E M P A T P U L U H S E M B I L A N ❁

688 41 2
                                    


“ Hospital Seoul ”

Hae In membuka mata perlahan - lahan . Kepalanya terasa sangat pening dan sakit . Dia mengerakkan jarinya perlahan tetapi susah kerana seseorang sedang mengengam erat tanganya . Dia mengerutkan dahi lalu menyandar di kepala katil .

“ Si.. siapa lelaki ni ... ” Hae melirih memandang Jimin yang sedang tidur berlapikkan katil hospital sambil tanganya mengengam erat tangan Hae . Hae memicit kepala yang terasa sengal dan pening .

Dia dapat rasakan .

Jimin seorang yang baik .

Dan mungkin mereka mempunyai hubungan yang lebih dari sekadar kawan , Hae tersenyum memandang Jimin lalu membelai pipi chubby Jimin.  Seolah - olah dia mempunyai kisah silam yang bagus bersama lelaki itu .

“ Hrm ... ” Jimin mengosok - gosok matanya , terasa pipinya dibelai - belai dia segera bangun dari tidur , mahu ditepis tetapi dia membiarkan Hae terus membelai pipi dia . Jimin tersenyum lalu mencium dahi Hae .

“ Dah bagun , my sweetheart ? ” Soal Jimin lagi . Hae tersentak , dia memegang dahinya yang dicium selamba oleh Jimin lalu memandang Jimin tanpa berkerdip .

“ A.. awak siapa ? ... ” Soal Hae lagi . Jimin duduk menghadap Hae lalu mengengam erat kedua - dua tangan Hae . Hae hanya diam memandang Jimin . Entah kenapa dia berasa sangat selesa bersama - sama Jimin .

“ Chagi , chagi tak lupakan oppa kan ? Kita dah lama kahwin chagi , oppa ni suami chagi . Chagi kemalangan semalam lepastu bila doktor bagitahu oppa yang chagi alami ... alami amnesia .. chagi tak ingat oppa langsung .. ” Jimin menerkup mulut seakan - akan mahu menangis . Hae semakin resah lalu mengusap belakang badan Jimin .

“ Ma.. maafkan saya .. saya langsung tak ingat pasal awak... ta.. tapi betul ke awak ni suami saya ? ” Soal Hae lagi , Jimin memandang Hae lalu mencium perut Hae yang masih berlapikkan baju hospital itu berkali - kali . Hae terkejut .

“ Apa lagi yang oppa nak buktikan , anak dalam perut chagi . Anak pertama kita sayang .. terpulang chagi nak percaya ke tidak .. oppa tak boleh nak paksa chagi , oppa taknak chagi dapat kesan sampingan kalau oppa selalu gesa chagi untuk ingat siapa oppa .. biarlah takdir menentukan ” Jimin mengalirkan air mata lalu mengusap perut Hae yang sudah membesar itu .

Hae berasa sayu dan serba salah memandang Jimin yang tak habis - habis menangis . Hae mengusap air mata Jimin lalu tersenyum manis .

“ maafkan saya.. mungkin saya lupa siapa awak.. dan mungkin benar awak suami saya .. saya minta maaf arraseo , saya janji saya akan sedaya upaya ingat kenangan silam kita .. ” Hae mengengam erat tangan Jimin lalu dibawa di dada dengan senyuman , Jantung Jimin berdegup dengan kencang . Pertama kali dia menyentuh bahagian badan perempuan itu selain di bibir .

Senang untuk buat Hae lupakan Jungkook kalau macam ni. Jimin tersenyum kemenangan dalam hati , dia terus menarik Hae kedalam dakapan lalu mencium ubun - ubun gadis itu . Hae membalas pelukan , tetapi terasa sedikit janggal dengan pelukan Jimin .

Seperti , bukan pelukan ini yang dia rasai sebelum - sebelum ini . Pelukan ini terasa sangat pelik .

“ Janji yang chagi akan ingat oppa semula ? ” Soal Jimin lagi . Hae menganguk - anguk lalu mendagu di bahu Jimin .

© ▣ H & R [ PHYSCOPATH ! ] » 전정국 «Where stories live. Discover now