T I G A P U L U H S E M B I L A N ❁

958 58 12
                                    


TING TONG TENG

Bunyi loceng bergema diseluruh dewan menandakan majlis akan bermula sebentar lagi. Mereka berpusu pusu lari ke meja masing masing.

" Kau cari siapa Jimin ? Terjenguk jenguk dari tadi noona tengok ? " Soal Ailee sambil mengerutkan dahi. Jimin mengeleng geleng dia mengambil tempat di sebelah Ailee dan Namjoon. Hatinya gelisah, kemana pula pergi Hae In.

" Haha, saya sangat berbesar hati dapat menjalinkan syarikat dengan syarikat Tuan Jebon dan dapat jalinkan hubungan sebagai mertua right. " Soal Tuan Ragi lagi. Tuan Jebon gelak sakan.

" Tiadalah, lagipun saya tengok Arissa tu sangat sesuai dengan Jungkook. Mereka sangat sepadan untuk dijodohkan . Lain lah macam Yoongi " Kata kata Tuan Jebon membuat Tuan Min mengetap bibir , mengumpat depan - depan, baguslah tu. Bapak borek anak rintik. Tuan Min tersenyum sinis memandang Tuan Ragi yang turut tersenyum memandang Tuan Min.

Jeon Jebon, kau buta. Disebabkan harta, kau sanggup buat apa saja walaupun melibatkan hati dan perasaan. Hati kau dah gelap, gelap dengan harta.

" Yo " Yoongi duduk bersebelahan dengan Taehyung. Matanya meliar mencari kelibat wonwoo, dia tersenyum sinis. Mesti lelaki itu sedang berusaha untuk memujuk Jungkook supaya setuju dengan perkahwinan ini.

" Hrm "

" Kenapa ? Macam tak happy je, kau sepatutnya happy tau Tae sebab adik kau dah nak beristeri, dan dia pun tak akan gangu bakal isteri aku nanti. " Yoongi dengan angkuh menyilangkan kedua tanganya. Taehyung tersenyum sinis.

K R I N G

jeon wonwoo

- aku dah bersedia , hyung.

jeon taehyung

- persembahan sebenar akan bermula tak lama lagi hyung.

Taehyung memasukkan kembali ipnya ke dalam kocek dengan senyuman. Jangan risau, semua ini bakal berakhir.

" Kau tak risau adik kesayangan kau tu? Pergilah tolong si wonwoo tu tenangkan Jeon Jungkook, susah kalau budak tu bunuh diri sebab tak sanggup nak teruskan perkahwinan ni. " Ujar Yoongi sinis namun Taehyung langsung tidak menoleh ke arah Yoongi.

K R I N G

" K-kau kenapa call aku " Soal Yoongi perlahan tetapi tetap dengan nada marah. Lelaki itu seakan sesak nafas untuk bercakap.

" Channie ! Kau kenapa ni k----"

" Tuan, a-aku minta maaf. Aku dah kene tangkap dengan polis dan sekarang aku dah ada dekat penjar---"

" bodoh !! Kau akan menyesal channie !! Seluruh keturunan kau akan aku bunuh ! Ingat ! " Yoongi menjerit kecil sambil mengatur nafas. Sial, polis dah dapat tangkap baekkie dan sekarang polis dah dapat tangkap channie. Bodoh.

" Wae ? Susah hati ? " Soal Taehyung sinis. Yoongi mengetap bibir, pasti ini rancangan Taehyung. Bodoh punya lelaki.

" Ini semua rancangan kau kan ?" Soal Yoongi dengan kerutan di dahi. Taehyung memandang Yoongi sekilas sebelum menyandar di kerusi.

" Ini baru permulaan "

Yoongi mengetap bibir, apa semua ni? Dia cuba mengatur nafas panjang. Tak lama Taehyung, sekejap lagi Jeon Jungkook akan jatuh dalam tangan aku.

© ▣ H & R [ PHYSCOPATH ! ] » 전정국 «Where stories live. Discover now