Chapt.8

46 2 2
                                    

Sekejap je masa berlalu dan kini aku hanya menunggu beberapa minit untuk menjadi isteri kepada Syah. Aku berdiri di hadapan cermin yang besar dan melihat susuk tubuh aku sendiri. Make-up dan segala perhiasan diri sudah lengkap.

"Waaa! Hanis cantiknya kau..." Sarah memuji aku sebaik sahaja masuk ke bilik tanpa sebarang salam. Haishh dia ni, adab mana adab?

"Hanis!!" Masyie masuk dan terus memeluk aku. Pipi aku dia cubit tanda geram. Taulah aku lawa hehu..

"Congrats Hanis. Aku jelous dengan kau.." Jieya pula yang menyelit sambil meneliti dress aku. Maklumlah Jieya ni minat dengan fashion.

"Kitorang tunggu kau dekat sana. Nanti selfie sama-sama tau." Sarah memesan sebelum keluar dari bilik ini bersama jieya dan Masyie.

Aku tidak terlalu takut kerana kami tidak menjemput ramai orang melainkan orang terdekat. Majlis hari ini semua diurus oleh ibu Syah yang juga sekarang mama aku. Kalau orang kaya handle mesti grand giler-giler grand.

"Cantik dah anak ibu. Nanti dah kahwin jangan lupa ibu tau. Jadi isteri solehah, jangan berkasar dengan Syah.." ibu memesan sambil membetulkan tudung aku.

Aku berasa sebak. Perlahan-lahan air mata aku mengalir. "Ibu ok kan?"

"Mestilah ok! Janganlah nangis mak cik oii. Make up luntur nanti. Ibu okay je.." kali ini aku nampak ibu pula yang menangis.

Aku memeluk ibuku kerana aku takut aku akan rindu dengan ibu.
_________________

"Aku terima nikahnya Hanis Azmira binti Haneef dengan mas kahwin RM1000 tunai." Sebaik sahaja lafaz suci itu diungkapkan, air mata aku terus mengalir tanda gembira. Aku melihat Syah menuju ke arah aku dengan baju pengantinnya. Aku kena akui lagi yang dia memang segak disertakan songkok. Sekarang aku telah jadi isteri yang sah untuk Syah.

"Jangan nangis sayang." Syah mengelap air mata aku dengan ibu jarinya. Senyuman di bibirnya begitu kelihatan. Ya Allah, hangat sungguh sentuhan dia. Aku dapat merasakan deruan nafas dia menghinggap di dahi. Dia mengucup perlahan dahi aku dan aku hanya memejamkan mata menikmati detik bahagia itu.

__________________

Syah membawa aku pulang ke rumahnya. Perasaan aku sekarang bercampur baur tak tahu sama ada perlu gembira atau sedih.

"Ibu, Syah naik dulu tau."

"Ok, tidur elok-elok penat kan? Hanis biasakan diri tau. Syah tu nakal sikit."

Aku tersenyum kekok dengan muka merona kemerahan. Apalah yang diorang fikir, baru kahwin kot.

"Jom sayang." Syah menarik tangan aku dengan sengihan dan dia membawa aku masuk ke bilik miliknya.

Sebaik sahaja dia mengunci pintu bilik, jantung aku mula berdetak laju. Aku menggeleng untuk hilangkan segala fikiran kotor aku.

"Awal lagilah, aku tak buat kalau kau tak ready." Syah berkata sambil membuka segala perhiasan diri. Syah menarik aku dan dudukkan aku di tepi birai katil sambil menghadap cermin. Segala pin dan peniti dia tolong cabut. Aku pula? Muka dah bertukar warna dan jantung ni kalau boleh nak pecut 400m.

Ni kali pertama Syah bakal lihat aurat aku dan aku takut. Tapi kenapa aku perlu takut sebab dia suami aku for sure. Aku dapat merasakan dia menarik tudung aku perlahan.

Ya Allah, kuatkanlah semangat hambamu ini...

Ikatan rambut aku dilepaskan begitu juga dia sibuk meluruskan rambut aku. Aku dapat rasa bibir dia hinggap di kepala aku. Dia menghidu dan mengucup kepala aku dengan lembut dan automatik buat aku membahang. Bilik ni dah sejuk tapi aku rasa aku seorang je yang panas.

Idol aku, kau orangnya.. (Short Novel)Where stories live. Discover now