E N A M P U L U H S E M B I L A N ❁

681 42 6
                                    


Kediaman Park ”

Jungkook memarkingkan kereta di hadapan kediaman Park, dengan nafas yang tidak teratur dia terus keluar dan menghempaskan pintu kereta dengan kuat lalu pintu rumah diketuk bertalu - talu .

“ JIMIN !! KAU KELUAR SEKARANG !! KELUARRR ! ” Jungkook semakin berang bila tiada siapa yang menyahut . Dia menendang nendang pintu itu dengan kuat sampailah muncul satu figura manusia di sebalik pintu itu . Candy agak terkejut melihat Jungkook yang tiba - tiba mengamuk tak tentu pasal .

“ JIMIN MANA ! JIMIN MANA !!  ” Tengking Jungkook lagi . Candy agak terkedu , lidahnya seperti kelu dan badanya seakan - akan terkunci . Lama menunggu jawapan akhirnya Jungkook menolak Candy dengan kuat lalu dia mengeledah rumah itu .

“ SIAL !! JIMIN KELUAR !! KELUAR KAU TAK GUNA !! SAEKYAAAAA !! ” Jungkook terus mengeledah setiap bilik dengan mulut yang tak henti - henti menyumpah serana . Buat masa sekarang kemarahan masih dapat dikawal . Dia hanya perlukan Hae In .. hanya isterinya dan anak pertama mereka ..

“ Jawablah .. JAWABLAH LAH TAK GUNA ! ” Candy menghempaskan ipnya di lantai bila Taehyung tidak menjawab panggilan Candy . Dia mengeletar sambil terjenguk - jenguk mengintai Jungkook . Kenapa Jungkook boleh jadi macam itu ... tak kan lah dia dah tahu semua ni ..

Pin . Pin . Pin . Pin .

“ TAEHYUNG AH ! ” Jerit Candy bila kelibat kereta Taehyung memasuki kawasan kediaman Park . Candy terus berlari keluar dari rumah itu dan terus memeluk leher Taehyung sebaik sahaja Taehyung keluar dari perut kereta .

“ Chagi takut ... Jungkook ada kat dalam cari Jimin .. ” Candy tersedu - sedu di bahu Taehyung . Taehyung mengeluh lalu mengusap lembut rambut Candy . Dia melirik memandang wonwoo supaya lelaki itu masuk dan mencari Jungkook terlebih dahulu .

“ Chagi , Chagi tahu kan oppa tak akan benarkan sesiapa sakitkan chagi ? Chagi tahu kan oppa sayangkan chagi ? Tapi oppa nak beritahu . Walau apa pun jadi jangan keluar dari kereta oppa sampailah oppa datang sini . Arraseo, kat dalam ada isteri wonwoo . Tolong jagakan dia masa oppa dengan wonwoo uruskan Jungkook . Nae ” Kata Taehyung dengan senyuman tawar . Jam dinding digerling , dia pasti Yoongi sudah larikan diri dari penjara sekarang ..

Tapi ..

Tujuan mereka adalah ..

Supaya Yoongi merampas kembali Hae In daripada Jimin ..

Sepatutnya ..

Yoongi dah ada dekat sini ..

Tapi ..

Mana mereka ?

“ Oppa .. wae— ”

“ Pinky promise ? ” Soal Taehyung lalu ibu jarinya yang dingin itu menyentuh pipi Candy yang sudah deras dengan air mata . Dengan paksaan Taehyung meraih tangan Candy lalu jari kelinkingnya berpaut dengan jari kelingking Candy .

“ Hati— ”

“ LEPASKAN AKU !!! AKU NAK BALIK ISTERI AKU !! LEPASKAN AKU LAH !!!   ”

“ AH .. JUNGKOOK SEDARLAH ! ”

“ Ingat ! Walau apa pun yang terjadi jangan berani keluar dari kereta ni ! Faham ! ” Taehyung berkata dengan nada gelisah lalu meraih tangan Candy dan memasukkan Candy ke dalam perut kereta dengan paksaa . Arissa yang berada di dalam kereta turut terkejut namun dia hanya berdiam dan menangis dalam hati .

© ▣ H & R [ PHYSCOPATH ! ] » 전정국 «Where stories live. Discover now