7 tahun kemudian....
Aku mengenakan tudung shawl aku dan labuhkannya hingga tutup paras dada.
"Sarah!! Cepatlah sikit mak cik oii!!" Aku meninggikan sedikit nada suara aku.
Aku dari kecil sampai ke besar asyik berkepit dengan Sarah. Daripada UPSR ke PT3 dan terus ke SPM sampai ke Universiti tak ada sesiapa boleh halang hubungan kami. Alhamdulillah aku dan dia telah mendapat straight A dalam SPM yang lepas dan terus mendapat tawaran pergi ke UiTM, Melaka.
Sekarang, seorang Hanis dah bukan calang-calang orangnya. Masuk UiTM, ambil jurusan Science Chemical lagi.
Kami bersiap untuk ke dewan kuliah dan seperti biasa Prof. Hadi akan mengajar kami tentang Fizik. Belajar Fizik memang susah tapi disebabkan aku minat, aku tak rasa pun susah mana. Kalau ye pun susah, kawan-kawan kan ada, boleh tolong.
Selepas 2 jam, kelas kami habis. Aku hendak mengajak Sarah pergi makan seperti biasa tapi melihat Sarah yang asyik berkerut menjawab telefon menyebabkan aku mengurung niat aku.
"Wehh, Hanis aku gerak dulu. Ibu aku suruh aku balik jumpa nenek..."
"Hmm, pergilah.."
"Sorry ehh. Bye.."
Aku tersenyum. "Kirim salam kat ibu dengan nenek kau!" Sempat Hanis menjerit sebelum bayangan Sarah lesap daripada pemandangannya.
Aku lonely.
Buat apa eh?
Nak makan...
Tapi dah tak ada selera.
Nak balik bilik...
Tapi kawan lain semua tak habis kelas lagi.
"Hai!"
Badan aku refleks langkah ke belakang apabila budak yang bernama Adam ni main sergah aku.
"Kau nak apa?" Aku tanya dengan malas kepada lelaki itu.
Introduce cikitt..nama lelaki ni Adam Haikal dan dialah peneman aku ketika aku bosan kira macam kawan tapi lebih sikit. Handsome? Boleh tahanlah...Seorang instafamous yang baru nak maju. Followers baru nak up 10k. Dunia aku dikelilingi lelaki-lelaki famous kan? Kadang-kadang sakit hati dengan dia sebab usikan dia tu melampau sangat tapi gaduh-gaduh pun dalam masa 10 minit dah baik balik. Dia pernah confess tentang isi hatinya terhadap aku tapi korang pun tahu kan aku tengah tunggu siapa..tapi dia tak kecewa mana dan sekarang tengoklah dah ada girlfriend yang lagi panas a.k.a hots. Nasib baiklah girlfriend dia tu tak kuat jelous kalau tak nahas aku dibantai oleh gf-nya sebab rapat sangat dengan mamat ni.
Kalau aku ada dengan dia, mesti hati ini teringat kat seseorang.
Syah Fitri.
Macam mana ye keadaan dia? Lepas dia pergi tu, terus tak contact aku. Memanglah aku tak ada nombor phone dia tapi boleh DM.
"Takde orang teman ke?"
Aku memberinya jelingan maut. Tak suka kalau orang cakap aku ni macam team loner.
"Dah biasa dah dengan jelingan tu. Jom aku teman kau lunch. Ok?"
Jelingan bertukar. Aku tersenyum. Inilah kawan.
"Adam..orderkan eyhh? Aku nak beli top-up sat.."
Adam mengangguk kecil.
Macam biasa kami berbual memang rancak kalau tak rancak tu mesti ada problem. Ketawa memang tak ingat dunia tapi aku masih boeh kawal.
(Syah Ftri)
Aku dengan gang baru aku try nak makan dekat cafe dekat dengan Science Chemical punya blok. Macam biasa, hidup aku penuh dengan paparazi*batak jap* yang tak serik-serik snap gambar aku. Siapa yang kawan dengan aku kira beruntunglah kan sebab dari tak famous boleh jadi famous. Ceh ayat...
YOU ARE READING
Idol aku, kau orangnya.. (Short Novel)
Novela JuvenilCAST - Syah Fitri - HANIS AZMIRA Yaa, everybody knows that Syah Fitri is an Instafamous and of course ramai perempuan yang gilakan dia. Hanis Azmira adalah stalker Instafamous dan menjadikan lelaki itu sebagai idolnya. Memang kenyataan it...