Muka aku memerah, bahang, kembang pun ada. Ya Allah, dugaan apakah ini? Aku tak boleh hadap dia hari-hari.
__________________________________Aku melangkah pulang dengan perasaan campur baur. Kenapa ye?
Pasal tangan aku?
Aku tak kisah sangat.
Maybe sebab Syah tadi buat aku kembang semangkuk.
Serious kembang.
"Ya Allah, kenapa dengan tangan anak ibu ni?" Soal ibuku sebaik sahaja aku melangkah masuk rumah.
"Takde papelah ibu. Tadi jatuh lepastu tangan terseret sikit."
"Tak terukkan?"
Aku menggeleng perlahan sebagai jawapan.
"Takpelah. Malam ni, ada tetamu datang rumah kita. Kawan ibu masa sekolah dulu. So, malam ni, anak ibu kena pakai lawa-lawa biar kita jadi diva malam ni."
Aku tergelak. Ibu ni macam-macamlah.
"Pergi mandi dulu, siapkan homework. Lepas Maghrib, tolong ibu masak tau," ibu memesan dan aku mengangguk tanda akur dengan suruhan ibuku.
Usai solat asar, aku mula membuat homework dan sedikit ulangkaji. Lepastu,
Termenung
Berangan
And lepastu baru aku mandi.
Jap-jap!! Aku nak pakai baju apa ni? Aduhh...aku paling benci bab nak sediakan baju lepastu baju tu kena iron.
Okay lepak je Hanis, tarik nafas
.
.
.
.
.
.
lepas.
.
.
.
.
.
.
Aku menggosok blouse modern iaitu kimono labuh yang ibu belikan semasa hari jadi aku pada tahun lepas disertakan seluar slack hitam. Tudung bawal kosong bewarna biru laut juga aku sediakan.Selesai mandi, aku mengenakan baju tersebut dan seperti suruhan ibu tadi aku turun menolong ibu masak selepas selesai solat Maghrib.
"Wuuu, cantiknya anak ibu," ibu memuji aku dan mana taknya aku dah kembang semangkuk.
Fakta, aku ni kuat kembang.
"Anak ibukan memang lawa. Tengoklah siapa.." aku pula yang mengaggungkan diri sendiri. Nilah namanya tak sedar diri.
Tapi bagus tau suka puji diri sendiri. Tu maknanya self-confidence tinggi.
Loceng rumah dah berbunyi dan ibuku segera menyarungkan tudungnya.
"Hanis kacau dulu lepastu hidangkan sekali boleh?"
Aku angguk dan senyum sebagai jawapan.
"Jemput masuk...Hai!! Dah lama tak jumpa kawan aku yang sorang ni," kata ibuku teruja lalu memeluk susuk tubuk seorang wanita berumur dalam lingkungan 40-an.
"Jemput masuk..ye.."
Aku menoleh sekilas. Ramai juga family dia.
"Wahh! Cantiknya anak-anak kau. Yang laki sorang ni pula handsome bukan main." Hmm ibu ni suka betul puji orang. Aku pula yang jelous.
Aku siap menghidang makan dan terus ke ruang tamu untuk menyalam tetamu.
"Assalamualaikum aunty,"aku senyum lalu meraih tangan wanita itu untuk bersalam. Aku menyalam sekali kedua-dua anak perempuannya.
"Lawanya..." puji aku tanpa sedar.
Dua makhluk wanita depan aku ni lawanya tak terkata.
Tapi nampak familiar....serious nampak familiar gila. Mana aku jumpa dua orang budak lawa ni ek?
YOU ARE READING
Idol aku, kau orangnya.. (Short Novel)
Teen FictionCAST - Syah Fitri - HANIS AZMIRA Yaa, everybody knows that Syah Fitri is an Instafamous and of course ramai perempuan yang gilakan dia. Hanis Azmira adalah stalker Instafamous dan menjadikan lelaki itu sebagai idolnya. Memang kenyataan it...