T I G A P U L U H T U J U H ❁

878 46 0
                                    

++ Bilik penyiasatan ++

° 2 a.m °

" Sila jawab pertanyaan saya, kamu bersubahat bersama sama Min Yoongi sewaktu membunuh keluarga Oh di German kan " Soal dektektif Han. Lelaki berbadan sado itu hanya menunduk dan mendiamkan diri.

" Saya tak tahu " jawab lelaki itu bersahaja, sekali dia bukak mulut tentu nyawa orang yang dia sayang akan melayang. En. Han mengeleng geleng sambil menghempaskan dokumen.

" Byun Baekhyun atau nama panggilan Baekkie, bekerja dan berkhidmat selama enam tahun dan menjadi seorang pengawal peribadi Min Yoongi, apa tujuan kamu pergi ke German ?" Soal En. Han lagi. Baekkie tetap mendiamkan diri.

" Kamu tak bisu kan "

" Melancong "

" Kamu sanggup melancong dan tinggalkan halmeoni kamu seorang diri di rumah? Cucu jenis apa kamu ni. " Baekkie tersentap mendengar kata kata itu.

" Oh Tuan Taehyung, apa Tuan buat pagi pagi kat sini. " Soal En. Han menunduk hormat. Taehyung tersenyum tipis sambil mengambil tempat di sebelah E. Han. Dipandang cctv yang berada di atas sebelum kembali memandang ke arah Baekkie.

" Ma--Mana kau tahu pasal halmeoni ni. " Baekkie mengerutkan dahi.

" Im not stupid as you know, kau bekerja bersama sama Yoongi pun sebab nak selamatkan nyawa halmeoni kau, nasib kau sama seperti Hae In, keluarga di kejar hutang dan akhirnya, kejadian sama berulang. Membunuh. Kau dah tiada siapa siapa lagi baekkie selain Halmeoni byun. " Taehyung menyilangkan tangan sambil tersenyum senget. Baekkie mengepal penumbuk.

" K-kau tak berhak nak cakap apa apa pasal ha-----"

" Kau tak berhak nak membantah ! Di sini ada kawalan ketat ! Bila bila masa kau boleh dihantar ke penjara ! " Teriak En. Han , Baekkie mengetap bibir . Merenung lantai kosong. Air mata berlinang.

" Ak--aku tak nak Yoongi rampas nyawa halmeoni ak-aku , aku cuma ada dia je, a--aku dah tiada siapa siapa " Baekkie memejamkan matanya sambil air mata deras mengalir.

" Aku nak kau beritahu yang sebenar, siapa upah kau bunuh keluarga Oh. " Sambung Taehyung lagi.

" A-aku tak boleh cakap "

" Kau boleh baekkie, kau boleh beritahu kami. Kami janji kami akan jaga halmeoni kau sebaik mungkin. " En. Han menepuk lembut bahu baekkie.

" Ta-tak, aku tak boleh caka---"

C L E K

" Baekkie !! " Baekkie terkejut melihat gerangan wanita yang sudah berusia itu muncul disebalik pintu dengan tangisan. Baekkie terus berlari dan memeluk wanita itu erat.

" Ha--halmeoni !! " Baekkie mengeratkan pelukan, air mata sudah mengalir dengan deras sekali. Taehyung dan En. Han berpandangan sesama sendiri.

" Kenapa baekkie bunuh orang ! Halmeoni tak pernah ajar baekkie jadi orang jahat ! Baekkie ungkir janji dengan halmeoni, baekkie kata baekkie nak jadi orang yang berjaya satu hari nanti " Halmeoni Byun memukul mukul Baekkie berapa kali.

" Halmeoni, beogoshipeo !! Baekkie minta maaf !! Baekkie janji baekkie tak akan buat lagi !! Maafkan baekki ! " Baekkie melutut dan mencium kaki halmeoni byun buat keberapa kali.

© ▣ H & R [ PHYSCOPATH ! ] » 전정국 «Where stories live. Discover now