Bab 10 - Salah Faham

34 3 3
                                    

Setibanya di shopping mall. Seperti yang dijanjikan oleh abang raf hendak belanja Ain. Ain tanpa membuang masa. Terus heret abang raf ke sebuah kedai handbag yang terkenal iaitu BONIA. Masuk je dalam kedai tu. Ain seperti dirasuk. Semua benda dia nak. Well girl kann. Mane bole tengok handbag lawa lawa nie. Memang semuanya nak.

Abang raf yang segak berjaket kulit itu hanya mampu berdiri dan melayan karenah adik perempuan nya itu.  Tapi dia rasa tersangat tidak selesa dengan pekerja wanita dikedai nie.  Dok usha usha atas bawah pula. Macam nak terkeluar biji mata tu. Aku korek juga mata kau tu kang biar terkeluar terus. Baru takpayah tengok lelaki handsome macamtu. Aku masih teruna okey. Hahahahahah

Abang raf terus memeluk pinggang Ain untuk berlakon jadi pasangan suami isteri. Sempat dia berbisik kepada Ain agar menjayakan lagi lakonannya nie. "Kita berlakon jadi pasangan suami isteri. Abang tak selesa lah pekerja perempuan tu dok pandang abang atas bawah. Habis teruna abang" kata abang raf sambil tertawa kecil.

Ain yang mendengar nya terus ketawa manja. Ye dia pon perasan mata wanita tu. Nak je dia korek mataa perempuan tu. Haih tahulah abang aku handsome. Tapi tak mungkin lah aku nak terima kau jadi kakak ipar aku. Dengan tak cukup kainnya. Err please lah. Memang kena tendang dengan mama jelah. Hahahahahaha

"Abang, sayang nak handbag tu boleh tak? Tapi sayang tak sampai nak ambik. Ambik kan boleh tak?" kata Ain sambil memeluk lengan sasa abang raf.  Saje je dia buat buat gedik. Nak jealouskan perempuan tu.

"Comell lah isteri abang nie.  Tu lah abang suruh minum susu lebih lebih taknak. Kan dah pendek. Meh abang ambik kan" kata abang raf sambil mencuit hidung Ain lalu mengambil handbag yang Ain nak.

"Pendek pendek pon abang sayangg jugaaa kann kann " kata Ain sambil tangan sibuk membelek handbag yang diminatinya itu. Okeylah nak nie. Lawaanyaa dah lama aku idamkan. Dan harini dapat jugaa. Yeayyy

"Mestilah sayangg. Hehehehe.  So dah jumpa mane nak? Nak yang nie ke ?" tanya abang raf sambil juga membelek handbag ditangan adiknya.

"Haah nie je. Ke nak belanja lagi? " tanya Ain. Saje je uji ape jawapan abang nya nie.

"Boleh je sayang.  Sayang nak satu kedai ponn bolehh. Tapi sayang bayar sendiri. Hahahahahahah" kata abang raf sambil ketawa terbahak-bahak.

Ain terus memuncung dan meletakkan handbag tadi diatas kaunter pembayaran dan mengeluarkan beberapa keping rm50 dari dompetnya. Tetapi belum sempat dia nak bayar. Abang raf terlebih dahulu menghulurkan card reader kepada juru jual itu. Ain terus mengambil beg plastik itu dan keluar dari kedai meninggalkan abang raf dibelakang. Menyampah betul ada abang macam nie.  Geramnyaaaaa

Abang raf berlari mendapatkan adiknya yang jauh dihadap itu.  Ishh gurauu sikit pon takboleh. Sikit sikit nak sentap.  Period ke ape adik aku nie.  Haihh. 

"Ainn tunggu lah abang.  Haihh lajunya jalan. Penat abang kejar. Ainn berhentilah" kata abang raf apabila berada disisi Ain sambil memegang tangan adiknya agar Ain tidak boleh bergerak.

"Apa abang nak. Puas kenakan Ain?" kata Ain sambil memandang tempat lain.  Acah merajuk. Tapi dia tak merajuk pon. Saje je nak mengedik kena pujuk. HahahahaHahahaha
"Im so sorry kayy.  Abang gurau tadi. Tak sangka pula Ain sentap selalunya okey je bila abang bergurau macamtu. Ain period ea? " tanya abang raf dengan senyuman nakal.

Terus merah muka Ain apabila ditanyakan soalan begitu. Ape abang nie.  Malulah aku.  Eee geramnyaaa. 

"Mane adalah.  Ain saje je buat buat sentap.  Sbb nak abang pujuk.  Hehehee " kata Ain sambil menayangkan gigi putih nya dan membuat peace. Acah comell.

"Eeeee gerammnyaaa abang tengok Ainn nieeee.  Penat tahu tak abang kejar.  Nasib abang sayangg. Dahlah jom sambung. Nanti nak balik asrama dah. Kang takleh masuk pulaa kalau lambat " kata abang raf sambil memegang tangan adiknya. Takut hilang. Hahahaha

Sedang sibuk Ain membeli belah. Tiba tiba dia terlanggar sesorang dan akibat pelanggaran itu Ain jatuh terduduk di tengah tengah shopping mall itu.  Sungguh malu. Dia terus bangun dengan bantuan abang raf.

Apabila dia mengangkat muka ingin meminta maaf. Alangkah terkejutnya dia melihat wajah yang sangat dirinduinya ini sedang memeluk tubuh melihat dia dan abang raf silih berganti. Belum lagi dengan wajah yangg merah dan bengis. Sungguh menyeramkan.

"Eh awak buat ape kat sini? Kenapa tak bagitahu saya yang awak nak datang sini." kata Ain sambil tersenyum manis kepada Syukri.

"Macam mane kau nak tahu kalau dok sebuk layan lelaki lain. Kau tengok phone kau tu. Berpuluh mesej dan call dari aku. Tapi satu pon kau tak jawab. Aku ingatkan kau busy belajar. Rupanya busy layan jantan. Macam nie rupanya perangai kau. Berpeluk berpegang tangan semua. Baik kau takpayah pakai tudung kalau hati kau busukk sama macam GRO." kata Syukri sedikit menengking. Sakit hati nya apabila melihat Ain dok sibuk peluk dengan jantan lain di belakang nya. Perempuan semuanya sama. Pantang dapat yang handsome, poket tebal(kaya), sado terus layan siap sanggup bagi apa sahaja.

Tergamam Ain dibuatnya apabila mendengar kata kata amarah Syukri tadi. Ya Allah dia dah salah faham niee.

"Awak dah salah faham nie. Dia... " belum sempat Ain nak habiskan kata katanya. Terus dipotong oleh Syukri.

"Dia lelaki simpanan kau?? Itu ke yang kau nak bagitahu? Dahlah aku jijik tengok kauu. Daras perempuan murahan. Aku benci kau" kata Syukri lalu terus pergi dari situ. Lagi lama dia kat sini lagi teruk yang akn terjadi. Nak je dia tumbuk muka jantan sebelah Ain tu. Tapi dia tahu dia dimane. Dan dia juga tidak mahu membuat kecoh.

Ya allah.  Apa dah jadi nie. Aku tak buat salah pape ya Allah. Kenapa jadi macam nie. Teruk sungguh aku dimaki ya Allah.  Kata Ain didalam hati sambil menangis diatas bahu abang raf.

"Ain sabar ye.  Abang akan agar budak lelaki tu cukup cukup. Berani dia cakap adik abang macamtu. Tahu lah dia apa abang nak buat nanti.  Tapi dia siapa Ain?" kata abang raf sambil membawa Ain ke sebuah restoran yang Agak sunyi. Tentu sekali mahal.

"Dia sebenarnya kekasih Ain. Papa dan mama pon tahu. Tapi dia taktahu yang Ain ada abang. Abang kena tolong Ain betulkan semua nie abang. Ain sayang dia sangat sangat. Please abang" pinta Ain sambil memegang tangan abangnya agar abangnya dapat membantu dia selesaikan masalah.

"Ye sayang.  Jangan risau kayy.  Abang akan jumpa dia dan slowtalk elok elok. Dan bagitahu siapa abang yg sebenarnya. Ain jangan pening pening kayy. Abang nak Ain fokus dekat pelajaran Ain je. Final exam dah nak dekat kan? Buat yang terbaik je okey? Jangan fikir fikir hal nie.  Hal nir biar abang yang settle kan. Dah takmo lah nangis. Tak comel lah adik abang nie nangis. Comot." panjang lebar abang raf berkata untuk menenangkan hati adiknya itu.

"Yelah abang. Nama dia Syukri abang. Dia jiran sebelah rumah kita. Dia merupakan rakan kongsi papa. Dia CEO Nas holdings sdn bhd. Anak dato johan. Abang kenal kan?" Ain menerangkan panjang lebar tentang latar belakang Syukri. Dia tahu abangnya pasti kenal.

"Ouh anak Dato Johan rupanya. Kenal kenal.  Senang lah abang nak buat kerja.  Thanks for info sayang. Dah tutup pasal Syukri.  Ain nak sambung shopping lagi tak? " tanya abang raf untuk mengambil semula mood adiknya ini.

"Hm taknaklah.  Takde mood dah. Ain nak balik. Dah penat. Abang hantar Ain balik ye." kata Ain sambil berdiri dan membawa semua barang yang telah dibelinya tadi. Tapi 2beg je. Beg lain semuanya dekat abang dia. Hehehehe

"Alhamdulillah selamat duit abang. Tapi tak selamat sangat.  Sebab dah separuh habis belikan barang Ain." kata abang raf sambil berjalan beriringan dengan Ain menuju ke kereta.

"Nampak sangat tak ikhlas belanja Ain. Nanti Ain kerja Ain bayar lah balik duit abang tu." Kata Ain dalam nada merajuk.

"Hahahahahah takdelah sayang.  Abang gurau je.  Alololo janganlah merajuk . Senyum sikit" kata Abang raf sambil memandu kereta nya keluar dari parking lot. Dan terus menghantar Ain pulang

Gadis Taman MilikkuWhere stories live. Discover now