Bab 6 - Pujuk

38 3 0
                                    

Sudah berhari hari Ain merajuk dengan Syukri. Dan Syukri pon taktau ape punca Ain merajuk. Merajuk ke cemburu?  Haihh buntunya.

Dan harini dia buat keputusan untuk memujuk Ain dan menerangkan perkara sebenar kepada Ain Agak tidak ada perselisihan faham antara mereka berdua. Tapi macam mane dia nak pujuk ek?

Terus Syukri pergi kerumah Ain tanpa berfikir panjang kerana dalam fikiran nya hanya hendak memujuk Ain itu sahaja.  Dia dah rindu sebenarnya. Hehehe

Sesampainya dirumah Ain. Dia terus memberi salam kepada pemandu peribadi family Ain.

"Assalamualaikum pakcik. Boleh saya tanya sedikit?" kata Syukri dengan sopan sampai menyalam tangan pakcik itu.

"Wa'alaikumussalam ye nak. Nak tanya ape? " kata pakcik itu

"Begini pakcik.  Boleh saya berjumpa dengan Ain. Dia ada dirumah tak?"

Belum sempat pakcik tu nak jawab. Dato muhammad dah memanggilnya.

"Mat boleh tolong hantarkan saya ke pejabat tak sebab saya tertinggal fail penting".

"Baik tuan boleh. Tapi tuan nie ada seorang pemuda datang hendak berjumpa dengan Ain" beritahu pakcik yang bernama mat itu kepada Dato muhammad.

"Siapa mat?  Suruh dia masuk berjumpa saya" selepas berkata. Dato muhammad terus masuk ke dalam rumah.

Gerun juga Syukri hendak berjumpa dengan ayah Ain tu. Macam serius orang nya. Tapi suara dia macam pernah dengar lah pulak.

Selepas dijemput oleh pakcik itu masuk. Syukri terus masuk dengan memberi salam. Apabila salamnya dijawab oleh salah seorang pembantu rumah didalam rumah itu. Syukri terus dibawa berjumpa dengan ayah Ain (dato muhammad)

Apabila berdiri dihadapan dato muhammad. Alangkah terkejutnya Syukri apabila melihat muka dato muhammad. Patutlah macam pernah dengar suara. Rupanya kawan ayahnya dan juga rakan kongsi di Syarikat nya. Kecilnya dunia. Tanpa menunggu lama.  Dia terus bersalam dan berpeluk dengan Dato muhammad. Dan dato muhammad mempersilakan Syukri duduk.

"Syukri dari mane nie? Kenapa nak jumpa Ain? Syukri dengan Ain nie kenal ke? Bertalu talu soalan yang di acukan kepada Syukri.

"Saya dari rumah. Sebenarnya rumah saya sebelah rumah Dato sahaja. Hehe kita berjiran. Ye saya kenal Ain.  Dan kami sedang berkawan sekarang. Saya nak jumpaa Ain kerana ingin menjelaskan sesuatu kepadanya. Boleh saya berjumpa dengan dia?

"Apa yang kamu hendak jelaskan tu Syukri? "

"Hehehe adalah Dato.  Hal orang muda" kata Syukri selamba. Maklum lah dia sudah biasa begini dengan Dato muhammad.

"Ceh kamu nie. Saya pon muda lagi tau.  Sekejap saya panggilkan Ain. Datin takde dia keluar nie. Kejap ye" sambil ketawa terbahak-bahak. (Muda lah sangat)

Ain yang sedang berbaring di atas katil sambil membaca novel terganggu akibat ketukan pintu dari luar. Siapa pula yang mengacau nie.  Baru nak feeling feeling baca novel nie.  Haihh.

Semakin kuat pula pintu diketuk. Terus Ain berkata.

"Ye masukklah.  Pintu tak kunci pon."

Selepas berkata. Terus pintu dibuka dannnn mukaa papa dengan senyuman yang sukar ditafsir.

"Ye papa. Kenapa? " kata Ain sambil memandang ke arah papanya

"Ada kawan Ain nak jumpa Ain dekat bawah. Ada hal penting dia nak bagitahu. Turun cepat.  Jangan buat orang tertunggu." kata dato muhammad lalu terus turun kebawah.

Siapa lah manusia yang nak jumpa aku nie.  Haihh.

Kerana malas mahu berfikir panjang. Ain terus berlalu kebawah untuk berjumpa dengan kawan yang dimaksudkan papa.

Terkejut Ain dibuatnya apabila melihat kawan yang dimaksudkan papa.  SYUKRI?  apa dia buat kat rumah aku nie.  Aduhhh.

"Kenapa berdiri disitu Ain. Meh sini jumpa dengan kawan Ain nie." kata dato muhammad selepas menyedari kehadiran Ain. Syukri terus memperbetulkan duduknya.  Kasi nampak macho kit. (Cehh menyampah). Ain terus pergi ke arah sado yang bertentangan dengan tempat duduk Syukri.

"So ape perkara penting yang awak nak bagitahu dekat saya?" Kata Ain dengan dingin. Tidak mahu diaa berlama dihadapan lelaki ini. Menyakitkan hati.

"Dato, izinkan saya bawa Ain keluar ke taman sebenar? Untuk mencari privasi." kata Syukri kepada Dato muhammad. Setelah melihat anggukan Dato muhammad. Ain dgn rasa bengangnya terus keluar terlebih dahulu. 

Arghhhh papa nie saje je bagi aku naik angin.  Yg dia izinkan kenapa. Haihhhhh. Kata Ain didalam hati sampai menghentak hentakkan kakii seperti anak kecil yang tidak dapatkan gula gula.

"Ha yang dok hentak kaki tu kenapa Cik Ain oii. Ape yang tak puas hati lagi tu" tanya Syukri yang melihat akan perangai Ain itu.  Macam budak budak.  Comell.

Ain yang malas mahu melayan terus berjalan laju meninggalkan Syukri dibelakang.

**********
Mereka duduk diatas bangku yang jauh dari orang ramai.  Agar mempunyai lebih privasi. Syukri teruss menarik nafas dalam dalam sebelum memulakan cerita.

"Ain. Saya ajak awak kesini sebab saya nak jelaskan semua salah faham antara kita. Saya taknak awak terus begini. Saya nak kita macam dulu." kata Syukri sambil mencari anak mata hazel Ain. Melihat Ain yang hanya diam sahaja. Syukri terus meneruskan perbicaraan nya. 

"Ape yang awak nampak tempoh hari pasal saya dengan seorang perempuan tu. Semuanya salah faham. She is my ex girlfriend. Dia yang tinggal saya masa kami study sama sama dekat Australia dulu. Saya dengan dia dah takde ape ape hubungan lagi. Dan haritu dia datang jumpa sayaa nak minta maaf dan getback.  Tapi saya tolak.  Tak mungkin saya nak disakiti buat kali kedua.  Sudah serik. Saya harap awak tak fikir apa apa pasal saya lagi.  Saya minta maaf kalau buat awak rasa sakit hati dengan saya. Semua nie salah faham sahaja. Saya harap awak boleh maafkan saya." panjang lebar Syukri menerangkan perkara sebenar kepada Ain agar Ain dapat membuang salah faham yang ada didalam hatinya itu.

Ain hanya diam sahaja. Dia masih cuba untuk memahami kata kata Syukri tadi. Setelah faham kesemuanya.  Barulah Ain bersuara.

"Ye takpelah awak.  Saya faham. Saya maafkan awak. Saya pon nak minta maaf sebab menghukum tanpa mendengar penjelasan dari mulut awak dahulu. Maafkan saya ye". Kata Ain sambil mengelip gelipkan mata dia biar nampak comel.  Hehe gedik.

"Jangan buat macamtu Ain. Comel sangat tahu tak.  Rasa nakk cium jee. Hahahahahaha ye saya maafkan awak.  Kita kosong kosong ye sayang". Kata Syukri sambil tersenyum. Ain pula yang merah muka apabila diperkatakan begitu.

"Ain saya ada satu lagi perkara yang hendak diberitahu kepada awak". Kata Syukri dengan serius.

#vote and comment

Gadis Taman MilikkuWhere stories live. Discover now