Amir POVAzim tumbuk muka aku? Tapi kenapa? Soalan itu berterusan bermain di kepalaku. Aku ingin balas semula tumbukan Azim tetapi setelah melihat Azim tersenyum, aku membatalkan niat aku. Dia tumbuk aku sebab dia bahagia sangat ke dengar cerita aku?
"Hoi! Amir! Kau dengar apa aku nak bagitau betul betul."
Aku menolak Azim apabila dia berterusan mendekati aku.
"Atikah milik aku seorang! Kau takde hak nak ambil dia daripada aku!"
"Sejak bila dia jadi milik kau? Apa hak kau untuk kata dia milik kau?"
"Aku kenal Atikah sebelum dia lahir lagi. Aku yang jaga dan besarkan dia dari kecil. Jadi, secara semulajadi, dia memang milik aku dari awal! Kau jangan berani nak sentuh dia lepas ni!"
"Bercakap pasal hak. Kau yakin ke, Atikah milik siapa tu kau yang tentukan? Kau tak pernah terfikir ke hak Atikah atas dirinya? Apa jenis abang kau ni?"
Azim tumbuk aku buat kali kedua tetapi aku sempat menahannya menggunakan tangan aku.
"Kau tau tak kenapa aku tak balas tumbukan kau? Sebab aku sayang kau. Tapi memandangkan semua kasih sayang kau pergi ke adik kau, maybe aku perlu ubah fikiran."
Aku pun melintasi Azim dan masuk dalam rumah.
Azim POV
Aku terdiam sambil melihat Amir masuk rumah. Apa aku dah buat ni? Tak habis habis cari masalah. Aku masuk ke dalam kereta. Makan angin adalah salah satu cara untuk menenangkan diri. Oleh itu, aku terfikir untuk menikmati pandangan di taman.
Sebaik sahaja aku hidupkan enjin kereta, tingkap kereta diketuk dari luar. Aku menurunkan tingkap.
"Abang nak pergi mana tu? Abang nak tinggalkan adik berdua dengan Amir je ke kat rumah?"
Erk. Kenapa aku tak terfikir pasal adik aku tadi? Apa nak jadi dengan aku? Asyik terlupa hal penting je.
"Hihi, takdelah. Abang nak ajak adiklah ni. Masuklah.
Atikah pun duduk di sebelah seat driver.
"Abang nak pergi mana?"
"Abang nak adik jauhkan diri dari Amir."
"Hah? Apa abang cakap ni?"
"Abang nak adik jangan dekat dengan Amir lagi."
"Hah? Tapi kenapa? Bukan ke, tujuan abang biarkan Amir tinggal dengan abang walaupun abang dah tau adik akan tinggal kat situ adalah untuk adik rapat dengan Amir? Ke, abang memang cintakan Amir betul betul. Abang jealous eh, adik rapat dengan dia?"
"Apa benda adik merepek ni? Mana adik dapat tujuan entah pape tu? Jangan buat spekulasi sendiri lah!"
Ergh. Apa aku nak bagitau adik aku supaya dia dengar cakap aku? Perlu ke aku cerita hal sebenar? Hmm, nampaknya aku memang takde pilihan lain.
Aku pun tukar arah haluan kereta.
"Abang, kita nak pergi mana? Abang tak bagitau apa apa pun dari tadi."
"Tunggu jelah. Nanti dah sampai, adik taulah."
...
Atikah POV
Abang berhentikan kereta dan keluar, begitu jugalah dengan aku. Kita kat mana ni? Aku membaca papan tanda di situ. Dark Library? Abang bawa aku ke library? Buat apa? Nak suruh aku baca buku ke? Argghh! I hate books!
YOU ARE READING
Milikku Seorang
RomansaAtikah ke rumah abangnya setelah mendapat tahu abangnya gay. Tiba sahaja di rumah abangnya Atikah terjumpa dengan lelaki yang mengaku dirinya kawan abang Atikah. Adakah dia kawan atau lebih?