Selepas peristiwa berlanggar dengan gadis di taman tempoh hari. Syukri mula tidak senang duduk. Otak nya hanya teringatkan gadis yang dilanggar nya itu. Ada juga dia ke sana untuk mencari gadis itu. Tetapi usahanya hanya sia sia apabila gadis itu tiada di situ.
Hari berganti hari. Syukri mula berasa rindu akan gadis itu. Gadis itu sering menjelma di dalam mimpi nya dan memanggil Syukri dengan panggilan "abang". Adakah Syukri telah jatuh cinta akan gadis misteri itu? Ye dia telah jatuh cinta terhadap gadis itu dan sedang mencari gadis itu.
Pada petang yang sungguh nyaman itu. Syukri tergerak hati ingin berjogging di taman itu memandangkan dia tidak busy pada petang sabtu itu. Dia terus bersiap dengan memakai sweater hitam adidas, seluar track hitam berserta cap adidas. Setelah berpuas hati dengan dirinya. Syukri terus menghidupkan enjin superbike nya dan meluncur ke taman itu.
Lebih kurang begitu lah penampilan anas.
Sedang leka berjogging. Syukri ternampak seseorang gadis yang telah membuatkan dia angau sehingga tidak mampu tidur dengan lena. Dia terus mempercepatkan lariannya untuk mengejar gadis itu.
Ain yang sedang leka mendengar lagu fav nya di ipod tidak perasan akan kedatangan seseorang sebelahnya. Tiba tiba dia terasa seseorang telah menepuk bahunya terus dia berpaling ke kanan untuk melihat manusia yang menepuk bahunya. Alangkah terkejutnya dia apabila dia lihat Mamat yang pernah melanggarnya dan menyentuhnya sesuka hati itu kini di sebelahnya sambil tersenyum manis dan mampu membuatkan semua gadis gadis yang melihatnya cair seperti ais krim termasuklah dirinya. Tetapi dia cuba cover agak tidak kantoi.
Syukri yang perasan akan renungan Ain kepadanya tidak berkelip itu terus berkata
"Dah puas ke renung muka handsome saya nie? Dah dapat kesan ke berapa banyak jerawat yang ada dimuka saya?" (Padahal muka anas bersih takde sebijik jerawat pon)
Syukri yang mendengarnya terus melarikan pandangannya ke arah lain. Malu beb malu. Camne lah boleh kantoi nie. Aduh Ain kalau ye pon kau angau tengok senyuman dia. Janganlah sampai kantoi. Sekarang dah kantoi. Padan muka kau. Ain mengutuk dirinya yang tidak pandai cover itu. Merah menyala mukanya akibat terlalu malu.
Dia terus berlari dengan laju kerana ingin mengelakkan diri daripada Mamat tu kerana malu yang teramat. Tetapi dimana silapnya dia tersandung pada batu besar dan badannya jatuh menyembah bumi sekali lagi. Aduh malangnya nasib aku apabila dengan Mamat nie. Asik jatuh je. Kata Ain sambil mengurut kakinya yang sakit itu.
Syukri yang nampak itu ingin ketawa tetapi ditahan agar gadis itu tidak berasa lagi malu. Syukri terus berjalan ke arah gadis itu dan mencangkung dihadapan gadis itu. Sambil berkata
"Haa kan dah jatuh. Tu lah lari tak pandang bawah. Meh sini saya tengok. Macam teruk je kaki awak nie. Boleh saya tengok tak?"
Kata Syukri dengan lembut. Dia tidak mahu kejadian lalu berulang kembali. Melihat gadis itu hanya mengangguk. Dia segera mengurut kaki gadis itu dengan perlahan-lahan agar kurang rasa sakit. Dia memang pro bab ngurut mengurut nie
Ketika Syukri sedang mengurut. Dia berkata
Nama awak siapa? Haritu tak sempat kita nak berkenalan awak dah hilang. Btw Saya Muhammad Syukri Harraz bin Dato Johan. Just call me Syukri/Syuk. 25 tahun. CEO Nas Holding Sdn. Bhd. Masih bujang dan single. And you?
Sengaja Syukri menekankan perkataan bujang dan single itu. Lelaki biasalah dapat awek cun sikit. Dah jadi laki orang pon still kata bujang nak mengorat lah katakan. Hahahaha. Tapi Syukri nie memang bujang.
Saya Nur Ain Syafiqah Binti Dato Muhammad Call me Ain. 22 tahun. Student UTEM. Masih bujang dan single juga.
Kata Ain sambil menguntumkan senyuman yang manis bak gula kepada Syukri.
Syukri yang melihat senyuman Ain itu mula membalas dengan senyuman manis juga.
Ha kan manis senyum macam tu. Nie tak bila jumpa saya je nak masam. Nanti cepat tua saya taktahu. Haha
Kata Syukri sambil membelek kaki Ain yang diurutnya tadi.
Setelah memastikan kaki Ain tidak sebengkak tadi.Syukri terus membantu Ain untuk bangun. Ain yang merasakan kakinya tidak sakit lagi untuk berjalan. Terus mengucapkan terima kasih kepada Syukri dan berlalu pulang ke rumah. Dia pulang dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Tahulah pakwe handsome yang urut terus tak sakit ye kau. Mengada macam tuan dia juga. Kata Ain sendiri sambil tersenyum. Hahaha dia pon dah angau.
••••••••
Ketika sedang angau di atas katil. Tiba tiba iPhone 6s Ain berbunyi menandakan ada mesej masuk. Dia segera mencapai dan terus tersenyum sehingga ketelinga apabila mengetahui pengirim mesej itu adalah Syukri Tadi sebelum balik rumah. Syukri sempat meminta nombor telefon Ain. Ain pon ape lagi. Bagi jelah. Pakwe handsome yang minta. Gatal. HahahahFrom : Syukri Gula
Hi awak. Saya Syukri 😉Me
Hi. Ye awak. Terima kasih sebab sudi urut kaki saya nie. Dah kurang rasa sakitnya. Pandai awak urut. 😊From : Syukri Gula
Sama sama kasih sayang.
Eh tersasul pulak.
Sorry awak. Jangan marah ye sweetieMe
Eeeeee
Gatalnya diaFrom : Syukri Gula
Hehehe dengan awak je saya gatal sikit. Boleh tolong garu kan tak? HahahahahaMe
Eeee tak boleh. Haram bukan muhrimFrom : Syukri Gula
Tahulah. Saje je gurau. Okeylah awak. I have to go. Ada kerja kejap. Nanti kita chat lagi. Iloveyou.
Eh tersasul lagi. Heheh sorry awakAin makin tersenyum melihat gelagat Syukri yang pura pura tersasul sedangkan memang sengaja kata begitu. Dia terus meletakkan iPhone 6s nya dan terus turun ke bawah untuk melihat ape yang sedang dilakukan oleh mamanya yang tercinta itu. Mesti dekat kebun bunga kecil dia lah tu. Mama memang suka sangat dekat bunga bunga dan telah meminta papa untuk membuat satu kebun bunga kecil untuk dirinya melepaskan bosan ketika papa bekerja.
Lebih kurang cam gitu lah kebun mama
YOU ARE READING
Gadis Taman Milikku
RomanceMuhammad Syukri Harraz bin Dato Johan Nama yang sedap dan handsome seperti tuan punya badan. Mempunyai kulit yang putih, berdarah campuran cina, mempunyai badan yang sado, tinggi macam galah, yang penting dia kaya. Hehehe. Nur Ain Syafiqah Binti Da...