Chapt.7

62 6 0
                                    

(Syah Fitri)

Dah sebulan berlalu dan dalam masa sebulan aku tak bertegur sapa dengan Hanis sebab incident haritu. Aku tak tahu apa yang dia marah sangat kat aku tapi aku rasa memang salah dia sebab dia sesuka hati je buat future husband dia merajuk macam ni.

Satu. Dia buka privacy aku and yaa, when kita dah married takde apa-apa pun yang nak disorokkan.

Dua. Dia scroll sampai mana? Memang waktu tu Farrah mesej aku for the first time in these 6 years. Conversation antara aku dengan Farrah memang aku tak delete and aku rasa dari situ dia start mula salah faham dengan aku.

Hanis oh Hanis. Aku rindu kau tahu tak.

Ibu aku pun sudah menghubungi aku suruh beli baju pengantin and cincin tapi aku buat keputusan untuk beli cincin itu sendiri and of course cincin tu mesti exclusive tambah mahal yang ada kualiti.
Baju pengantin? Aku pun tak tahu nak ajak dia macam mana. Aku bukannya ego tapi kalau aku pujuk dia waktu time dia betul-betul bad mood tambah pula merajuk dia kat aku.

Nasib baik harini cuti tapi aku bosan sebab sekarang aku tengah lepak kat cafe berhampiran padang rugby. Member aku yang lain adalah hal masing-masing. Ada yang dating, jalan-jalan and what so on and cuma aku je terperap kat sini.

Ok! Aku dah buat keputusan. Aku nak Whatsapp dia.

Aku tengok dia tengah online dan terus saja senyuman aku keluar.

'Hanis!!' √√

'Aku nak jumpa kau boleh?' √√

'Pleasee...I'm going crazy right now because you make me miss you more.' √√

Aku mengangkat kening dengan sedikit kerutan kerana dia hanya beri aku bluetick. Ishhh minah ni...kang kalau aku lepaskan geram tak pasal-pasal buat kau menangis.

'Siap sekarang. I will pick you up in 10 minutes from now!!!' √√

Tiga tanda seru khas untuk kau. Hehe!!

(Hanis)

What??!! Are you serious Syah? Aku tengah sibuk masak untuk member aku kau pula sibuk nak ambil. Aku menyiapkan hidangan aku lebih kurang 15 minit.

"Weyhh aku keluar dulu. Sorry tak dapat join." Aku terus ambil bawal crepe yang sudah bergosok bewarna coklat cair dan terus menyarungnya lalu ikat di bawah. Aku ikat pun sebab dah takde masa nak pakai pin. Aku pandang diri aku sekilas pada cermin.

Seluar track + Baju tee tak labuh mana + tudung crepe yang agak selebet + setepuk bedak kat muka.

Ahh! Lantak kaulah nak tengok aku macam mana. Aku tak sempat balas whatsapp kau pun sebab aku baru nak masak dishes yang paling special untuk member aku.

Aku pecut turun ke bawah dengan selipar jepun berjenama Fipper. Aku turun dan ya, aku terus nampak dia tengah bersandar kat boot kereta. Cara dia berpakainan memang lain dengan aku.

Syah's outfit = black tee + balck jeans + black shades + black roshe .

Damn! He' super hot dude!

"Baru sekarang nak turun?" Dia menyoal tanpa memandang aku.

"...."

Dia menghampiri aku perlahan-lahan. Badan aku di pandang dari atas hingga bawah dan terus buat aku rasa tak selesa. Sebuah senyuman manis terpamir pada wajah milik Si Dia.

"Pretty as well."

Aku menjelingnya tanda menyampah.

"Ok fine if you don't wanna talk, I'll talk. Kau apa tak puas hati dengan aku?"

Idol aku, kau orangnya.. (Short Novel)Where stories live. Discover now