Nee.. No.. Nee.. No..Amir dikejarkan ke hospital. Setelah dirawat aku duduk diam di hujung bilik wad menanti kepulangan Amir.
Ramai orang yang datang melawat Amir semasa dia tidak sedarkan diri. Yang pertama, Hamsor dan isterinya, Bijan. Mereka mengaku diri mereka sebagai keluarga Amir.
Dunia asal
"Wait! Hamsor dan Bijan? Diorang bukan ke..."
"Yup. Perdana menteri Dark Country. Negara kita."
"Maksud abang... Amir anak perdana menteri ke?"
"Ya. Ok abang sambung eh."
Throwback... Azim POV
"Abang. Kenapa kita ada anak tak guna macam dia ni?"
"Entahla sayang. Tak habis habis menyusahkan orang."
"Abang, sayang malulah ada anak macam dia ni."
"Okay. Mulai harini, Amir. Kau bukan lagi ahli keluarga Hamsor. Jangan kau berani cari kami lagi."
Hamsor mendekati aku dan memberitahuku..
"Pastikan kau bagitau Amir hal ini setelah dia sedar."
Dengan mudahnya, di depan mataku... Amir dibuang oleh ibu bapanya sendiri. Tetapi ibu bapa Amir tidaklah kejam sangat. Mereka membayar semua kerosakan yang Amir dah lakukan sebagai ahli Dark Mafia.
2 hari kemudian, Amir sedarkan diri. Aku dengan gembiranya menyambut kepulangan dia. Tetapi...
"Amir kau dah sedar?"
"Kau cakap kat aku ke? Kau siapa? Aku kat mana?"
"Aku Azim lah. Kau jangan main main. Haha."
"Azim? Haha. Sorry. Aku lupa. Apa hubungan kau dengan aku?"
"A-aku..."
Fahamlah aku yang Amir hilang ingatannya. Aku jalan mengundur dan membuka pintu untuk keluar dari tempat ni.
"Hei, kau nak ke mana tu? Kau tak jawab lagi soalan aku."
Aku terus berjalan keluar mengabaikan Amir yang tertanya tanya. Aku memasuki kereta aku dan menyandarkan kepalaku di stereng kereta. Tanpa ku sedar, air mataku mengalir di pipi.
Aku menangis? Tapi kenapa? Mungkin aku menangis bahagia sebab aku tak perlu lagi menjadi partner Amir dan hidup aku boleh jadi normal semula. Tapi aku rasa ada sesuatu yang tak kena.
Aku memandu kereta aku dan melepak di taman. Menikmati suasana. Yeah. Taman tempat paling tenang bagi orang yang sentiasa bermasalah macam aku. Aku membuka dompet aku. Gambar Atikah memang sangat comel membuatkan hatiku terus tenang. Aku pun bangkit. Tiba tiba ada seorang pasangan suami isteri menegur aku.
"Eh, Azim kan? Bro, lama tak jumpa."
"Irfan? Haha lama gak. Kali terakhir kita jumpa masa hari last sekolah kan? Ni siapa? Isteri kau ke?"
"Haah. Wina namanya."
Wina melambai aku tanda salam perkenalan. Aku membalasnya. Diorang umur baru berapa? Awalnya kahwin.
"Hehe, korang berdua buat apa kat sini? Ada masalah ke? Biasanya orang yang datang sini orang yang bermasalah je."
"Hmm.. memang ada pun. Kitorang dah lama mengidamkan anak untuk menceriakan rumah tangga kitorang. Tapi, Wina baru je keguguran anak."
YOU ARE READING
Milikku Seorang
RomanceAtikah ke rumah abangnya setelah mendapat tahu abangnya gay. Tiba sahaja di rumah abangnya Atikah terjumpa dengan lelaki yang mengaku dirinya kawan abang Atikah. Adakah dia kawan atau lebih?