D U A P U L U H S E M B I L A N ❁

1.1K 49 0
                                    


++ Dewan ++

" Terima kasih kerana sudi datang. " Jungkook menunduk hormat kepada setiap figura manusia yang hadirkan diri di dewan itu. Matanya meliar mencari kelibat Taehyung dan wonwoo. Mereka kata selepas mesyuarat mereka akan hadir.

" Mana wonwoo dengan Tae hyung ni. " Jungkook mengerling jam dinding yang sudah berganjak ke angka 10 pagi. Mungkin Wonwoo masih sibuk untuk menganti tempat Jungkook ketika mesyuarat pagi tadi. Jungkook duduk di sudut dinding dengan sopan. Gelung kuning yang hampir lucut itu dinaikkan. Dia mengeluh panjang melihat dua frame gambar mendiang Sehun dan Puan Oh.

" Sementara masih belum ramai orang lebih baik aku jenguk Hae In sekejap. " Jungkook bangun dari duduk sambil mengorak langkah memasuki sebuah bilik. Hae In sedang tidur dengan nafas yang tidak teratur. Dia tahu gadis itu baru lepas menangis.

" Kau nangis lagi. Aish. " Jungkook mengambil tempat disebelah gadis itu. Ibu jarinya menyeka air mata yang sedang mengalir walaupun dia sedang tidur. Melihat keadaan Hae In bergitu Jungkook turut lemah.

" T-tsk, O-omm-omma. Ka-kajima Ka-kajima !! " Hae In menjerit dan bangun dari tidur. Peluh yang berbutir di dahi itu dikesat kasar, dia bermimpi.

"Ju-jungkook , aku mimp---"

" Jangan lah macam ni, aku tak sanggup tengok keadaan kau lemah macam ni. " Jungkook meraih kepala Hae In, dicium dahi pucat Hae In lantas dipeluk tubuh gadis itu. Hae In mengetap bibir , sebutir demi sebutir air mata gugur membasahi suit hitam Jungkook.

" Tsk tsk. Kenapa orang yang aku sayang me-mesti pergi tinggalkan aku . " Hae In masih teresak esak, Jungkook mengusap lembut ubun ubun gadis itu.

" Jangan cakap macam itu, kau tak boleh salahkan takdir, aku masih ada untuk kau Hae In, sampai bila bila aku tak akan tinggalkan kau. " Jungkook menyeka air mata Hae In, sudah sembam mata gadis itu akibat terlalu lama menangis.

" Sementara masih tak ramai orang , aku teman kau sekejap okay. Wonwoo dengan Tae hyung pun belum datang lagi. Kau nak makan? Pagi tadi pun kau tak makan lagi. Aku risau lah. " Jungkook semakin sayu.

" Ak-aku tak lapar "

" Jangan tipu aku, makan lah. Aku tak nak kau sakit. Aku ambilkan kau makanan ye. " Soal Jungkook lagi. Melihat Jungkook bergitu bersunguh sunguh, Hae In menanguk lemah.

" Em. "

" Macam itulah, kalau kau selalu sedih mesti Puan Oh dengan Sehun turut sedih . " Jungkook masih memujuk. Hae In mengeluh panjang.

" Nae. "

" Tunggu sekejap okay. Aku ambil makanan. Sekejap aje. " Jungkook mencium pipi pucat Hae In sebelum manapak keluar dari bilik itu. Hae In mengukirkan senyuman kelat, dia memeluk kakinya yang masih berlapikkan baju full set hitam. Gadis itu kembali menangis tanpa pengetahuan Jeon Jungkook.

+++

Taehyung dan wonwoo menyembah hormat buat kali terakhir. Mereka menyandar di dinding menunggu kehadiran Jungkook , tadi terserempak tapi Jungkook suruh tunggu sebentar. dia mahu menenangkan Hae In.

" Mana Jungkook ? Orang makin ramai ni. " Soal wonwoo lagi. Matanya meliar mencari kelibat Jungkook. Taehyung mengangkat bahu tanda tidak tahu.

" Biarlah dia temankan Hae In , sementara tu kita tolong dia sambut tetamu. " Ujar Taehyung lagi. wonwoo mengangkut tanda setuju dengan cadangan Taehyung. Bagus juga daripada buang masa , baik mereka menyambut tetamu di pintu dewan.

" K-kau " Taehyung mengetap bibir memandang Yoongi yang berpakaian serba hitam itu. Seperti tiada apa apa berlaku Yoongi menunduk hormat.

" Aku nak jenguk mereka buat kali terakhir , itu pun salah ke. Hae In mana. " Soal Yoongi sambil menjenguk jenguk kedalam dewan itu. Taehyung mengepal penumbuk, menahan marah yang kini membuak buak.

© ▣ H & R [ PHYSCOPATH ! ] » 전정국 «Where stories live. Discover now