L I M A P U L U H L A P A N ❁

591 40 14
                                    


Luar Bangtan Cafe ”

Taehyung mengeluh lalu melirik memandang jam tanganya buat kali ke sepuluh . Janji mahu datang pukul 8 tapi sekarang jam sudah mahu berganjak 9 . Satu jam jugalah Taehyung menunggu Candy di dalam kereta . Taehyung mengaru tengkuk lalu keluar dari kereta .

Matanya meliar mencari kelibat Candy , Taehyung memasukkan kedua - dua tanganya di dalam kocek seluar . Kemeja berwarna merah hitam itu dipandankan dengan seluar jeans koyak - koyak [ Lol ] sangat sesuai dengan penampilan Taehyung .

“ Aku tunggu dia ke , dia tunggu aku ? Entah - entah dia dah ada dalam cafe sekarang . Ugh , stupid lah kau Tae , pertama kali kau jadi lembap ! ” Taehyung mencebik lalu menepuk dahi berkali - kali , itulah mahu berlagak macho . Taehyung tergesa - gesa masuk ke dalam cafe.

Keadaan agak sesak , ramai jugalah pelangan kat Cafe ni , Taehyung mengerutkan dahi lalu mengaru tengkuk  , kelibat Candy langsung tiada . Yang ada cuma poster tujuh lelaki yang sangat digilai ramai gadis zaman sekarang melekat disana dan disini , Taehyung tersengih memandang seorang lelaki berambut oren muda yang bernama V dari BTS itu . Sangat kacak dan sempurna , mukanya juga iras - iras Taehyung .

“ Mana Candy ni . Takde pun . ” Taehyung mengeluh lalu duduk di satu meja kecil yang berada di sudut . Taehyung bermain dengan jari jemarinya sambil menunggu kedatangan Candy. Tempat ini agak dekat dengan Sungai Han , jadi ramai pelangan datang untuk menikmati permandangan indah dan makan malam .

“ Yah !! Serkup ! Kau pergilah hantar makanan kat sana ! ” Laung Sengkuang dari dapur . Serkup menjeling sekilas lalu berjalan menuju ke arah meja tersebut dengan dulang berisikan makanan .

“ Hae In ! Ambil order de— ” Hoshi mengetuk kepala Minghao dengan senduk .

“ Hae In kepala hotak kau , Dah dekat setahun Hae berhenti kerja dekat sini . Kalau boleh setiap hari kau nak sebut nama dia . ” Hoshi mengecilkan mata lalu bercekak pinggang . Minghao bermain jari jemarinya lalu mencebik .

“ Aniya , aku rindu dia .. ”

“ Yerk .. Hae In dah kahwin dah pun . Kita pun dah tengok dia bahagia dengan pasangan dia . Entah - entah dia dah bersalin . Kembar ? Mesti comel kan ? Macam hakuu yang ploles ni . ” Sengkuang membuat gaya diva.

“ Tapi kan .. lelaki yang dia kahwin tu tak sama dengan lelaki yang bawak dia kerja dekat sini .. kau perasan tak ? ” Soal Hoshi lagi . Sengkuang dan Minghao menganguk laju . Langsung tak sama .

“ Perasan lah jugak , tapi aku rasa tak sampai berapa hari .. takkan Hae In dengan .. siapa nama lelaki tu .  Simen ? Hurm . Jams ... Jemeng ? ” Soal Sengkuang lagi . Hoshi mengetuk kepala sengkuang pakai senduk .

“ Kepala hotak kau Simen , aku syak otak kau ni terlebih tafsir benda bukan - bukan . Park Jimin , aku still ingat lagi . Nama dia bukan susah pun . Park Jimin . ” Hoshi berkata dengan nada sedikit kuat membuatkan Taehyung terkejut .

Taehyung mengetap bibir dan bangun dari situ . Dapur dituju lalu dia menarik kolar baju Hoshi . Minghao dan Sengkuang terkejut beruk kat tepi .

“ Ap ... apa kau buat ni ! Le .. lepaskan kawan aku ! ” Sengkuang menjerit lalu memeluk tangan Minghao . Taehyung memandang mereka berdua sekilas lalu menghembus nafas panjang . Dia melepaskan cengkaman pada kolar baju Hoshi .

© ▣ H & R [ PHYSCOPATH ! ] » 전정국 «Where stories live. Discover now