Fuhh...
Harini Syah ajak aku pergi rumah dia.
Macam mana ni?
Berdebar.
"Hanis, ni baju aku yang kau nak pinjam tu kan?" Jieya menghulurkan blouse bewarna nude miliknya. Jieya? Yep, Jieya. The Jieya yang dulunya kaki diva, kaki menyakat, kaki buat hal sudah menjadi kawan rapat aku lebih-lebih lagi bila bilik aku dan dia berjiran. Kadangkala kami keluar bersama. Tanpa sedar ukhuwah terikat begitu sahaja.
Seronok.
"Terima kasih. Nanti aku basuh wangi-wangi lepastu baru pulang kat kau."
"Haa yelahh..good luck lah eh. Haihh bilalah aku punya turn?"
"Turn? Turn apa?"
"Nak jadi lucky macam kau."
"Adalah tu. Tunggu je. Kau tu dah lawa berganda daripada orang lain. Baik pula tu. Adalah tu lagi hebat tengah tunggu." Aku berbicara untuk memberi sokongan kepada kawan aku yang sorang ni.
"Heh, jangan cakap macam tu. Kembang aku." Sengih Jieya.
"Bawal ke shawl?"
"Bawal!"
"Seluar slack ke kain?"
"Seluar slack!"
"Haha thanks sahabat."
"Welcome!"
Aku bersiap dengan keadaan sederhana. Takut Syah dah nak sampai.
'Pin pin!'
"Hanis! Syah dah sampai!" Jerit Jieya.
"Okay. Aku gerak dulu. Balik nanti aku bawa balik makanan. Insyaallah."
"Haa yelah. Cepatlah turun."
Aku mempercepatkan langkah untuk turun berjumpa dengan Syah. Debar gila sekarang ni.
"Syah!" Aku memanggilnya dan berlari-lari anak menuju ke dia. Dia menoleh melihat aku dan tersenyum.
Larian anak aku terhenti.
Aku berkerut memandangnya.
Dia cuma mengenakan jeans hitam dan baju sleeveless putih. Seriously sleeveles?
"You must be kidding me."
"Why? Aku nampak hot kan?"
"No, nampak selekeh tau tak?" Aku menghampirinya perlahan.
Muka tampan Syah aku tatap dan dia tersengih malu dan mukanya bertukar kemerahan?
"Awak tak ada baju lain ke?" Aku menyoal.
Dia menggeleng dengan pipi yang dikembungkan sedikit. Kalau boleh nak aje cubit pipi dia yang lagi gebu daripada aku. Eeee geramnya..
"Aku baru lepas main futsal tu yang sempat tukar seluar je."
"Main futsal malam-malam? Budak ni tak tahu penat ke apa? Habistu apa function saya pakai lawa-lawa macam ni?"
"Hahaha!! Nantikan balik rumah aku, aku mandilah kat sana apa susah? Lagipun kau lawa malam-malam ni aku sorang je yang boleh nampak. So, don't worry okay?" Syah menjawab selamba dan terus menarik pergelangan tanganku yang berlapik.
Aku tarik semula tangan aku perlahan.
"Tak baik."
_____________________"Hanis!!" Syaza dan Saffa menjerit namaku lantas memeluk tubuh aku.
YOU ARE READING
Idol aku, kau orangnya.. (Short Novel)
Teen FictionCAST - Syah Fitri - HANIS AZMIRA Yaa, everybody knows that Syah Fitri is an Instafamous and of course ramai perempuan yang gilakan dia. Hanis Azmira adalah stalker Instafamous dan menjadikan lelaki itu sebagai idolnya. Memang kenyataan it...