Bab 2

1.3K 25 5
                                    


Zit.. zit..zeeeet..

Yeah! Lampu dah kembali! Takdelah seram sangat lepasni. Tanganku masih lagi digenggam erat. Kenapa ekk? Lampu dah menyala. Kenapa masih nak pegang aku? Aku melihat lelaki itu. La... tertidur rupanya. Baguslah! Inilah peluang untuk aku larikan diri.

Dengan perlahan serta berhati hati, aku membuka genggaman tangannya lalu mengalihkannya dari tangan aku. Yosh! Time to go! Aku bangun dan berjalan secara perlahan agar tiada bunyi yang berlaku. Namun...

"Woi! Kau jangan ingat aku tidur sekejap je, kau dah boleh lari?"

Erkk.. lelaki tu dah bangun rupanya. Apalagi? Lari lah! Aku terus berlari ke arah pintu rumah. Setelah cuba membuka pintu berkali kali aku sedar yang pintu itu berkunci. Lelaki tu datang dekat kepadaku.Aku melihat sekeliling dan ternampak  tangga tersergam indah di tepi. Aku naik terus ke atas walaupun aku tidak tahu aku sepatutnya ke mana.

"Woi! Kau nak pergi mana tu?"

Aku tidak menghiraukan soalannya lalu terus membuka pintu bilik pertama yang aku jumpa. Akan tetapi, pintu itu berkunci. Aku beralih ke bilik kedua. Dalam sekali cuba, pintu itu terbuka pun. Aku terus masuk dalam bilik itu lalu mengunci pintu itu dari dalam. Argggh! Apa aku nak buat sekarang ni?!

"Kau dah takde kerja ke apa? Sekarang kau nak curi barang dalam bilik aku pulak?"

What? Ni bilik dia ke? Aish, kenapa aku bad luck sangat hari ni. Cari masalah tak sudah. Hmm, daripada aku duduk tercengang depan pintu ni, baik aku cari suis lampu. Aku mencari dan terus mencari. Namun tak dapat dijumpai kerana keadaan bilik yang serba gelap. Akhirnya, aku terbaring di atas katil kerana terlalu penat. Mataku pun terlelap.

...

Aku membuka mataku. What?! Terkejut gila aku bila terlihat muka lelaki tu dekat dengan muka aku. Nasib baik matanya terpejam takdelah terkejut sampai sakit jantung. Aku bangun dan duduk di katil tu. Aku buat apa ek kat sini? Eh... kenapa aku rasa ada something tak kena ni?

"Ka... kau buat apa kat sini?"

Aku menyoalnya. Tapi aku tidak expect dia untuk balas kerana dia mungkin tengah tidur.

"Diamlah... tak nampak ke aku tengah tidur?"

Oh, jadi... dia tak tidurlah tu.

"Jap! Macam mana kau masuk bilik ni? Bukan aku dah kunci pintu ke?"

"Bilik aku kan? Aku taulah macam mana nak buka kunci pintu bilik sendiri."

"Oh."

Aku bergerak ingin turun daripada katil tetapi dihalang oleh lelaki tu. Dia menahanku dengan menarik tangan aku dengan kuat. Aku pun terbaring semula di atas katil. Uish, kasar betul lelaki ni.

"Don't go anywhere. Just stay here."

Whatever. Aku bukannya boleh pergi mana pun kalau dia dah pegang aku macam tu. Abang... cepatlah balik! Selamatkanlah adikmu yang comel ni! Abang dah tak sayang adik lagi ke?

Tiba... tiba...

Dumm!!

"I'm back! Amir ku sayang... awak kat mana?"

Eh, itu suara abang! Aku cepat cepat bangun dan lari keluar lalu turun dan terus memeluk abang dengan erat. Abang membalas pelukanku.

Milikku SeorangWhere stories live. Discover now