Bab 3

1K 26 0
                                    

Hari ini, genap sebulan aku belajar di sini dan hampir sebulan aku bercinta dengan Luqman. Aku bahagia sangat dengan dia. Izz, Indera, Mifzal, Aiman dan Azri mula perasan perubahan aku dengan Luqman. Sebelum ini Luqman dingin sangat dengan aku tapi sekarang terbalik jadinya. "Nat, sejak sebulan kau belajar sini. Aku ada perasan something weird kat kau dengan Luqman. Boleh bagitau sebabnya tak?" tanya Izz. Aku menggeleng. "Mana ada apa-apa yang pelik pun. Aku okay je," kata aku. Izz kelihatan tak berpuas hati dengan jawapan yang diberi. Aku tergelak kecil. "Dahlah, aku ada hal ni. Bai," kataku lalu pergi dari situ. "Dia tinggalkan aku macam tu je. Tak patut," kata Izz tapi masih dapat didengariku kerana aku masih tidak jauh dari dia.

Semasa break, aku break bersama-sama Izz, Indera, Luqman, Mifzal, Aiman dan Azri. Aku duduk di sebelah Izz manakala lelaki duduk berhadapan kami. "Erm, korang. Petang ni study nak?" tanya Azri. "Petang ini? Aku tak boleh. Rasanya korang tahu sebab apa," kata Izz. Aku terpinga-pinga. Aku nampak Indera, Mifzal, Aiman dan Azri mengangguk. Hanya aku dan Luqman yang tidak memberi reaksi. "Sebab apa tak boleh?" tanyaku. Setelah aku bertanya, dia memandangku sekilas kemudian dia menyambung makan. "Dia ada hal. Kalau macam tu Izz. Biar kitorang teman kau petang ni. Korang berdua yang tak tahu ni nak dating ke? Nak jalan-jalan ke, ikut suka korang la. Sibuk bercinta, hal sekeliling pun tak tau," kata Azri. "Petang ni tak jadi study," kata Aiman. "Kenapa?" tanyaku serentak dengan Luqman. "Dahlah, Izz. Jom," kata Indera. Mereka pun pergi dari situ, hamya tinggal Mifzal sahaja. "Kenapa dengan Izz?" tanya Luqman. Aku sedikit cemburu bila Luqman yang tanya pasal Izz. Mifzal tidak menjawab sebaliknya dia menggeleng. "Kalau nak bercinta, pastikan hati orang sekeliling kau dengan Nat tak sakit. Sekarang, ada seorang dah sakit hati. Nat, kau betul-betul tak tahu pasal Izz?" tanya Mifzal. Aku menggeleng. "So, korang 'date' je la kat sini. Sekarang takde seiapa yang kacaukan. Sebelum aku pergi, Izz ada cakap kat kitorang. Dia cakap dia gembira ada perempuan yang nak kawan dengan dia. Comel pula tu tapi sekarang, apa kau buat kat dia. Sibuk bercinta sampaikan kawan sendiri pun tak ingat," kata Mifzal sebelum berlalu dari situ. "Apa semua ini?" tanya Luqman. Aku hanya mengangkat bahu. "Awak tahu apa-apa tentang dia ke?" tanyaku. "Kalau saya tahu, saya tak tanya awak," kata Luqman. Aku masih tertanya-tanya. "Kenapa dengan semua orang," kataku di dalam hati.

Waktu pulang, aku melihat Izz berjalan bersama-sama kawan-kawan lelakinya. Aku menuju ke arah dia. "Hai, Izz," kataku dengan senyuman. "Hai, Nat," katanya sambil membalas senyumanku. "Kau nak pergi mana petang ni. Aku nak ikut boleh?" tanyaku. Izz menggeleng. "Satu masa nanti, kau tahu juga," kata Izz sambil memberi senyuman manis kepadaku. "Yang kau sibuk nak tahu pasal dia kenapa? Selama ni, ada kau kisah pasal dia?" tanya Indera dengan senyuman sinis. Senyumanku hilang. "Indera, bukan salah dia. Salah aku. Aku tak bagitahu dia, janganlah marah dia," kata Izz. "Izz, kau janganlah bela sangat dia ni. Fikir diri kau tu. Kau asyik nak bela orang lain je. Baik sangatlah," kata Indera. "Betul tu, Izz. Kau janganlah bela sangat dia ni. Dia dah ada orang yang nak bela dia," kata Azri. "Enough. Kau tahu tak dia ni kawan kita. Dia ni BFF aku. Kau faham tak sekarang ni. Tak kira la dia dah ada orang nak bela dia ke tak. Kalau dia takde orang nak bela dia, aku akan jadi pembela dia. Nat, jom," kata Izz. Aku melihat reaksi lelaki-lelaki di situ. Mereka terkejut. Aku pun terkejut tapi tak kisahlah, aku baru lagi di sini tapi diorang dah lama kawan dengan Izz. Mungkin ini pertama kali Izz mengamuk. Kemudian, Izz menarik tanganku pergi dari situ. "Maafkan diorang ye, Nat. Diorang memang macam tu," kata Izz sambil tersenyum. "Takpe," kataku. "Erm, saya balik dulu la," kata Izz. Aku mengangguk sambil melambai ke arahnya. Sedang aku berjalan, ada seseorang berjalan di sebelahku. Aku memandangnya. "Hai, Fikri," kataku. "Hai, Natrah. Sorang je ke," tanya Fikri. Dah nampak aku sorang, sorang je la. "Tak, ada orang kat sebelah ni. Tak nampak ke?" kataku sambil membuat muka menyampah. Fikri tergelak. "Saja tanya. Jangan marah," kata Fikri. "Saya nak balik dulu. Bye," kataku.

Di rumah hanya ada aku, adikku, Nabila dan abangku, Akram. "Kakak nak makan apa-apa ke? Along nak masak," tanya Akram. "Akak taknak. Akak tak lapar, akak naik atas dululah," kataku. Selepas melihat abangku mengangguk, aku naik ke tingkat atas. Aku masuk ke bilikku lalu menghempaskan diriku ke atas katil selepas mentutup pintu. Aku mengambil telefonku dan menaip mesej dan menghantar mesej itu kepada Luqman.

Natrah - Hai, Luqman

Luqman - Hai

Natrah - Tengah buat apa?

Luqman - Tak buat apa pun

Natrah - Ouh, okay.

Luqman - Seronok jalan dengan Fikri        tadi?

Natrah - Jealous ke?

Luqman - Taklah, gembira sangat. 😒

Aku tidak membalas mesej Luqman. Aku tak tahu macam mana Luqman boleh tahu.

Bersambung

Macam mana? Best tak. Btw, kalau tak best or ada typo. Sorry. Luv you all 😘😘

                                                  

Mr Dingin And Mrs PeramahWhere stories live. Discover now