Bab 1 = Pertemuan

62 7 1
                                    

Kringgg kringggg

Jam kecil yang berada di atas meja kecil bersebelah katilku berbunyi menandakan sudah masuknya waktu subuh.

Aku yang tak biasa melambatkan waktu solat segera bangun dan mencapai tuala yang berada di rak sebelah tandas terus menuju ke tandas untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat subuh.

Selepas selesai menunaikan kewajipan sebagai umat islam. Ain terus bersiap siap untuk berjogging di taman yang berdekatan dengan rumah nya. Tidak hairan lah mengapa Ain mempunyai badan yang ramping kerana dia memang suka berjogging pada waktu pagi sebelum melakukan aktiviti hariannya.

Sebenarnya Ain nie merupakan student UTEM. Sekarang nie dia sedang cuti semester. Dia hanya menganggur di dalam rumah yang besar bak istana ini kerana papa nya tidak membenarkan dia bekerja dan hendak dia berehat secukupnya di rumah.  Jadi dia hanya mendengar sahaja kata kata papa nya. Agar tidak mahu membuat hati tua itu marah.

Sedang leka dia berjogging sambil mendengar lagu di ipodnya. Tiba tiba sesorang lelaki telah melanggar nya . Akibat daripada pelanggaran yang kuat itu.  Membuatkan tubuh ramping Ain jatuh menyembah bumi. Punggung dan pinggang nya terasa sangat sakit dan tak mampu untuk bangun sendiri.  Di dalam hati Ain telah menyumpah seranah manusia yang melanggarnya itu.

Apabila Ain mengangkat muka untuk memarahi manusia yang melanggar nya itu. Tiba tiba ada satu perasaan yang aneh menjalar ke seluruh badan nya. Cepat cepat dia membuang perasaan itu jauh jauh lalu berkata

"Hoi buta ke ape? Mata kau letak mata haa sampai aku yang besar nie pon kau tak nampak?" Sambil membuat muka marah dan cuba untuk bangun

"I am so sorry sis. Saya tak perasaan tadi. Masih sakit ke ? Kalau begitu jom saya bawak awak ke klinik bagi mengelakkan sebarang masalah yang serius."

Lalu membantu wanita yang baru dilanggarnya tadi untuk bangun.

Terkaku Ain apabila mendengar kata kata Mamat dihadapannya itu. Sangka nya Mamat itu akan memarahinya kerana memanggilnya buta.  Tetapi tidak sama sekali. Lagi yang membuatkan dia terkejut Mamat tu dengan selamba badak je mengangkat tubuhnya untuk bangun. Ain yang tersedar akan perbuatan Mamat tersebut terus menolak tangan Mamat itu dengan kasar.

"Apa nie main pegang pegang sesuka hati. Bukan muhrim lah. Tak takut dosa ke haa ? Dah banyak sangat ke pahala yang dikumpul?"

Kata Ain dengan kuat. Biar Mamat tu sedar akan perbuatan dia yang salah itu. Dia ingat aku nie senang senang je ke nak bagi orang pegang aku sesuka hati kecuali papa dengan abang Raf sahaja yang boleh pegangnya sesuka hati.

Dengan rasa sakit yang masih terasa. Ain terus berlalu meninggalkan Mamat yang gatal itu. Tidak mahu dia berlama dengan Mamat itu bukan apa cuma dia rasa jantungnya bagai nak pecah apabila bertentang mata dengan Mamat tu. Adakah dia sudah jatuh cinta? Dengan semuda itu sahaja? Oh tidak. Cepat cepat dia buang perasaan itu dan beristighfar di dalam hati.

Syukri yang tersedar akan keterlanjurannya itu. Terus beristighfar panjang dan mengejar gadis yang dia langgar itu untuk meminta maaf sekali lagi. Tetapi sayang. Gadis itu telah hilang dari penglihatannya. Cepat betul budak tu hilang dengan sakit sakit camtu. Kuat juga budak tu.

Setelah berkata dia terus pulang kerumah memandang matahari sudah mula menjadi panas. Syukri menunggang superbike nya dengan perlahan memandangkan rumahnya hanya dekat dengan taman itu.

Yeay bab 1 dah lepas. Ingatkan senang buat novel.  Rupanya bukan main susah nak perah otak cari ayat. Hahaha maaf kalau ada salah eja ke typo ke. Atau tak Best. 

Vote and comment

Gadis Taman MilikkuWhere stories live. Discover now