk instafamous lagi-lagi mamat yang bernama Syah Fitri and umur dia pun baya aku.
"Ibu!! Hanis nak pergi sekolah dah ni.." aku menjerit ke arah ibuku yang sibuk berperang dengan periuk kuali di dapur.
"Haa? Laa, taknak makan ke? Nanti lapar perut tu kang. Tak boleh belajar nanti padan muka dia," ibu membalas dengan menjelirkan sedikit lidahnya.
Haihh..ibu,ibu perangai tak serupa dengan orang besar macam perangai budak kecil je. Sebab ibulah mood aku pagi-pagi asyik happy. Sejak ayah dah ceraikan ibu, aku tak fikir banyak tentang apa yang bakal berlaku kerana mujur ada ibuku yang sudi layan karenah kebudakan aku dan sabar terhadap aku.
"Takpelah ibu, Hanis boleh je belajar tanpa sarapan. Dah biasa lagipun sarapan lebih tu nanti boleh buat makan tengah hari alang-alang Hanis nak save duit." Aku meberi alasan yang agak releven untuk ibu terima. Aku menyalam dan mengucup perlahan tangan ibuku agar Allah memberkati apa yang aku akan lalui pada hari ini. Kasut canvas berwarna hitam itu aku sarungkan. Maklumlah di sekolah aku mempunyai jawatan yang agak tinggi iaitu pengawas.
_______________"Sarah!" Aku memanggil sahabat baik aku sejak tadika. Adakah ini jodoh? Eceyhh...Sarah nilah peneman hidup aku ketika aku susah dan senang.
Al-maklumlah satu tadika, sekolah rendah and sekolah menengah."Opocotmakkaumelenting," Sarah membalas dengan melatah dan itu pun mampu buat aku tergelak besar. Astaghfirullah...kawal Hanis kau tu perempuan. Tak sopan gelak besar macam tu even Rasul kita pun hanya tersenyum apabila mendengar gurauan umatnya.
"Ish. Tak baik melatah. Kau kenapa terkejut sangat? Berangan jauh eyh?" Aku mengusiknya. Aku tau si minah ni kuat berangan lagi-lagi dapat tau yang dia ni kpopers and ada hati nak berangan jumpa diorang.
"Haha takdelah. Aku just....hmm.. entahlah.." keluh Sarah. Dah kenapa minah ni? Selalunya happy, ni tak.
"Kau ada masalah ke? Story jelah," aku cuba untuk memujuk. Bukan senang nak pujuk dia sebab aku dah kenal dia lama.
Setelah lama berbual sakan dengan Sarah, kami masuk semula ke kelas untuk meneruskan proses pembelajaran. Alang-alang SPM dah nak dekat. Pejam celik, pejam celik, tengok-tengok aku dah terlentang kat rumah.
Haihh..bukannya buat apa-apa pun kat sekolah tadi tu pun dah penat.
"Hanis!!" Ibu memanggil nama aku dari bawah.
"Ye..." aku menjawab lalu mengikat rambut aku. Kakiku mengatur langkah untuk menuruni tangga.
"Buat apa dalam bilik tu dok asyik terperap je..nak jadi bini orang macam mana nanti ni?" Ibu menyakat aku.
Aku memuncungkan bibir. Ibu ni ada je idea nak usik aku.
"Jauhya ibu fikir sampai nak jadikan Hanis bini orang bagai. Hanis belum jejak masuk U lagi, ni pun SPM tak ambil lagi," kali ni pula aku membebel.
Ibu aku tergelak kecil. "Yelaa. Tolong ibu beli barang dapur eyh?"
Aku mengangguk. Yeaayyy..dapat jalan-jalan.
Aku menyarung cardigan labuh biar tutup punggung aku serta tudung bawal. Aku berlari ke kedai yang aku selalu pergi.
"Uncle!" Aku memanggil Mr. Yong a.k.a tauke kedai ni.
"Haa! Hanis. Mau apa?"
Aku tersenyum lalu mencari barang yang diperlukan. Aku sibuk membelek duit untuk membayar tapi ada satu suara menyelit.
YOU ARE READING
Idol aku, kau orangnya.. (Short Novel)
Teen FictionCAST - Syah Fitri - HANIS AZMIRA Yaa, everybody knows that Syah Fitri is an Instafamous and of course ramai perempuan yang gilakan dia. Hanis Azmira adalah stalker Instafamous dan menjadikan lelaki itu sebagai idolnya. Memang kenyataan it...