Tit tit tit!
Telefon pintar milik Minha berbunyi. Messege dibuka. Terpapar satu nombor yang tidak dikenali.
123456789+
siap cepat, 10:30 aku datang ambil kau. harini first date kita.
Melihat perkataan first date, membuatkan Minha tahu siapa empunya badan yang berbalas messege dengannya.
Towel di belakang pintu diambil dan, bunyi air kedengaran.
—
Jimin tersenyum melihat wajah bengis Jin. Mungkin tidak puas hati, kekasih hatinya kini menjadi kekasih hati Jimin.
Jin mengepalkan penumbuknya. Marah dengan tindakan Jimin.
Namun, perasaan marahnya mula reda apabila segala kenangannya bersama Jimin dipaparkan semula di fikirannya.
Persahabatan atau percintaan?
Jin mengeluh. Tubuh Jimin ditarik masuk dalam dakapan.
'Fine, Park Jimin. Buatlah apa yang kau nak buat. Aku lebih sayang persahabatan kita daripada gadis tu.'
Jimin mengangkat kening.
Kenapa...
Hati dia seolah olah terusik dengan kata kata Jin?
Dia mula rasa sesuatu yang aneh..
Sesuatu yang dia tidak dapat daripada dulu lagi..
KASIH SAYANG..
Kunci kereta di atas meja diambil, dan kemudian, rumah Minha ditujui.
—
Minha menunggu Jimin di hadapan rumah anak yatim itu. Rumah tempat dia membesar selama dia hidup.
Pin pin!
Hon milik kereta seseorang mematikan lamunan gadis itu. Pintu kereta dibuka dan Minha mula masuk ke dalam kereta.
Suasana di dalam kereta yang sunyi tanpa suara membuatkan Minha awkward. Jimin fokus dengan pemanduannya.
Jejari Minha mula menekan nekan punat radio di dalam kereta itu.
Kemudian, tangannya ditepis oleh Jimin.
'Siapa beri kau keizinan untuk usik barang barang dalam kereta aku?'
Minha menjeling. Jimin kekal dengan muka dinginnya.
'Fine, sorry.'
Minha melentokkan kepalanya sedikit, memandang keindahan alam melalui cermin kereta.
Pelbagai keadaan dilihatnya di luar. Sehinggalah anak matanya terhenti pada sebuah keluarga. Seorang ayah, seorang mak, dan seorang anak.
Mereka bergelak ketawa.
Membuatkan Minha kembali menerjah ke alam lain. Alam ketika dia kanak kanak.
Dia ada ibu bapa, namun kedua ibu bapanya meninggalkan dia di rumah anak yatim piatu.
Tetapi, apabila orang luar bertanya mengenai keluarga gadis itu..
Maka dia akan menipu dan mengatakan bahawa kedua ibu bapanya sudah tiada. Walhal, dia sendiri tidak tahu di mana atau masih hidupkah keluarganya.
Merah hidung gadis ini menahan sebak.
Salji mula muncul satu persatu. Dan kemudian, memenuhi negara itu.
Minha mula merasakan suhu badannya semakin menurun. Dia amat sejuk. Kebetulan, dia hanya mengenakan Tshirt lengan panjang yang nipis dan seluar slack putih.
Kereta Jimin berhenti di sebuah restoran yang mewah.
'Kkaja, kita makan dulu. Aku lapar.'
Minha mengangguk. Pintu kereta dibuka. Belum sempat dia keluar daripada kereta itu, Jimin telah menutup semula pintu kereta.
'Pabo, pakai sweater ni.'
Jimin memberikan sweater kepada gadis itu. Lalu terus masuk ke dalam restoran, meninggalkan Minha keseorangan.
Minha tersenyum nipis.
'Saya tahu, awak tak seburuk yang saya sangka Jimin.'
—
Heo guys!
please,
baca ff kawan saya ni 😂
Jangan lupa follow sekali.
Dia baru je buat acc tu semalam.
Amaghila support dia.
Ya?
THANKYOU 💞💕
Btw,
HAPPY 1K READERS GUYS!
Kejayaan yang tidak disangka.
fuwah gomawo!!
YOU ARE READING
[H]Psycho +p.jm
Misteri / ThrillerKenapa aku perlu buat kerja jijik ni? Kenapa aku kena jadi psycho? Kenapa berat sangat aku nak bunuh dia? Macam tak pernah buat je. Tembak, kelar leher, siat kulit, cungkil biji mata... kenapa aku tak boleh buat macam biasa? Oh lupa, aku kan cin...