T U J U H ❁

1.3K 71 1
                                    


++ Oh House ++

You got no jams ~

Hae In mengapai ipnya yang berada di sebelahnya. Terpisat pisat gadis itu bangun dari tidur. Dia menguap kecil serentak mengeliat.

Si Lelaki Dingin.

Belikan aku sarapan. Cepat aku lapar atau kau nak aku pecat kau

Hae In membesarkan matanya. Tergesa gesa dia bangun dari baring. Tuala dia gapai seraya matanya mengerling jam dinding yang mahu berganjak pada angka 9. Sudah lambat mahu ke kerja.

Selesai mandi Hae In terus mengenakan pakaian yang sesuai. nasihat Jinna seperti terlintas di fikiran gadis itu. Mungkin lebih bagus dia pakai pakaian atas lutut.

" Done. Aku kene cepat. " Hae In mengikat kekuda satu sambil membelek belek rambut bangs yang berwarna hitam itu. Dia mengukirkan senyuman seraya menapak keluar dari bilik.

" Bangun dah anak dara pemalas. " Usik Sehun sebaik sahaja kelibat Hae In masuk kedalam dapur. Hae In menjeling Sehun sekilas sebelum duduk di meja itu.

" Kau diamlah Hun. Omma Hae kene pergi kerja dulu. Hae dah lambat ni. " Hae In mengunyah laju roti bakar itu sambil meneguk secawan air teh. Puan Oh hanya menganguk anguk.

" Ayo~ siapa yang dukung kau semalam ? Namjachingu kau ye. " Sehun tersengih sengih memandang Hae In. Mata Hae In berkelip kelip. Apa maksud Sehun dengan ' Namjachingu '.

" Kau merapu apa ni? Dukung? Se---" Hae In terdiam. Dia menepuk berkali kali dahinya. selepas dia dikejar oleh Yoongi dia hampir - hampir dilanggar oleh Jungkook. Disebabkan itu Jungkook menumpangkan dia sehingga sampai kerumah dengan selamat tapi. Dia tertidur dan Jungkook terpaksa dukung dia sampai dalam bilik.

" Hu~ dah ada namjachingu kau ye. Handsome boleh tahan. Dia kalau senyum nampak bunny teeth. Senang cerita kacak lah. Aku suka dengan pilihan kau. " Sehun menyilangkan kedua tanganya sambil tersenyum.

" Huh. Kau jangan merapu lah. Di-dia bos aku. Huh omma , Sehun listen. Se-semalam Yoongi kejar aku. Dia minta aku 1 juta. " Hae In mengeluh panjang. Omma dan Sehun berbalas pandangan.

" Aku dah masukkan 500 ribu dekat bank dia. Dia nak apa lagi. " Soal Sehun tidak puas hati. Hae In terkebil kebil. Apa maksud dengan 1 juta kalau Sehun sudah membayar setengah juta kepada lelaki itu.

" Maafkan omma. Sebenar--sebenarnya sebelum appa mendiang. Appa ada pinjam lagi 1 juta dekat Yoongi untuk langsaikan hutang yang lain. Tapi tak sangka disebabkan appa gagal bayar hutang Yoongi menyuruh anak buahnya untuk membunuh appa. Ja-jadi semua hutang appa ialah 2 juta. " Puan Oh mengeluh panjang. Sudah ternganga seperti gua mulut Sehun dan Hae In serentak.

Are you kidding me Omma ? Nak kumpul 1000 pun susah apa lagi nak bayar hutang sebanyak 2 Juta. Sehun pun dah bersusah payah selama dua tahun cari kerja dan berjaya kumpul 500 ribu. Tap-tapi 2 juta? Lubang mana nak korek wey.

" O-oma tak bergurau kan. " Sehun cuba untuk ketawa namun perlahan lahan ketawa dia hilang bila riak wajah Puan Oh menyatakan bahawa benda itu benar.

" Mak-maksudnya. Kita kene cari lagi 1.5 Juta untuk langsaikan hutang appa " Hae In bersuara. Puah Oh menganguk anguk.

Wonhae manhi manhi.

" Ya-yabseyo."

" Datang dalam masa sepuluh saat sebelum aku pecat kau. "

Tit.

Hae In terdiam. Huargh macam mana dia boleh lupa yang dia sudah terlambat untuk ke tempat kerja.

© ▣ H & R [ PHYSCOPATH ! ] » 전정국 «Where stories live. Discover now